Jom Beli Emas Untuk Masa Depan Yang Lebih Terjamin

Bila sebut tentang emas, tak ramai yang ingin mendekatinya – apatah lagi ingin membelinya. Ini kerana ramai di kalangan kita yang masih tidak faham mengenai kelebihan dan kenapa kita kena mula beli dan simpan emas.

Apa yang kita mungkin biasa dengar adalah, emas sering disebut sebagai instrumen yang kalis inflasi. Tapi tahukah kita bagaimana ianya berfungsi?

Jom kita ambil contoh mudah untuk buat perbandingan di antara wang ringgit dan emas. 

Wang yang bernilai RM1, pada 10 tahun lepas kita masih boleh beli sebungkus nasi lemak, secawan teh tarik, atau 3 keping kuih. Tapi hari ini apa yang kita boleh beli dengan duit RM1 yang sama?

Sebaliknya untuk emas, satu gram emas bersamaan dengan RM215 pada tahun 2011, tetapi hari ini nilai 1 gram emas telah mencecah RM270. Walaupun tak banyak, tetapi kenaikan ini dapat juga menyaingi susut nilai mata wang yang diakibatkan inflasi.

Ada lagi satu contoh terbaik untuk kita fahamkan. Percaya atau tidak nilai emas maintain sehingga ke hari ini? 

Jika kita kembali ke zaman Rasulullah SAW iaitu 1400 tahun yang lalu, seekor kambing boleh dibeli dengan 1 dinar wang emas. Hari ini pun kita boleh beli seekor kambing dengan 1 dinar wang emas.

Macam tak percaya kan?

Permintaan Emas Yang Tinggi

Selain daripada untuk mengatasi inflasi, emas dilihat sebagai komoditi yang bernilai. Walaupun dunia dilanda pandemik Covid-19, kita dapat lihat permintaan emas semakin meningkat menyebabkan harga emas naik ke paras tertinggi dalam sejarah.

Berbanding dengan pasaran saham yang crash apabila kegawatan ekonomi berlaku, harga emas pula melonjak naik. Ini kerana emas dilihat sebagai instrumen ‘safe haven’ dan kekal relevan dalam apa jua keadaan.

Susah Ke Nak Mula Simpan Emas?

Kalau ikut cara tradisional, memang agak sukar untuk kita mula beli emas. Ianya datang dalam bentuk fizikal dengan yang paling kecil adalah 1 gram. Dengan harga emas sekitar RM270 segram pada hari ini, tak ramai yang boleh mulakan.

Kemudian ada kerisauan pula sekiranya nak beli emas dalam kuantiti yang banyak. Nak simpan di rumah, takut hilang atau dicuri pula.

Kini Boleh Tekan-tekan Je Untuk Beli Emas Serendah RM5 dengan GoGold

Eh, macam tak percaya pula boleh beli emas dengan modal serendah RM5? Dengan hanya menggunakan aplikasi telefon pintar?

Seiring dengan perkembangan teknologi, semuanya kini di hujung jari.

Jom berkenalan dengan GoGold.

GoGold di GoPayz

Tapi sebelum itu, kita berkenalan dengan GoPayz terlebih dahulu. Bagi yang mungkin pertama kali dengar GoPayz,  

GoPayz menawarkan perkhidmatan kewangan secara digital yang membolehkan anda berinsurans, melabur & tukar wang asing. GoPayz juga mempunyai perkhidmatan Islamik seperti bayaran zakat, wakaf, derma, takaful & perkhidmatan gaya hidup untuk membeli-belah, bayar bill dan bermacam-macam lagi. Semua dalam satu aplikasi, semua pun ok. 

Terkini, GoGold pula dilancarkan. 

Apa Itu GoGold?

GoGold merupakan perkhidmatan perdagangan emas baharu di GoPayz yang membolehkan anda  beli emas digital serendah RM5. Ya, hanya RM5 saja. Berbanding platform lain, anda kena beli sekurang-kurangnya 1g emas tau!

Ianya patuh Syariah, sesuai sangat untuk mereka yang baru nak bermula untuk beli emas. Memang terjamin dan selamat! 

Memang kena sangat dengan jiwa anak muda yang inginkan kemudahan secara atas talian. Daripada mula daftar untuk buka akaun, sehingga ke beli dan jual emas – anda hanya perlukan telefon pintar.

Mudah kan?

Juga ada notifikasi agar kita sentiasa update tentang harga terkini emas. Kalau nak tahu, harga emas di GoGold mengikut harga langsung (live) berbanding platform emas lain yang ada sedikit tergendala. Orang kata, bila harga emas turun je kita kena beli dan top-up. Kerana harga emas akan sentiasa naik tahun demi tahun.

Dan kalau nak tahu, GoGold juga menawarkan susut nilai (perbezaan harga beli dan harga jual emas) yang terbaik di antara platform lain dalam pasaran.

Perbezaan harga spread GoGold dengan platform lain

Sekiranya anda nak tukar emas digital anda kepada emas fizikal, pun boleh. Maklumlah, nak juga merasa pegang emas yang dah beli itu dan bergambar dengannya.

Dengan hanya satu aplikasi, kini anda boleh beli dan jual emas dengan mudah.

Untuk pengetahuan semua, GoGold adalah rakan kerjasama ACE Capital Growth yang merupakan pedagang jongkong emas dalam negara & antarabangsa. Syarikat induk ACE Innovate Asia Berhad juga disenaraikan dalam Pasaran Leap Bursa.

Jika anda sedang tercari-cari tempat menyimpan untuk masa depan yang lebih terjamin maka inilah platform digital terbaik untuk anda.

Daftar Dan Beli EMAS Dengan GoGold Untuk Nikmati Ganjaran EMAS Digital

Sempena promosi pelancaran GoGold ini, GoGold ada promosi menarik untuk pembeli emas semua. Anda berpeluang memiliki EMAS Digital bernilai sehingga RM75,000!

Dengan 3 langkah saja, anda boleh dapat EMAS Digital PERCUMA.

Langkah 1: Muat turun & daftar GoPayz di App Store, Play Store & Huawei AppGallery.

Langkah 2: Naik taraf ke Dompet Digital Premium.

Langkah 3: Daftar akaun GoGold & dapat EMAS Digital PERCUMA.

Lepas tu, beli min. RM20 EMAS Digital & anda berpeluang memenangi 1 gm EMAS Digital tambahan!

Kena cepat-cepat sebab kalau lambat, anda tak dapat! Hanya daftar GoGold & tuntut EMAS Digital PERCUMA sekarang!

✨ GoPayz, Semua dalam satu aplikasi, #SemuaPunOk 👌

Muat turun GoPayz secara PERCUMA di bit.ly/3iqYtRM

Previous ArticleNext Article

5 Faktor Harga Emas Boleh Terus Jatuh

Ramai orang melihat emas sebagai aset yang sentiasa selamat dan nilainya hanya akan meningkat dari masa ke masa. Persepsi ini menyebabkan ramai menganggap emas sebagai “simpanan kebal” yang tidak terkesan dengan keadaan ekonomi.

Namun hakikatnya, harga emas tetap bergerak mengikut kitaran pasaran dan boleh jatuh untuk tempoh yang panjang jika faktor-faktor tertentu berlaku serentak.

USD Menguat Akan Tekan Harga Emas

Harga emas mempunyai ‘hubungan songsang’ dengan kekuatan dolar Amerika Syarikat. Apabila USD mengukuh, emas menjadi lebih mahal kepada pelabur di luar Amerika, sekali gus mengurangkan permintaan global. Dalam keadaan ini, tekanan jualan akan meningkat dan harga emas boleh menurun.

Sebagai contoh, apabila nilai USD meningkat dengan ketara berbanding ringgit Malaysia, pelabur tempatan mungkin melihat harga emas dalam USD tidak banyak berubah, tetapi dari sudut global, permintaan semakin lemah. Situasi ini pernah berlaku apabila USD berada dalam fasa pengukuhan agresif, menyebabkan harga emas global bergerak mendatar atau menurun walaupun sentimen terhadap emas masih positif.

Kadar Faedah Tinggi Kurangkan Tarikan Emas

Emas tidak memberikan sebarang pulangan berkala seperti dividen atau faedah. Oleh itu, apabila kadar faedah meningkat, pelabur akan mula beralih kepada instrumen yang menawarkan pulangan tetap dan lebih stabil. Ini menjadikan emas kurang menarik dalam persekitaran kadar faedah tinggi.

Sebagai contoh, ketika kadar faedah meningkat dan bank menawarkan pulangan simpanan tetap sekitar 4 hingga 5 peratus setahun, pelabur konservatif mungkin memilih untuk mengunci pulangan tersebut berbanding memegang emas yang tidak memberikan sebarang aliran tunai. Peralihan ini secara berperingkat akan mengurangkan permintaan terhadap emas dan memberi tekanan kepada harganya.

Ekonomi Stabil Kurangkan Keperluan “Safe Haven”

Emas biasanya mendapat permintaan tinggi ketika berlaku ketidaktentuan ekonomi atau krisis geopolitik. Namun apabila keadaan kembali stabil, pelabur cenderung untuk mengambil risiko dan beralih kepada aset yang menawarkan pulangan lebih tinggi seperti saham.

Sebagai contoh, dalam tempoh pasaran saham global sedang berkembang pesat, ramai pelabur akan mengalihkan dana daripada emas ke pasaran ekuiti untuk mengejar keuntungan yang lebih besar. Pergerakan dana ini menyebabkan permintaan terhadap emas menurun, sekaligus menekan harga walaupun tiada perubahan besar dalam penawaran fizikal.

Jualan Oleh Bank Pusat Tingkatkan Penawaran

Bank pusat merupakan antara pemegang emas terbesar di dunia. Sebarang perubahan dalam polisi pegangan emas oleh institusi ini boleh memberi kesan besar kepada pasaran. Jika bank pusat menjual sebahagian daripada rizab emas mereka, penawaran dalam pasaran akan meningkat dengan ketara.

Sebagai contoh, sekiranya sebuah negara besar membuat keputusan untuk mengurangkan pegangan emas dan menjual sebahagian rizabnya, lambakan emas dalam pasaran boleh berlaku dalam masa yang singkat. Jika permintaan tidak meningkat pada kadar yang sama, harga emas akan mengalami tekanan menurun.

Terkini, laporan Bloomberg menyatakan bank pusat Turki telah menjual dan menukar 60 tan emas bernilai lebih USD8 bilion sebagai sebahagian daripada usaha mempertahankan mata wang mereka. Menariknya, sebahagian daripada emas tersebut bukan sahaja dijual secara langsung, tetapi juga digunakan dalam bentuk “swap” untuk mendapatkan kecairan dalam mata wang asing.

Kes ini jelas menunjukkan bahawa emas bukan sekadar aset “disimpan”, tetapi boleh menjadi alat kecemasan yang digunakan oleh negara apabila berdepan tekanan ekonomi. Namun pada masa yang sama, apabila emas dilepaskan ke pasaran dalam jumlah besar, ia berpotensi menambah penawaran dan memberi tekanan kepada harga emas global.

Sentimen Pasaran dan Tindakan Pelabur Besar

Pergerakan harga emas dalam jangka pendek juga sangat dipengaruhi oleh sentimen pasaran dan tindakan pelabur institusi. Kadangkala, perubahan harga berlaku bukan kerana faktor ekonomi yang jelas, tetapi disebabkan oleh aliran keluar masuk dana dalam skala besar.

Sebagai contoh, apabila dana besar atau ETF emas mengalami pengeluaran dana secara mendadak, ia boleh mencetuskan gelombang jualan dalam pasaran. Pelabur lain yang melihat pergerakan ini mungkin turut mengambil tindakan sama, menyebabkan harga jatuh dengan lebih cepat walaupun asas ekonomi tidak berubah secara signifikan.

Kesimpulan

Emas bukanlah aset yang sentiasa meningkat nilainya tanpa risiko. Ia berfungsi dengan baik sebagai alat perlindungan nilai dalam jangka panjang, tetapi tetap terdedah kepada turun naik harga dalam jangka pendek. Memahami faktor-faktor ini penting supaya pelabur tidak meletakkan jangkaan yang tidak realistik terhadap emas.

Namun begitu, terdapat juga naratif yang sering dimainkan dalam kalangan ejen emas iaitu “jangan fokus kepada harga, tetapi fokus kepada jumlah gram yang dimiliki”. Walaupun pendekatan ini kelihatan menenangkan dan sesuai untuk membina disiplin simpanan, ia boleh menjadi mengelirukan jika difahami secara literal. Hakikatnya, setiap pembelian emas tetap melibatkan penggunaan wang dan harga memainkan peranan penting dalam menentukan nilai yang diperoleh pada sesuatu masa. Mengabaikan harga seolah-olah menafikan konsep asas dalam pelaburan, iaitu hubungan antara kos dan nilai.

Dalam dunia kewangan, tiada aset yang bergerak sehala sepanjang masa. Yang lebih penting adalah memahami peranan setiap aset dan bagaimana ia boleh digunakan secara strategik dalam membina portfolio yang seimbang.

Baca juga 7 Platform Yang Ada Untuk Kita Melabur Emas