Kenapa Entry Price, Target Price Dan Cut Loss (Trading Plan) Penting Dalam Pelaburan Saham?

Dalam apa jua perniagaan, pelaburan, atau pekerjaan pengurusan kewangan adalah penting. Tujuan utama pengurususan kewangan adalah supaya kita dapat menggunakan kewangan dengan sebaik mungkin.

Bila datang musibah kita ada simpanan kecemasan, bila tiba waktu merancang masa depan guna wang simpan pelaburan dan bila waktu untuk bersuka-ria kita berbelanja menggunakan wang lebihan.

Betul kata nasihat mereka berjaya, “Kalau tak pandai nak menguruskan kewangan RATUSAN ringgit, jangan berangan nak menguruskan kewangan BERJUTA ringgit.”

Ini kerana, setiap konsep dan strategi yang digunakan dalam menguruskan wang beratus-ratus ringgit adalah hampir sama dengan pengurusan wang yang bernilai jutaan ringgit. 

Dalam dunia pelaburan saham, konsep pengurusan kewangan yang seringkali digunakan adalah Entry Price, Target Price dan Cut Loss. Ianya juga dikenali sebagai Trading Plan.

Entry Price

Entry price adalah target harga belian atau harga saham yang kita beli untuk mendapatkan pegangan dalam syarikat tersebut. Ianya bertujuan untuk memastikan berapa banyak modal yang perlu digunakan dalam sesuatu trade dan kemampuan untuk membeli pegangan tersebut.

Daripada entry price ini, kita dapat gambaran jangkaan penjualan balik saham yang telah dibeli atau pulangan yang disasarkan.

Berikut merupakan beberapa formula untuk mengiranya:

Dengan formula pengiraan tersebut, kita dapat kenalpasti berapa banyak lot yang boleh dibeli atau jumlah modal yang diperlukan untuk membeli saham syarikat.

Terdapat beberapa cara popular yang biasanya digunakan dalam menentukan entry price, di antaranya adalah Buy On Breakout.

Baca: Apa Yang Dimaksudkan Dengan ‘Breakout’ Dalam Saham?

Exit Price

Exit price adalah sasaran harga untuk menjual pegangan yang telah dibeli tadi. Biasanya exit price akan berlaku dalam 2 keadaan: 

1. Exit Sebab Dah Capai Target Price

Target price adalah jangkaan harga untuk menjual semula saham yang dimiliki disebabkan kenaikan harga. Ini secara tidak langsung dapat memberikan gambaran berapa banyak keuntungan yang kita mahu capai.

Formula yang boleh digunakan untuk mengira keuntungan:

Apa yang sering dilakukan adalah dengan meletakkan 2 target price dalam setiap trade. Sebagai contoh:

Fungsinya adalah sekiranya saham berkenaan masih berkemampuan untuk meneruskan kenaikan, maka kita akan memegang saham tersebut sehingga mencapai target harga yang kedua (TP2).

Kalau tidak, sekiranya harga mencapai target pertama (TP1) pun dah memadai untuk kita menjual dengan keuntungan.

2. Exit Sebab Nak Cut loss

Cut Loss adalah harga jualan sekiranya berlaku penurunan daripada harga belian. Ianya bertujuan untuk menentukan berapa banyak kerugian yang kita sanggup tanggung dalam setiap transaksi.

Secara tidak langsung, ianya dapat mengurangkan risiko kerugian atau kehilangan duit modal.

Berikut adalah formula pengiraan menguruskan kerugian dalam setiap transaksi.

*Nota: pengiraan ini tidak termasuk fees-fees yang lain

Ada yang sanggup rugi sekitar 5% dan ada yang menetapkan paras Cut Loss pada sekitar 10%.

Kena Ada Trading Plan Sebelum Beli Apa-Apa Saham

Hasil daripada tindakan ini akan lahirlah sebuah pengurusan kewangan yang solid. ‘Mereka yang berjaya dalam pelaburan adalah mereka yang pandai menguruskan kewangannya’.

Dengan adanya Trading Plan dan menetapkan Entry Price dan Exit Price, ianya dapat mengelakkan diri daripada 2 faktor ini yang merupakan punca utama orang ramai tewas dalam pelaburan saham:

1. Emosi bila berlaku kerugian

Biasanya apabila kita mengalami kerugian, emosi akan menjadi tak stabil. Secara tak sedar ia akan menghasilkan trade dendam, iaitu trade dengan mengharapkan pulangan semula modal pelaburan sebelum ini.

Ianya bahaya kerana kita akan hilang pertimbangan dan sanggup menghadapi risiko yang lebih tinggi, berbanding daripada kebiasaannya.

2. Rasa tamak bila untung

Biasanya bila dah terlibat dengan pelaburan saham, sememangnya kita inginkan keuntungan yang cepat. Bila nampak keuntungan depan mata pula, kita pun rasa ‘boleh pergi lagi ni, nak terbang lagi ni’, sehingga menyebabkan kita tidak mampu berfikir secara waras dan tamak mula menguasai diri.

Dengan adanya Entry price dan Exit price ini, ia sedikit sebanyak dapat menepis kedua-dua emosi yang menjadi penyumbang ramai orang tak dapat bertahan lama dalam dunia pelaburan saham.

Marilah kita kuasai ilmu pengurusan kewangan dalam pelaburan saham, dan juga dalam kehidupan seharian kita.

Masih belum terlambat untuk belajar. Jika masih mencari kelas pelaburan SAHAM dari asas (atau zero) sampai boleh beli jual dengan pengetahuan fundamental, teknikal dan sentimen yang komprehensif, kami boleh bantu.

Bahasa mudahnya, kita belajar dari kosong step-by-step!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.