9 Sebab Anda Kena Datang Webinar Berani Melabur, 31 Ogos Ini

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!”

Malaysia bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-64 pada tarikh 31 Ogos 2021. Tetapi berapa ramai di kalangan kita yang telah ‘merdeka’ daripada segi kewangan?

Sedangkan ramai di antara kita yang inginkan financial freedom pada umur 40 tahun. Kalau boleh nak bersara pada umur 50 tahun.

Impian itu sangat baik.

Tetapi berapa ramai yang dah betul-betul berusaha ke arah tersebut? Atau sekadar memasang impian dan tidak berani nak menjadikannya realiti?

Disebabkan inilah, pihak Asri Ahmad Academy akan menganjurkan Webinar Berani Melabur pada 31 Ogos 2021 ini.

Dulu kami sendiri pernah mengikuti Seminar Berani Melabur dekat SACC Convention Centre. Meremang bulu roma sebab sound system dia memang gempak. Tapi sekarang musim pandemik dibawa secara online dan sampai malam.

Jom kita lihat 9 sebab kenapa anda kena datang ‘Webinar Berani Melabur 2021’.

1. Dibarisi Ramai Speaker Hebat Tanah Air

Webinar ini diketuai oleh Mentor Pelaburan Saham Syariah, Tuan Haji Mohd Asri Ahmad. Beliau sememangnya seorang mentor yang dikenali ramai yang telah melahirkan ribuan anak didik yang telah berjaya merebut peluang keemasan dalam pelaburan saham.

Selain daripada itu, kita juga ada Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Prof. Madya Dr. Aznan Hasan, Tan Sri Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Prof (Adj) Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid dan Nik Ihsan Raja Abdullah yang merupakan pakar dalam bidang syariah, ekonomi, saham, perniagaan dan bermacam-macam lagi.

Mantan Menteri Agama juga akan bersama dalam memberi ucaptama.

2. Padat Dengan Ilmu

Di antara topik-topik menarik yang bakal disampaikan:

  • Strategi Pelabur Tersohor
  • Pesona Pelaburan Syariah Di Bursa Malaysia
  • Anekdot Dunia Pelaburan
  • Bagaimana Memerdekaan Diri Di Saat Getir Dan Mencabar (Strategi Orang Berjaya)
  • Masa Depan Pasaran Modal Islam
  • How to Catch a Breakout Stock
  • Forum : Fakta, Data & Carta
  • Strategi Bebas Kewangan Dalam Dunia Pelaburan Saham

Kira macam-macam ilmu ada dalam ni.

3. Belajar Dari Pagi Sampai Malam

Pastikan anda luangkan masa seharian untuk bersama-sama speaker hebat dengan topik padu pada hari tersebut. Ini kerana kita akan bersama-sama mereka semua dari pukul 8.45 pagi sampai 10.00 malam.

Orang kata belajar sampai berasap kepala.

4. Buat Waktu Cuti

Nasib baik jugalah ianya dibuat pada waktu cuti. Daripada kita tak buat apa di rumah, rebut peluang untuk mendalami ilmu dengan para ilmuan.

Kalau buat hari lain, takut nanti clash pula dengan kerja dan tak dapat nak hadir.

5. Belajar Secara Online

Memandangkan wabak pandemik masih belum reda, kini anda tak perlu keluar rumah untuk belajar. Duduk depan komputer atau laptop pun dah boleh.

Sambil-sambil minum kopi, boleh catat poin-poin penting yang disampaikan untuk dijadikan panduan.

6. Webinar Pecah Panggung

Setiap kali ada program anjuran Asri Ahmad Academy, pastinya akan pecah panggung.

Sertai ribuan lagi kawan-kawan yang bersungguh-sungguh nak ubah hidup dan mencapai kebebasan kewangan.

7. Semangat Kemerdekaan

Ambil semangat sempena Hari Merdeka untuk jadikan sebagai titik perubahan dalam diri. Kalau sebelum ini kita banyak main-main dan tak serius, sudah tiba masanya untuk kita bertindak dan berani untuk merubah sesuatu.

8. Diiktiraf Pihak Berautoriti

Program ini diiktiraf oleh Bursa Malaysia-i dan dianjurkan dengan kerjasama RHB Investment Bank. Bila pihak yang berwajib pun dah bagi green light, kita pun lebih semangat nak sertai kerana ianya mendapat pengiktirafan.

Daripada sibuk nak join seminar entah apa-apa yang akhirnya menyebabkan kita tertipu oleh scammer.

9. Yuran Komitmen Tak Masuk Akal

Kalau dilihat kepada nilai yang anda akan perolehi pada hari tersebut, memang beribu ringgit juga. Peluang untuk belajar daripada speaker tersohor yang berpengalaman, pagi sampai malam pula tu.

Tetapi bila tengok harga tiket, mesti terkejut. Macam tak masuk akal pula.

Dah Bersedia Untuk Belajar Ilmu Yang Boleh Mendatangkan Pulangan Yang Lebih Tinggi?

Jom beramai-ramai kita rebut peluang yang ada depan mata

WEBINAR BERANI MELABUR 2021
Tarikh: 31 Ogos 2021 (Selasa) 
Masa: 8:45 Pagi – 10:00 Malam

Daftar sekarang di >

Previous ArticleNext Article

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.