Afghanistan: Sumber Galian Luar Biasa, Mampu Menggegar Dunia

Kejatuhan tampuk kekuasaan kerajaan yang terlatih oleh Amerika Syarikat, dilihat sebagai satu kegagalan dalam krisis pentadbiran kemanusian pada abad era digital. Ianya telah memberi peluang untuk satu kekuasaan yang pernah disingkirkan dahulu – Taliban, untuk menguasai kembali negara yang dipanggil Afghanistan.

Di sebalik kisah & krisis yang dipaparkan oleh media massa, ada satu pengajaran yang patut kita ambil iktibar walaupun ianya nampak tidak elok, tetapi sebenarnya halus dan cantik.

Pengajaran kepada kita semua di sini adalah sifat komitmen pejuang Taliban yang tidak pernah mengenal erti putus asa, dan yang paling penting adalah kesabaran.

Ketiga-tiga sifat atau ciri tersebut telah memperlihatkan kepada dunia, bagaimana sekitar 75,000 ke 80,000 pejuang Taliban mampu menggegarkan sebuah organisasi kerajaan yang mempunyai jumlah ketenteraan seramai 300,000 dengan kelengkapan maju, mampu ditumpaskan dengan mudah kurang dari 24 jam.

Kisah sedemikian pernah terjadi semasa Rasulullah SAW masih bersama-sama kita di atas dunia ini lebih 1,400 tahun yang lalu. Sifat atau ciri inilah yang membawa kemenangan mudah kepada pihak Taliban.

Sifat atau ciri komitmen yang bersungguh-sungguh, tidak mengenal erti putus asa dan kesabaran ini sebenarnya perlu ada dalam diri seorang pelabur atau pedagang, lebih-lebih lagi yang ingin mengorak langkah kepasaran global seperti Wall Street.

Ianya diperlukan semasa mengambil ilmu, mempraktikkan ilmu dan dalam ketika kita melabur atau berdagang. Sentiasa dahagakan ilmu untuk memperlengkapkan diri dalam dunia pelaburan, kerana trend pasaran amat dinamik dan sentiasa berubah dari semasa ke semasa.

China Melangsungkan Pertalian Kerajaan Bersama Taliban

Langkah kontrovesi kerajaan China untuk terus bekerjasama dengan kerajaan Afghanistan sejurus Taliban mengambil alih kuasa, telah mengejutkan pihak barat. Pihak China di era industri digital ini, sentiasa dilihat mengambil langkah awal kerana peluang yang amat besar. Peluang yang besar ini dianggarkan bernilai lebih daripada USD1 trilion, dan pihak China ingin merebut peluang tersebut.

Tanah besar China adalah pengguna terbesar produk seperti lithium, cobalt dan nickel dalam perindustrian. Kesemua bahan mentah tersebut amat sukar diperolehi dan dalam jumlah simpanan yang terhad di dunia ini.

Bahan-bahan mentah ini banyak tersimpan di bumi Afghanistan yang kini dalam kekuasaan Taliban. Inilah penyebab utama kenapa kerajaan China yang berpusat di Beijing mengambil keputusan terburu-buru kerana peluang tersebut memang berharga.

Dengan menguasai pengeluaran bahan-bahan mentah yang luar biasa ini, kerajaan China mampu mengawal ekonomi dunia, terutama sekali dan aliran perdagangan (trade flows). Ianya secara tidak langsung akan menjadikan China sebagai salah satu kuasa ekonomi yang berpengaruh, dan mampu memberi impak dalam kestabilan ekonomi global.

Produk-produk canggih seperti lithium-ion, peralatan 5G serta angkasa lepas akan mampu dikuasai secara meluas oleh pihak kerajaan China. Ianya akan memberikan satu kelebihan dalam perundingan perdagangan diperingkat global.

Apa yang lebih strategik ialah menguasai bahan mentah dalam pembuatan senjata ketenteraan, dan ini akan mengingkatkan peringkat pertahanan bagi negara China, yang sentiasa dicabar oleh pihak barat.

Adakah kali ini kita akan melihat pertukaran kuasa ekonomi dunia ke Asia? Hanya masa akan menentukan.

Ditulis Oleh Mukhriz Mangsor (ACSI, CFTe, MSTA)

Panduan melabur saham global:

Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke luar negara?

Rugi korang yang tak mulakan langkah pertama beli saham-saham global seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi.

Takut saham tu mahal? Eh, banyak lagi saham-saham yang murah dan patuh syariah.

Waktu jual beli saham dibuka sekitar 9.30/10.30 malam. Boleh buat analisis, beli saham dan buat profit tanpa perlu ganggu waktu kerja.

Miliki e-book step by step untuk melabur saham di US. Dalam e-book ini, anda akan belajar:

1. 3 indeks yang ada di Wall Street
2. Cara pilih saham-saham yang berkualiti
3. Cara pilih saham mengikut kriteria
4. Teknik yang berkesan untuk beli saham US
5. Cara menentukan saham patuh syariah atau tidak
6. Kenali broker-broker yang ada untuk jual beli saham US
7. Dua screener percuma

Miliki e-book ini sekarang -> Dari Malaysia Ke Wall Street

Previous ArticleNext Article

MGB Raih Kontrak RM34.76 Juta Bina Vila Di Arab Saudi

KUALA LUMPUR: MGB Bhd melalui anak syarikat milik penuh secara tidak langsung, MGB International For Industry memperoleh kontrak bernilai RM34.76 juta bagi pembinaan 75 unit vila di Arab Saudi.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MGB berkata MGB International menerima surat lantikan daripada ROSHN Group Company, pemaju hartanah berpangkalan di Arab Saudi yang dimiliki oleh dana kekayaan berdaulat negara itu, Public Investment Fund bagi projek berkenaan.

“Nilai keseluruhan kontrak projek ini berjumlah 32.98 juta riyal Saudi (RM34.76 juta),” katanya.

Menurut MGB, tarikh permulaan projek akan ditentukan selepas notis untuk memulakan kerja dikeluarkan oleh majikan, manakala tempoh pembinaan ditetapkan selama 242 hari atau kira-kira lapan bulan dari tarikh pembinaan bermula.

“Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan serta mengukuhkan nilai perolehan kontrak kumpulan.

“Projek ini juga merupakan langkah strategik dalam memperluas penyertaan kumpulan dalam sektor pembinaan di Arab Saudi, selaras dengan strategi pertumbuhan serantau jangka panjang,” katanya.

MGB berkata kontrak itu tidak memberi kesan terhadap modal saham terbitan syarikat, namun dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan aset bersih sesaham kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

Dalam pada itu, katanya, tiada pengarah, pemegang saham utama atau ketua pegawai eksekutif serta pihak berkaitan mempunyai sebarang kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak berkenaan.