Jom Labur Online Dengan ASNB Hari Ini

Saya pasti ramai yang kenal nama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Paling tidak pun, mesti kenal dengan Amanah Saham Bumiputera (ASB) kerana ianya merupakan pilihan jutaan pelabur rakyat Malaysia.

Tapi tahukah anda sekarang semakin mudah untuk kita melakukan transaksi ASNB?

Kalau dulu kita perlu pergi ke cawangan ASNB atau ke cawangan ejen ASNB seperti bank dan pejabat pos, kini semuanya boleh dibuat secara online.

Tetapi sebelum itu, jom kita berkenalan dengan ASNB terlebih dahulu.

Latar Belakang ASNB

Ditubuhkan pada tahun 1981, ianya merupakan syarikat pengurusan unit amanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan 32 cawangan dan lebih daripada 2,700 ejen di seluruh negara.

ASNB kini mengurus 16 dana unit amanah, dengan 6 dana berharga tetap dan 10 dana berharga berubah-ubah. Ianya memenuhi citarasa setiap rakyat Malaysia, dengan nilai melebihi RM260 bilion unit dalam edaran dan 14 juta akaun.

Sebagai sebahagian daripada perjalanan digitalisasi ASNB, mereka telah melancarkan portal myASNB pada tahun 2018 dan aplikasi telefon pintar pada tahun 2019. Ini membolehkan rakyat Malaysia melabur dan memantau pelaburan mereka pada bila-bila masa dan di mana-mana saja.

Dan baru-baru ini pada tahun 2021, ASNB telah menaiktaraf aplikasi telefon pintarnya sebagai usaha untuk menambah baik pengalaman pengguna, serta melancarkan pendaftaran di dalam aplikasi. Kini anda tidak lagi perlu melawat ke mana-mana cawangan ASNB atau ejen-ejen ASNB.

Pelanggan sedia ada ASNB, bukan pengguna myASNB

Anda cuma perlu beberapa minit untuk mendaftar dengan myASNB, tanpa perlu pergi ke mana-mana cawangan ASNB atau ejen ASNB untuk pengesahan identiti atau nombor telefon.

Dengan myASNB, anda kini boleh melihat prestasi dana serta melakukan transaksi dengan mudah.

Pelanggan sedia ada ASNB, pengguna portal myASNB tetapi bukan aplikasi myASNB

Dengan adanya aplikasi myASNB, kini lebih mudah bagi anda untuk memantau dan menjalankan sebarang transaksi di mana-mana saja.

Pelanggan sedia ada ASNB dan menggunakan aplikasi myASNB

myASNB kini berwajah baru bagi memudahkan pemantauan dan membolehkan anda melakukan sebarang transaksi dengan lebih mudah.

Beritahu keluarga dan kawan-kawan anda betapa mudahnya untuk mereka mendaftar dan melanggan dana ASNB menerusi aplikasi myASNB.

Bukan pelanggan ASNB

Daftar dan buka akaun menerusi aplikasi myASNB dalam masa hanya beberapa minit dan mulakan pelaburan dengan ASNB hari ini.

Pantau dan lakukan transaksi pada bila-bila masa dan di mana saja anda berada, tanpa perlu ke mana-mana cawangan ASNB ataupun ejen ASNB.

Jom Daftar Aplikasi myASNB

Bermula 26 September 2021, kini anda boleh mendaftar menerusi aplikasi myASNB dan mula melabur dengan ASNB. Hanya ikuti langkah-langkah berikut:

1. Muat turun aplikasi myASNB di Apple App Store, Google Play Store dan HUAWEI AppGallery.

2. Klik “Daftar”.

Isi semua maklumat dan tandakan ✔ pada kotak.

3. Masukkan 6-digit OTP yang dihantar ke nombor telefon anda

4. Isi maklumat peribadi anda

Pastikan juga maklumat akaun bank anda

5. Pilih kategori profil dan pekerjaan anda.

Setelah mengisi semua maklumat dengan betul, tandakan ✔ pada kotak

6. Isi maklumat pengisytiharan diri

7. Lakukan pengesahan identiti dengan mengambil gambar MyKad.

Ambil gambar bahagian depan MyKad

Ambil gambar bahagian belakang MyKad pula

Seterusnya, ambil gambar swafoto sambil memegang MyKad pula.

8. Tahniah! Pengesahan identiti anda berjaya. Sekarang anda perlu tetapkan Nama Pengguna dan Kata Laluan

9. Isi maklumat log masuk untuk mengakses akaun myASNB

Tetapkan soalan keselamatan dan jawapannya, yang hanya anda tahu.

10. Tahniah, pendaftaran akaun myASNB anda telah berjaya

11. Kini anda boleh log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang telah ditetapkan

12. Jawab 6 soalan bagi membolehkan myASNB beri cadangan unit amanah yang bersesuaian dengan profil risiko anda

13. Berdasarkan jawapan kepada 6 soalan tersebut, berikut merupakan cadangan dana yang bersesuaian

Anda boleh pilih dana yang dirasakan bersesuaian dengan anda

14. Mulakan pelaburan anda

Setelah memilih amaun, cara pembayaran dan tandakan ✔ pada kotak, semak lagi sekali sebagai pengesahan.

15. Log masuk ke perbankan internet pilihan anda dan teruskan untuk membuat pembayaran

Anda akan mendapat notifikasi sekiranya pembayaran telah berjaya

17. Kembali semula ke laman utama untuk melihat portfolio pelaburan dan membuat transaksi lain

Itu saja, mudah kan? Jom muat turun aplikasi myASNB di Apple App Store, Google Play Store dan HUAWEI AppGallery dan daftar akaun anda hari ini.

Hadiah Menarik Menanti Anda

ASNB juga sedang menjalankan kempen Jom Labur Online sehingga 30 November 2021 dengan pelbagai hadiah menarik seperti iPhone 12 Pro dan iPad Pro. Maklumat lanjut boleh layari laman web ASNB.

Anda juga boleh tonton video Tutorial Pendaftaran Akaun ASNB Secara Online:

Previous ArticleNext Article

FCPO: Trend Menurun Semakin Menguat Semasa Fasa Mendatar

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan yang mendadak pada hari Jumaat lalu apabila jatuh MYR26 untuk
ditutup pada harga MYR4,480. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras harga MYR4,516. Ia kemudiannya mencatat paras tertinggi intrahari pada MYR4,520 sebelum kegiatan penjualan tinggi berlaku dan mengheretnya ke paras terendah sesi tersebut pada MYR4,460. Ia kemudian menutup dagangan pada paras MYR4,480 dengan membentuk corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan bahawa tekanan jualan mendominasi pasaran.

Pergerakan harga ini menunjukkan komoditi sekarang bergerak ke paras sokongan MYR4,390 dan terus-menerus ditutup di bawah garisan SMA 50 hari. RSI juga masih berada jauh dalam zon menurun yang menandakan rentak menurun adalah kuat dan mungkin akan berlarutan. FCPO sekarang dijangka akan menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,390. Kami bertindak mengekalkan bias dagangan negatif kerana mereka yang menantikan penurunan harga jelas mempunyai kawalan.

Para pedagang disarankan untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi tetap kukuh berada pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama ialah MYR4,390 dan diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sekarang berada pada MYR4,600 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,700.