Lazada Perhebatkan Jualan Terbesar 11.11 dengan Ganjaran Lumayan Bernilai Lebih RM2,000,000 Termasuk 3 Kereta Nissan Almera Turbo Baharu

Pesta beli-belah tahunan Lazada yang terkenal, 11.11 Biggest One-Day Sale, kini kembali lebih besar pada 11 November, dengan ganjaran bernilai lebih RM2,000,000 dan peluang untuk memenangi tiga kereta Nissan Almera Turbo serba baharu. Para pembeli dalam talian boleh menikmati harga Mesti Beli terendah di pasaran, mengumpulkan Lazada Bonus dan baucar Penghantaran Percuma tertinggi, serta memenangi pelbagai ganjaran lumayan.

“11.11 Biggest One-Day Sale Lazada merupakan acara beli-belah yang paling dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Para pembeli akan menikmati pelbagai promosi dan ganjaran menarik dengan tawaran Jaminan Harga Terendah dan ciri-ciri Shoppertainment yang membahagiakan. Kami berharap aktiviti yang disediakan, terutamanya Super Show Lazada 11.11, akan menyemarakkan semangat rakyat Malaysia,” kata Rick Ting, Ketua Pertumbuhan Pengguna, Lazada Malaysia.

Lazzie Hunt: Cari Lazzie, Lengkapi Misi, dan Beli Sekarang

Menjelang 11.11 Biggest One-Day Sale Lazada, kenderaan penghantaran Lazada Logistics akan memaparkan maskot Lazzie dan juga lima kod QR unik. Setiap kod QR memberikan akses kepada baucar dan ganjaran eksklusif Lazzie Hunt berjumlah lebih RM2,000,000, termasuk tiga kereta Nissan Almera Turbo serba baharu untuk pengguna yang menemui dan mengimbas kelima-lima kod QR.*

Jaminan Harga Terendah: Tawaran Mesti Beli

Ditawarkan sekali setahun, Jaminan Harga Terendah dengan pulangan wang 11 kali ganda daripada Lazada kini kembali. Para pelanggan boleh membeli-belah dengan yakin kerana tawaran Mesti Beli 11.11 pasti lebih murah daripada harga di seluruh pasaran dan disokong dengan Jaminan Harga Terendah Lazada, di mana perbezaan harga 11 kali ganda akan dipulangkan kepada pelanggan jika mereka menemui harga lebih rendah.* Di samping itu, Mesti Beli Electronic Deals sempena Jualan 11.11 akan mengetengahkan tawaran eksklusive bagi pelancaran produk baharu, termasuk Samsung Galaxy M52, Huawei Nova 9, POCO X3 Pro 6, dan banyak lagi.

Lazada Bonus dan Penghantaran Percuma: Paling Banyak Ditawarkan

Acara beli-belah 11.11 akan membawakan paling banyak Lazada Bonus dan Penghantaran Percuma yang pernah ditawarkan sepanjang tahun. Mulai sekarang sehingga 11.11, pengguna Lazada boleh mengumpulkan berbilang baucar Penghantaran Percuma setiap hari dan juga mendapatkan diskaun Lazada Bonus bernilai sehingga RM400, yang memberi potongan RM10 bagi setiap perbelanjaan RM100 pada 11 November yang boleh digunakan bersama baucar dan tawaran lain.*

Crazy Brand Mega Offers dan Crazy Flash Sale: Tawaran Eksklusif Tempoh Terhad

Pada 11 November dari jam 12 tengah malam hingga 2 pagi,  Jualan 11.11akan mencapai kemuncaknya, apabila rakan-rakan jenama di LazMall yang dijamin tulen akan melancarkan tawaran eksklusif Crazy Brand Mega Offers untuk tempoh terhad dengan diskaun sehingga 70%. Peminat jenama boleh mendapatkan tawaran terbaik daripada jenama rasmi kegemaran mereka, seperti PUMA, Estée Lauder Companies, Philips, dan banyak lagi, yang hanya disediakan pada dua jam pertama Jualan 11.11 Lazada. Pelanggan digalakkan untuk menambah nilai Lazada Wallet masing-masing sebelum jualan bermula untuk memastikan pengalaman pembayaran yang pantas dan lancar apabila seluruh rakyat Malaysia berlumba untuk merebut Crazy Brand Mega Offers pada tengah malam. Mereka yang menambah nilai sekurang-kurangnya RM50 ke dalam Lazada Wallet juga akan menikmati pulangan tunai terjamin.* Proses pembayaran lancar menerusi Lazada Wallet amat penting untuk pembeli yang ingin membeli produk-produk RM0.01 Crazy Flash Sale yang sangat terhad, yang selalu habis dijual dalam masa beberapa saat.

Chup Dulu: Pembeli Awal Terima Tawaran Lebih Baik

Walaupun dengan pelbagai diskaun hebat yang ditawarkan di Jualan 11.11, pembeli bijak masih boleh lebih berjimat melalui Chup Dulu, iaitu ciri pratempahan dalam aplikasi Lazada. Pelanggan boleh membuat pesanan awal daripada jenama LazMall terkenal seperti tawaran eksklusif daripada Coach, Lancôme, Nespresso, Enfagrow, LEGO, dan banyak lagi dengan membayar deposit 10% mulai sekarang hingga 10 November. Pada 11 November dari jam 2 pagi, pembeli boleh membayar tawaran Chup Dulu dengan mudah.

Super Show Lazada 11.11: Siaran Langsung

Pada malam menjelang 11.11 Biggest One-Day Sale, Lazada akan menganjurkan Super Show Lazada 11.11 dari jam 9 malam hingga 11 malam menerusi saluran penstriman langsung dalam aplikasinya, LazLive, dan juga menerusi stesen televisyen kebangsaan, TV3. Acara ini akan menyiarkan persembahan oleh Duta Kebahagiaan Lazada, bintang-bintang terkenal K-pop SEVENTEEN dan juga selebriti tempatan popular, termasuk Nora Danish, Dayang Nurfaizah, Sarah Suhairi, Sissy Imann, dan juga Chief Discount Officer Lazada sendiri, Ain Edruce. Baucar eksklusif bernilai lebih RM40,000 akan dihadiahkan sepanjang siaran langsung di mana pelanggan boleh mendapatkan penjimatan lebih besar di pesta beli-belah yang bakal diadakan.*

Untuk maklumat lanjut mengenai 11.11 Biggest One-Day Sale Lazada, layari: https://lzd.co/MegaSale

Untuk maklumat lanjut mengenai Penghantaran Percuma, layari: https://lzd.co/LazadaMYFreeShipping

Mengenai Kumpulan Lazada

Diasaskan pada 2012, Kumpulan Lazada adalah peneraju platform eDagang di Asia Tenggara. Kami kini menjadi pemangkin untuk kemajuan di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam melalui perdagangan dan teknologi. Dengan rangkaian pembayaran dan logistik terbesar di rantau ini Lazada kini telah menjadi sebahagian daripada keperluan seharian pengguna dan kami bertekad untuk mencapai 300 juta pelanggan pada 2030. Sejak 2016, Lazada telah menjadi platform utama Kumpulan Alibaba di Asia Tenggara disokong oleh infrastruktur teknologinya yang bertaraf dunia.

Previous ArticleNext Article

PTPTN salur RM285,500 Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI

TANJONG MALIM, 29 September 2026 — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyalurkan Bantuan Lestari Siswa MADANI berjumlah RM285,500 kepada 571 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi meringankan beban kewangan mereka.

Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata setiap pelajar menerima bantuan RM500 secara sekali bayar (one-off) dan tidak perlu dibayar balik, dengan bayaran dikreditkan ke akaun pelajar mulai 2 Oktober ini.

Beliau berkata inisiatif itu merupakan antara usaha PTPTN membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan supaya dapat meneruskan pengajian tanpa terlalu dibebani masalah kewangan.

“PTPTN berbesar hati untuk menyampaikan Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI yang melibatkan jumlah keseluruhan RM285,500.

“Setiap pelajar akan menerima RM500, tak perlu bayar balik. Ini yang kita berikan secara percuma dan secara one-off,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI, semalam.

Ahmad Dasuki berkata PTPTN memperuntukkan RM120 juta bagi inisiatif berkenaan, dengan kira-kira 5,000 pelajar telah diluluskan setakat ini, namun hanya 1,500 pelajar menerima manfaat tersebut.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan pelajar yang memenuhi syarat, khususnya mereka yang merupakan anak penerima eKasih dan belum memohon pinjaman PTPTN, supaya mendapatkan maklumat lanjut dan memanfaatkan peluang berkenaan.

Beliau berkata PTPTN bukan sahaja berperanan menyediakan pinjaman pendidikan, malah turut memberi penekanan terhadap budaya menabung menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Beliau berharap Bantuan Lestari Siswa MADANI dapat menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik selain meningkatkan taraf hidup keluarga dan memberi sumbangan kepada masyarakat.

“PTPTN tetap komited untuk memastikan agenda pendidikan negara terus dilaksanakan melalui pelbagai inisiatif yang sedang kita usahakan sekarang, selari dengan moto PTPTN, ‘Peluang Kejayaan Anda’,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI Prof. Dr. Norkhalid Salimin berkata bantuan berkenaan amat bermakna kepada universiti memandangkan hampir 11,000 daripada kira-kira 30,578 pelajar UPSI merupakan golongan B40.

Beliau berkata perkara itu menggambarkan besarnya amanah dan tanggungjawab UPSI dalam memastikan kebajikan pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka sentiasa terpelihara.

“Agenda kebajikan mahasiswa bukan agenda sampingan. Ia merupakan satu agenda penting yang kita bawa untuk memastikan perjalanan pendidikan adik-adik menimba ilmu di Bumi Mualim ini sepanjang tiga, empat tahun terjaga,” katanya.

Hadir sama Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Perak, Andi Nurali Mohamed; Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar dan Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed.

Gambar 1: Ahmad Dasuki (tiga dari kanan, atas) bergambar bersama para pelajar UPSI yang merupakan penerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 2: Ahmad Dasuki bergambar bersama para pelajar UPSI yang menerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 3: Ahmad Dasuki (empat dari kanan) ketika menyerahkan cek cura Bantuan Lestari Siswa Madani yang bernilai RM285,500 kepada Norkhalid (tiga dari kiri) pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT UPSI