Tips Penting Elak Jatuh Muflis

Sebanyak lebih daripada 300,000 kes muflis direkodkan berdasarkan kepada statistik Jabatan Insolvensi dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini. Ini disebabkan oleh perancangan kewangan yang tidak betul dan perbelanjaan individu secara berlebihan. 

Pada entry kali ini, mari kami kongsikan antara tips penting elak jatuh muflis. Semoga dengan tips ini, kita dapat bangkit semula betulkan rekod kewangan dan penting, elak jatuh muflis.

  1. Hidup Dalam Kesederhanaan

Hidup dalam kesederhanaan merupakan salah satu aspek yang paling penting untuk mengelakkan jatuh muflis. Cukuplah hanya berbelanja secara minimum dari segi aksesori ataupun barangan perhiasan. Jadi, jangan pernah untuk membeli barangan yang mahal atau branded sekiranya fungsinya tetap sama dengan barangan yang murah ataupun non-branded tersebut.

  1.  Bayar Hutang Yang Ada Secepat Mungkin

Sekiranya anda sudah terjebak dengan hutang, jangan pernah untuk cuba menambahkan hutang lain seperti personal loan dengan niat untuk membayar hutang yang tertunggak tersebut. 

Ramai yang melakukan perkara tersebut, tetapi akhirnya memakan diri. Jadi, pastikan anda melangsaikan hutang yang ada secepat mungkin untuk mengelakkan jatuh muflis akibat hutang sekeliling pinggang. Cari pendapatan sampingan secepatnya juga.

  1. Senaraikan Keperluan Dan Kehendak

Apabila gaji sudah masuk, pastikan anda cepat-cepat buat senarai barangan yang menjadi keperluan atau kehendak bagi mengelakkan perbelanjaan yang tidak terkawal. Untuk membuat senarai tersebut, anda dikehendaki menulis bajet perbelanjaan bulanan dan pastikan duit gaji anda cukup untuk bertahan sepanjang bulan tersebut. 

Dengan cara ini, ia dapat mengelakkan anda daripada jatuh muflis akibat perbelanjaan yang tidak terkawal. Anda akan terpaksa membeli barang penting untuk keperluan sahaja. Anda juga terpaksa bertahan untuk tidak membeli barang kemahuan.

 

  1. Dapatkan Pendapatan Sampingan

Kini, terdapat banyak platform yang boleh membantu anda untuk mendapatkan kerja sampingan seperti Grab, Food Panda dan pelbagai jenis syarikat runner lain lagi. Namun penting sekali, ia memerlukan kerajinan daripada diri sendiri untuk mendapatkan pulangan daripada kerja sampingan tersebut. 

Dengan membuat kerja sampingan, pendapatan tambahan anda mungkin dapat menjadi duit backup untuk elakkan anda jatuh muflis.

  1. Buat Simpanan Secara Berterusan

Membuat simpanan secara berterusan juga dapat mengelakkan daripada jatuh muflis. Walaupun gaji tidak banyak, buatlah simpanan secara konsisten sebanyak 10 hingga 20 peratus daripada gaji anda setiap bulan. 

Sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini, anda masih lagi mempunyai wang untuk menampung perbelanjaan dengan menggunakan wang simpanan tersebut.

Kesimpulannya, tips elak muflis di atas dapat membantu kita semua sebelum terlambat. Ingatlah bahawa ‘Langit tidak selalunya cerah’ dan jika menghadapi masalah, terus dapatkan khidmat daripada mereka yang profesional. Sekiranya ada hutang dengan pihak bank, buatlah rundingan dan janganlah lari daripada mereka.

Rujukan

  1. https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2019/11/633461/elak-muflis-seawal-usia-muda
  2. https://laburhartanah.com/5-tips-mudah-nak-elak-muflis-pada-masa-muda/
  3. https://www.propertyguru.com.my/property-guides/maksud-insolvensi-muflis-dan-kesan-kepada-hartanah-di-malaysia-46796

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, terkini kami berjaya terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Ke Mana Perginya Duit Caruman PERKESO Kita Dilaburkan?

Bila sebut tentang PERKESO (SOCSO), perkara pertama yang terlintas di fikiran kebanyakan pekerja di Malaysia mestilah slip gaji bulanan yang kena potong, tuntutan elaun kemalangan, atau paling tidak pun isu skim wajib baru yang tengah hangat diperkatakan sekarang.

Gambaran Kasar Aliran Wang PERKESO (2024):

Untuk memudahkan kefahaman struktur kewangan mereka:

  • Duit Masuk (Kutipan caruman): ~RM7.58 Bilion
  • Duit Masuk (Untung pelaburan kasar): ~RM2.10 Bilion
  • Duit Keluar (Bayar pampasan/faedah pencarum): ~RM6.20 Bilion

Ini menunjukkan daripada RM7.58 Bilion yang dikutip, hampir RM6.20 bilion dipulangkan semula kepada pekerja/pencarum dalam bentuk bayaran pampasan dan faedah, manakah bakinya menjadi lebihan bersih dana institusi tersebut.

Tetapi, pernah tak anda terfikir: Ke mana perginya berbilion ringgit wang caruman yang dikumpul setiap bulan? Adakah ia sekadar disimpan di dalam bank atau sebenarnya “bekerja keras” menghasilkan untung?

Sebagai portal yang celik kewangan, hari ini kami nak bedah Laporan Tahunan PERKESO 2024 untuk melihat di mana institusi keselamatan sosial ini melaburkan dana mereka, dan berapa pula keuntungan kasar yang mereka berjaya jana!

1. Poket PERKESO Tengah Makin Lebat

Sebelum kita sembang bab kaunter saham mana mereka borong, mari kita tengok prestasi kewangan makro mereka terlebih dahulu.

Menurut laporan rasmi, jumlah Aset di bawah Pengurusan (AUM) PERKESO telah meningkat sebanyak 7.01% kepada sekitar RM36.87 Bilion!

Dari segi hasil atas pelaburan, strategi proaktif pasukan pelaburan mereka nampaknya membuahkan hasil:

  • Pendapatan Pelaburan Kasar (2024): Mencecah ~RM2.17 Bilion.
  • Pertumbuhan: Naik sebanyak 18.27% berbanding RM1,835.30 juta pada tahun 2023.
  • Kadar Pulangan (ROI) Kasar: Melonjak naik kepada 6.64% (berbanding 5.89% pada tahun sebelum).

Untung lebih RM2 bilion setahun ini bukanlah satu angka yang kecil. Jadi, di mana lubuk pelaburan mereka?

2. Di Mana PERKESO Melabur? (Pecahan Portofolio)

Sama seperti KWSP atau PNB, PERKESO menggunakan rangka kerja Alokasi Aset Strategik (SAA) bagi memastikan dana pelaburan mereka mampan, kalis inflasi dan yang paling penting mampu menampung tuntutan bayaran faedah pekerja bagi jangka masa panjang.

Berikut adalah instrumen utama pelaburan mereka:

  • 62.81% Pendapatan Tetap (Fixed Income)
  • 27.52% Ekuiti
  • 6.77% Pasaran Wang
  • 2.90% Pelaburan Alternatif

A. Pasaran Saham (Ekuiti)

Jika anda rasa pelaburan saham ini berisiko, bagi dana gergasi seperti PERKESO, pasaran ekuiti tersiar di Bursa Malaysia merupakan antara lubuk buat duit terbesar mereka untuk tahun 2024. Peningkatan pendapatan pelaburan kasar mereka disumbangkan secara signifikan oleh keuntungan penjualan saham apabila pasaran saham berada dalam momentum yang baik.

Tetapi nampaknya tiada langsung perincian senarai pegangan saham seperti yang dibuat oleh KWSP.

KWSP setiap tahun akan dedahkan:

  • Top 30 pegangan Bursa Malaysia
  • Nilai pegangan
  • Peratus pegangan
  • Kadang-kadang siap cerita prestasi mengikut aset dan pasaran luar negara.

Jadi orang ramai boleh tahu:

  • KWSP pegang saham Maybank berapa banyak
  • CIMB
  • Public Bank
  • Tenaga
  • YTL Power
  • Sunway dan sebagainya.

Menariknya, orang ramai sebenarnya tidak mengetahui pegangan saham PERKESO secara menyeluruh. Sebaliknya, sesuatu pelaburan hanya mendapat perhatian apabila ia menjadi berita atau melibatkan pengumuman kepada Bursa Malaysia.

Antara contoh yang pernah berlaku ialah:

Cypark Resources (2023)

Pada tahun 2023, PERKESO muncul sebagai pemegang saham utama dalam Cypark Resources selepas pegangan melepasi ambang pelaporan Bursa Malaysia. Ketika itu, Ketua Eksekutif PERKESO menjelaskan bahawa Cypark merupakan sebahagian daripada portfolio ekuiti PERKESO kerana syarikat tersebut mempunyai “good fundamental value” serta selari dengan fokus ESG organisasi.

Pharmaniaga (2025)

Pada Jun 2025 pula, The Edge Malaysia melaporkan bahawa PERKESO sedang berbincang untuk menyertai private placement Pharmaniaga Berhad dan berpotensi muncul sebagai pemegang saham yang besar sekiranya urus niaga itu dimuktamadkan. Walau bagaimanapun, Pharmaniaga menjelaskan ketika itu bahawa belum ada keputusan muktamad mengenai pelabur yang akan mengambil bahagian dalam private placement tersebut.

B. Bon Domestik & Sukuk (Sekuriti Hutang)

Bagi mengimbangi risiko pasaran saham yang turun naik, PERKESO meletakkan sebahagian besar dana dalam instrumen berpendapatan tetap (fixed income) iaitu bon korporat dan sukuk domestik. Ini memberikan aliran pendapatan faedah yang stabil setiap tahun.

Antara sektor-sektor utama dalam negara yang disokong oleh dana bon PERKESO termasuklah:

  • Perbankan & Perkhidmatan Kewangan
  • Tenaga & Utiliti (Sektor kritikal negara)
  • Pengangkutan & Telekomunikasi
  • Hartanah & Kewangan Awam

C. Aset Kewangan Sedia Untuk Dijual

Aset kewangan sedia untuk dijual boleh diibaratkan sebagai “stok pelaburan” yang boleh dijual pada bila-bila masa jika pengurus dana melihat peluang yang lebih baik. Ia lazimnya terdiri daripada saham, bon, sukuk, REIT dan instrumen pelaburan lain yang mudah diniagakan di pasaran.

Kantung kecairan PERKESO dalam kategori aset ini adalah sangat besar. Nilai aset kewangan sedia untuk dijual di bawah kumpulan PERKESO dilaporkan mencecah RM32.88 bilion. Ini memberikan fleksibiliti tinggi kepada pengurus dana mereka untuk bertindak mengikut kitaran ekonomi semasa.

D. Hartanah Fizikal & Deposit Tunai

PERKESO juga mempunyai pegangan dalam pasaran hartanah bagi menjana pendapatan bersih melalui hasil sewaan serta modal apresiari. Di samping itu, dana selebihnya diletakkan dalam instrumen pasaran wang dan deposit tegar bersama institusi kewangan berlesen demi keperluan kecairan tuntutan faedah harian pekerja.

3. Untung Bilion-Billion Tapi Belanja Pun Besar?

Satu fakta menarik yang pekerja perlu tahu ialah: Walaupun pendapatan pelaburan mereka mencecah RM2.17 Bilion, kos tanggungjawab atau belanja tanggungan (tuntutan pampasan/faedah) yang PERKESO perlu bayar semula kepada pekerja yang ditimpa musibah juga meningkat sebanyak 7.29% kepada ~RM6.2 Bilion!.

Peningkatan bayaran keluar (payout) ini disebabkan oleh pertambahan bilangan penerima faedah serta peluasan skim perlindungan kepada sektor pekerja asing dan bekerja sendiri (SKSPS).

Melalui data ini, jelaslah bahawa PERKESO bukan sekadar menyimpan duit caruman. Wang tersebut digulung masuk ke dalam ekosistem korporat Malaysia demi menjana pulangan berbilion ringgit untuk memastikan kantung institusi ini sentiasa sihat dan kalis risiko masa depan.

Nota: Artikel ini adalah berdasarkan maklumat yang didedahkan dalam Laporan Tahunan PERKESO 2024. Sebarang pegangan saham individu tidak dinyatakan dalam laporan tersebut. Oleh itu, artikel ini hanya membincangkan maklumat yang didedahkan secara rasmi oleh PERKESO dan tidak membuat sebarang andaian mengenai saham-saham yang dimiliki.