Cakap-Cakap Buruk Tentang Pelaburan Saham

Ramai nak mula melabur saham tetapi belum teruskan hajat itu sebab terpercaya dengan cakap-cakap orang.

Bagi menjawab kecelaruan anda, mari kami kongsikan antara mitos pelaburan saham yang masih kedengaran di kalangan netizen.

 Melabur Saham Itu Susah!

“Betul ke melabur saham itu tak senang?” 

Dulu mungkin susah sebab sumber terhad. Sekarang ni buka YouTube, Facebook, Twitter ada saja orang berkongsi ilmu berkaitan saham.

Ketahuilah, semua perkara di atas bumi ini bukannya senang dan memerlukan ilmu untuk menguasainya. Kini, melabur saham bukan lagi benda yang susah dan melalui kelas secara online pun kita semua mampu belajar. Penting untuk belajar, baru boleh buat, baru dapat hasil!

Melabur Saham Memerlukan Masa Yang Panjang!

Mungkin ada juga dalam kalangan kita mendengar akan pelaburan saham ini memerlukan masa yang amat panjang. Mereka yang bekerja sepenuh masa memang tak ada peluang!

Ini yang kami nak beritahu, zaman sekarang sambil sembang-sembang dekat warung atau tengah buaikan anak pun boleh tengok harga saham saham tau. Semuanya sudah tersedia di hujung jari. Nak beli dan jual saham pun tak sampai 10 minit.

Kita belek-belek Facebook, IG, Tik Tok lagi lama rasanya.

Melabur Saham Itu Rugi!

“Rugi je kau masuk saham tu, baik simpan duit tu dalam bank”. Biasa yang cakap sebegini adalah mereka yang ada pengalaman rugi di pasaran saham.

Antara sebab kenapa orang melabur adalah kerana inginkan pulangan yang lebih baik. Kerugian dalam pelaburan itu benda biasa. Melabur saham juga sama seperti berniaga yang ada risiko untung dan rugi.

Hidup ada pilihan, kalau tak berani rugi jangan terlibat dalam pelaburan. Namun, dengan ilmu yang mantap, kerugian dalam pelaburan pasti dapat dikurangkan.

Duit kita adalah tanggungjawab kita. Nak jadi kaya cepat tetapi tak faham macam mana nak menguruskan duit, kekayaan tu tidak akan bertahan lama.

Melabur Saham Memerlukan Modal Yang Sangat Besar!

Tak perlu modal ratus ribu pun. Melabur saham memerlukan modal yang sangat banyak adalah mitos yang tidak boleh digunapakai lagi sekarang. Sebab, dengan modal serendah RM100 pun kita dah boleh beli saham.

Harga Saham Mahal!

Dalam pasaran saham Bursa Malaysia kini, banyak saham yang harganya di bawah RM5 per unit. Namun, anda perlu ingat bahawa semakin rendah harga saham, risiko kerugiannya semakin tinggi.

Melabur Saham Itu Haram!

Mitos terakhir yang paling banyak kita dengar adalah melabur saham itu adalah haram. Kini, terdapat lebih 700 saham yang terdapat di Bursa Malaysia adalah patuh syariah. Jadi, bagi anda yang was-was mengenai status halal sesebuah saham di Bursa Malaysia, anda boleh rujuk di senarai Bursa Malaysia.

Kesimpulannya, cakap-cakap negatif ini perlu dijauhi oleh fikiran kita sebagai seorang pelabur saham. Dalam pelaburan saham, perkara yang paling penting adalah ilmu dan buat berulang-ulang.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Bursa Malaysia Menjadi Syarikat Tersenarai Awam Pertama Di Malaysia Meraih Skor ESG Tertinggi FTSE4Good

Kuala Lumpur– Bursa Malaysia Berhad (“Bursa Malaysia”) menjadi syarikat tersenarai awam (PLC) pertama di Malaysia yang mencapai skor tertinggi 5.0 di bawah rangka kerja penilaian dan metodologi ESG FTSE4Good. Pencapaian ini meletakkan Bursa Malaysia dalam kalangan kumpulan terpilih syarikat dalam alam semesta FTSE4Good, yang menilai lebih daripada 12,000 syarikat di seluruh dunia.

Pencapaian ini didorong terutamanya oleh prestasi cemerlang di bawah tema Perubahan Iklim dalam kriteria FTSE4Good. Ia adalah hasil daripada penambahbaikan pendedahan kemampanan Bursa Malaysia merangkumi aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), khususnya pelaporan berkaitan iklim yang selaras dengan piawaian antarabangsa yang diiktiraf seperti IFRS S2.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Dato’ Fad’l Mohamed, berkata:

“Sebagai Bursa nasional, kami percaya standard yang kami galakkan dalam pasaran perlu terlebih dahulu dicerminkan dalam amalan kami sendiri. Pencapaian skor tertinggi dalam penanda aras ESG yang diiktiraf di peringkat global seperti penilaian ESG FTSE4Good membuktikan kemajuan kami dalam memperkukuh amalan dan pendedahan ESG. Ini merupakan satu standard yang komited untuk kami kekalkan, dan ia turut mengukuhkan kepentingan pelaporan ESG dalam membantu pelabur memahami risiko, peluang serta pemacu penciptaan nilai jangka panjang.”

Selain operasi sendiri, Bursa Malaysia turut memperkukuh keperluan pelaporan kemampanan bagi syarikat tersenarai selaras dengan Rangka Kerja Pelaporan Kemampanan Nasional. Bursa Malaysia juga memperkenalkan pelbagai inisiatif seperti Centralised Sustainability Intelligence (CSI) Solution bagi memudahkan pelaporan kemampanan dan pengurusan data ESG untuk syarikat tersenarai serta pembekal mereka.

Secara keseluruhannya, inisiatif-inisiatif ini menyokong peningkatan kualiti dan kebolehbandingan pendedahan kemampanan dalam kalangan syarikat tersenarai.

Penanda aras FTSE4Good, yang diperkenalkan oleh FTSE Russell pada tahun 2001, merupakan antara penanda aras ESG yang paling lama bertapak dan paling diiktiraf di dunia. Dengan menilai lebih daripada 12,000 syarikat di seluruh dunia menggunakan metodologi yang telus dan berasaskan peraturan, FTSE4Good menjadi rujukan penting kepada pelabur institusi yang mencari syarikat dengan amalan ESG yang kukuh, di samping menggalakkan penambahbaikan berterusan dalam prestasi dan pendedahan kemampanan.