Analisis Fundamental : Kenali Syarikat CIHLDG Yang Memberikan Dividen Berterusan

Antara salah satu kelebihan dalam pelaburan saham adalah pendapatan dividen yang diterima oleh para pelabur. Selain dari peningkatan modal, pelabur juga mendapat dividen tahunan jika melabur di syarikat yang betul. Melihat kepada pelaburan jangka panjang, dividen adalah penting kerana hanya syarikat yang stabil dalam kewangan mampu untuk memberikan dividen yang baik.

Dalam pelaburan saham di Malaysia, terdapat syarikat yang sangat pemurah dalam pemberian dividen. Pemberian dividen mereka saban tahun semakin meningkat. Ini menunjukkan pengurusan kewangan syarikat yang baik. Mari kita kenali syarikat yang memberikan peningkatan dividen kepada pelabur mereka sepanjang tiga tahun.

C. I. Holdings Berhad (CIHLDG)

CIHLDG merupakan syarikat dalam sektor barangan pengguna makanan dan minuman. CIHLDG ditubuhkan pada tahun Februari 1978 dan menjadi syarikat tersenarai di Bursa Malaysia pada tahun 1982. CIHLDG mempunyai dua segmen bisnes iaitu memproses dan mempaketkan semua jenis minyak makanan serta membuat dan menjual aksesori paip.

Pendapatan Syarikat

Sumber : Malaysiastockbiz

Sejak suku akhir tahun 2020, CIHLDG menunjukkan peningkatan dalam pendapatan bersih dan konsisten. Jualan syarikat juga meningkat dengan memberikan petunjuk bahawa permintaan kepada produk keluaran syarikat semakin tinggi.

Salah satu anak syarikat CIHLDG adalah Palmtop yang mendapat permintaan tinggi seiring dengan permintaan produk berasaskan minyak kelapa sawit. Palmtop mempunyai dua kilang pemprosesan minyak kelapa sawit menjadi end product sebelum dijual kepada pelanggan dalam dan luar negara.

Pada masa kini, Palmtop telah berkembang dengan jayanya kerana telah memasarkan produk mereka kepada lebih 85 buah negara.

Dividen Syarikat

Sumber: Malaysiastockbiz

Syarikat CIHLDG memberi dividen secara konsisten sepanjang tahun. Sejak 2019, pemberian dividen dilihat semakin meningkat. Pada tahun 2019, pemberian dividen adalah 8.00 sen dan meningkat kepada 10.00 sen pada tahun 2020. Peningkatan sebanyak 25%, manakala pada tahun 2021, CIHLDG memberikan lagi peningkatan 25% dividen kepada para pelaburnya.

Syarikat CIHLDG mendapat manfaat kerana peningkatan harga minyak kelapa sawit dunia sejak tahun 2020. Pengurangan dalam pengeluaran di kilang-kilang disebabkan pandemik yang melanda telah melonjakkan harga minyak kelapa sawit dunia.

Dengan pengurusan yang bagus, syarikat ini dijangka akan mampu untuk terus memberikan dividen yang berterusan kepada para pelabur.

Previous ArticleNext Article

Dumb Money Vs Smart Money Dalam Pelaburan Saham

“Nak melabur saham mestilah tunggu Buy Call, baru boleh untung!”

Anda yang sedang melabur saham secara individu atau runcit, apa anda rasa jika anda sebenarnya dilabel sebagai ‘bodoh’ dalam dunia pelaburan saham ini? 

Jika anda ‘bodoh’, jadi siapa yang pandai sangat dalam pelaburan saham ini? Yang ‘cerdik’ ini ialah mereka yang datangnya dari industri atau lebih dikenali sebagai pelabur institusi. 

Marah dengan label yang diberikan? Bertenang, kerana label ini diberikan oleh pihak media kewangan di Wall Street yang menggambarkan perbezaan aliran tunai kedalam pasaran saham daripada pelabur individu dan aliran tunai daripada pelabur institusi. 

Kenapa Pelabur Runcit Dilabel ‘Dumb‘?

Jangan kecil hati, istilah ini diberikan hanya kerana pelabur runcit tidak mempunyai masa, akses kepada maklumat pasaran yang terhad dan juga kurang kesungguhan mengkaji laporan kewangan syarikat ketika membuat keputusan pelaburan.  

Pelabur runcit juga membuat kajian tentang saham syarikat secara individu dan tidak memiliki kumpulan penyelidik yang dedikasi memuat kajian dan mendapatkan maklumat. 

Oleh sebab ini, aliran tunai daripada pelabur runcit ke dalam pelaburan saham dilabel sebagai aliran tunai ‘bodoh’.

Tetapi mari kita semak semula, sampai hari ini kita masih jumpa pelabur-pelabur runcit yang membeli dan menjual saham dengan mengharapkan ‘buy call’. Malah ‘group‘ yang menawarkan perkhidmatan ‘buy call’ ini laris dilanggan. 

Banyak juga kisah pelabur rugi besar sebab beli saham yang naik ketika di puncak dan akhirnya menangis di bucu katil akibat kerugian. 

Belum cerita mereka yang ditipu (scam) dengan pelaburan yang tidak wujud. 

Jumlahnya bukan sedikit, ramai sebenarnya. Jadi cuba jawab soalan ini, adakah pelaburan seperti ini bijak? 

Pelabur Institusi Pula Bijak Sangat Ke?

Sumber: Investopedia

Pelabur institusi yang dilabel ‘Smart Money’ bijak sangat ke? Boleh buat keuntungan beratus peratus ke?

Jawapannya tidak juga, pernah sahaja pelabur institusi dan pengurus dana membuat keputusan yang salah yang mengakibatkan kerugian kepada organisasi mereka. Yang sampai melingkup pun ada!

Tetapi apa yang mereka ada dan pelabur runcit tiada, ialah mereka ada kelebihan (unfair advantage) untuk mendapatkan maklumat pasaran, kumpulan penganalisis pasaran berdedikasi dan berpengalaman yang cakna tentang apa yang terjadi dalam pasaran. Ini menjadikan mereka membuat keputusan pelaburan yang maklum.

Pelabur Runcit Hari Ini Semakin Bijak

Dengan usaha yang berterusan daripada pihak yang terlibat, banyak kelas dan sesi pembelajaran saham yang diadakan khas untuk pelabur runcit supaya melabur dengan ilmu

Walaupun mungkin pelabur runcit tidak mendapat maklumat sehebat pelabur institusi, tetapi kajian yang dibuat memadai untuk mereka meraih keuntungan dalam pasaran saham ini.

Nak berjaya dalam pelaburan saham ini tiada jalan mudah. Pengalaman dan usaha yang tidak putus di samping ketekunan menuntut serta menambah ilmu pelaburan akan menjadikan anda pelabur yang berjaya. 

Semoga berjaya!

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

InshaAllah berbaloi……

>> Pradaftar Sekarang & Dapatkan Akses Terawal!