Kisah Rakyat Malaysia Terlibat Dalam Skandal Rasuah Terbesar Melibatkan Angkatan Tentera Laut Amerika Syarikat

Selain daripada krisis 1MDB yang menggegar nama Malaysia di dunia, ramai antara rakyat di negara ini yang masih belum mendengar kisah seorang rakyat Malaysia yang telah berjaya merasuah Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy).

Seperti yang kita tahu, buat masa ini US Navy adalah antara pasukan tentera paling kuat kerana mempunyai hampir sedozen aircraft carrier yang berkuasa nuklear berbanding dengan mana-mana negara pesaing yang hanya mempunyai satu sahaja aircraft carrier dalam armada laut mereka.

Disebabkan perkara itu, penguasaan US Navy ini menjadikan kebanyakan armada laut negara lain menghormati kekuatan yang dimiliki oleh mereka. Walaupun hebat sedemikian rupa, ia tidak terlepas dengan skandal dan apa yang menarik skandal tersebut melibatkan seorang rakyat Malaysia.

Leonard Glenn Francis atau lebih dikenali sebagai Fat Leonard dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1965 dan sejak kecil lagi beliau telah terdedah dengan dunia perniagaan. Ibu bapanya merupakan seorang usahawan yang menyediakan bahan makanan dan lilin kepada mana-mana kapal dagang yang berlabuh di pelabuhan Pulau Pinang. Disebabkan perkara tersebut, Fat Leonard telah terdedah dalam dunia perkapalan sejak kecil lagi.

Tidak seperti ibu bapanya, Fat Leonard mempunyai impian yang lebih besar dalam dunia perniagaan. Baginya, jika hanya menyediakan perkhidmatan kepada kapal dagang yang kecil, keuntungannya juga kecil. 

Beliau mengambil keputusan untuk berpindah ke Singapura dan menetap disana. Beliau membuka syarikat sendiri yang diberi nama Glenn Marine Group di negara tersebut dan pada ketika inilah beliau melihat peluang yang besar terhidang di depan matanya.

Gambar: Medium

Setiap tahun, US Navy melakukan pelayaran mengelilingi dunia dan Singapura merupakan salah satu destinasi persinggahan aircraft carrier negara tersebut. Beliau melihat jika aircraft carrier singgah di pelabuhan syarikatnya, sudah pasti akan memberikan keuntungan yang tinggi. 

Akhirnya, beliau mendapat ilham untuk merasuah pegawai tertinggi dalam angkatan tentera laut negara tersebut. Beliau menawarkan sesuatu yang tidak dapat ditolak oleh pegawai tinggi yang mengemudi kapal perang tersebut.

Antara tawaran lumayan yang ditawarkan oleh Fat Leonard kepada pegawai tertinggi tersebut adalah wang tunai, pelacuran dan percutian yang mewah. Tujuannya adalah satu iaitu pegawai tersebut mestilah melabuhkan kapal perang tersebut di pelabuhan miliknya berbanding dengan pelabuhan lain yang berada di sekitar Singapura.

Gambar: ABC Chicago

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Segala kegiatan yang tidak bermoral yang dilakukan oleh Fat Leonard terbongkar apabila salah seorang isteri kepada Komander US Navy mendedahkan kegiatan suaminya yang menerima suapan dari Fat Leonard.

Pada mulanya, pihak berkuasa Amerika Syarikat mencurigai Komander Michael Misiewicz yang dituduh sebagai seorang pengintip kepada unit tentera tersebut. 

Pihak penyiasat akhirnya bekerjasama dengan isteri Komander Michael Misiewicz untuk menyiasat Michael Misiewicz tanpa pengetahuannya. 

Isterinya telah membaca email peribadi milik Komander Michael Misiewicz dan beliau menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak penyiasat. Akhirnya, pihak berkuasa dapat menangkap dalang disebalik kegiatan rasuah ini dan Fat Leonard akhirnya ditangkap pada tahun 2013 di San Diego atas kesalahan memberi rasuah kepada pegawai tinggi US Navy. 

Komander Michael Misiewicz juga turut ditangkap dan isterinya telah memfailkan cerai kerana mengetahui Komander Michael Misiewicz mempunyai hubungan sulit dengan pelacur. 

Fat Leonard disoal siasat dan beliau merupakan saksi yang sangat penting dalam kes rasuah melibatkan pegawai tinggi US Navy. Fat Leonard memberitahu nama-nama yang terlibat dan sebahagian besar pegawai telah dihukum. 

Ironinya, kebanyakan pegawai yang dihukum adalah dalam kalangan pegawai bawahan dan tidak kepada yang berpangkat admiral walaupun terlibat dalam skandal tersebut.

Gambar: Medium

Fat Leonard juga turut mengatakan secara sinis jika semua peawai tinggi US Navy dihukum maka kosonglah kapal perang tentera Amerika Syarikat kerana semua pegawai tinggi yang mengemudikan kapal tersebut secara langsung terlibat dengan kegiatan Fat Leonard.

Beliau juga turut berbangga kerana dapat mengemudi kapal aircraft carrier secara tidak langsung seperti kapal kertas di atas air kerana berjaya merasuah pegawai tertinggi aircraft carrier milik negara tersebut.

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.