Rakuten Trade Lancarkan Kemudahan Jual Beli Saham AS

Rakuten Trade Sdn Bhd (Rakuten Trade) hari ini mengumumkan bahawa Akaun Perdagangan Tunai Terdahulu akan dinaik taraf untuk menyediakan kemudahan bagi urus niaga asing, bermula dengan pasaran Amerika Syarikat (AS). Keputusan ini diambil berasaskan permintaan yang diterima sejak mula Rakuten Trade melancarkan perniagaannya pada 2017. Sebagai salah satu bisnes terawal yang menakluk pasaran, Rakuten Trade terus bergerak dengan lebih tangkas bagi tahun operasinya yang keempat untuk meningkatkan inovasi dan menaik taraf industri pembrokeran di Malaysia.

Ketika sidang media maya yang diadakan pada hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Rakuten Trade, En Kazumasa Mise berkata, “Perkhidmatan perdagangan saham AS kami menekankan nilai yang ditawarkan oleh Rakuten Trade dan menambah lebih banyak manfaat menerusi kecekapan digital yang disediakan. Dengan menaik taraf perkhidmatan yang ditawarkan, para pelanggan kami kini boleh menjual beli saham seperti Apple dan Tesla, dan juga Dana Dagangan Bursa (ETF) yang tersenarai di Bursa Saham New York dan Nasdaq, termasuk juga lebih daripada 1,000 saham di Bursa Malaysia. Kedua-dua saham tempatan dan asing akan ditawarkan menerusi paparan utama tunggal, pada kos broker rendah yang sama bagi menawarkan pengalaman perdagangan digital sepenuhnya yang lebih menyenangkan kepada para pelanggan.”

Ketua Pegawai Eksekutif Rakuten Trade, En Kazumasa Mise

Direka khas untuk individu celik digital yang berminat untuk menjalankan urus niaga jual beli saham sendiri, akaun Tunai Terdahulu Rakuten Trade menawarkan manfaat berikut kepada pelabur individu yang ingin menjual beli saham di pasaran Bursa Malaysia dan juga AS:

  • Yuran broker rendah iaitu RM7 hingga RM100.
  • Kadar tukaran berpatutan yang lebih baik daripada kebanyakan bank.
  • Paparan utama Tunai Terdahulu yang direka di dalam satu tempat untuk memudahkan pelanggan mengendalikan urus niaga saham mereka sendiri.
  • Satu had dagangan untuk semua pasaran.
  • Kemudahan dalam menyediakan laporan penyelidikan daripada tiga sumber: pasukan Penyelidikan dalaman, Rakuten Securities, Inc. (Research), dan Motley Fools.
  • Pengaktifan akaun pantas kurang daripada satu jam untuk berdagang di Malaysia dan dalam masa tiga hari untuk menjual beli saham di AS. 
  • Peluang mengumpulkan mata RT. 
  • Tiada caj dikenakan bagi mengendalikan tindakan korporat.

Rakyat Malaysia dan warga asing yang mempunyai akaun bank Malaysia layak memohon untuk Akaun Tunai Terdahulu bagi menjual beli saham di pasaran tempatan dan asing. Selepas berjaya mengaktifkan Akaun Tunai Terdahulu, pelanggan perlu memilih perkhidmatan Pasaran Asing.

En Mise menambah, “Perniagaan kami berkembang sejajar dengan keperluan dan kehendak pelanggan kami. Dengan pelancaran perkhidmatan perdagangan pasaran asing, kami memastikan perniagaan dan pencapaian yang lebih konsisten dalam bilangan pelabur runcit baharu secara tahunan.”

Rakuten Trade terus menjana keuntungan sejak April 2020 berkat sokongan pelanggannya, kebanyakan daripada mereka merupakan pelabur baharu.

Pada 31 Disember 2021, firma ini telah mengaktifkan lebih daripada 236,000 akaun perdagangan dan mengendalikan nilai dagangan lebih RM95 bilion di Bursa Malaysia sejak daripada hari perniagaan pertamanya. Setakat pada 31 Disember 2021, Rakuten Trade telah menguasai 7% daripada bahagian pasaran runcit manakala aset pelanggan yang dipegang di bawah amanah melebihi RM3.7 bilion.

Beilau menambah, “Kami berhasrat untuk terus memperluaskan perdagangan ekuiti dengan menambah baik pengalaman perdagangan digital yang memberi keutamaan kepada para pelanggan. Pada tahun 2020 sahaja, sistem ganjaran pemenang anugerah kami telah mengalu-alukan penyertaan Boost sebagai rakan ganjaran gaya hidup baharu dan meluaskan pilihan penebusan Mata RT untuk turut merangkumi dalam yuran broker. Dengan keupayaan digital kukuh yang menambah baik pengalaman pelanggan, dan sokongan bahagian penyelidikan berlesen penuh kami, Rakuten Trade akan terus berkembang maju dan meningkatkan piawaian industri pada tahun-tahun yang akan datang.”

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Rakuten Trade, sila layari www.rakutentrade.my atau muat turun aplikasi iSPEED.my menerusi Google Play Store atau Apps Store.

Untuk makluman pembaca, Rakuten Trade masih tiada kemudahan akaun patuh syariah.
Namun, anda boleh menyambung pembacaan lanjut di SINI

Panduan melabur saham global:

Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke luar negara?

Rugi korang yang tak mulakan langkah pertama beli saham-saham global seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi.

Takut saham tu mahal? Eh, banyak lagi saham-saham yang murah dan patuh syariah.

Waktu jual beli saham dibuka sekitar 9.30/10.30 malam. Boleh buat analisis, beli saham dan buat profit tanpa perlu ganggu waktu kerja.

Miliki e-book step by step untuk melabur saham di US. Dalam e-book ini, anda akan belajar:

1. 3 indeks yang ada di Wall Street
2. Cara pilih saham-saham yang berkualiti
3. Cara pilih saham mengikut kriteria
4. Teknik yang berkesan untuk beli saham US
5. Cara menentukan saham patuh syariah atau tidak
6. Kenali broker-broker yang ada untuk jual beli saham US
7. Dua screener percuma

Miliki e-book ini sekarang -> Dari Malaysia Ke Wall Street

Previous ArticleNext Article

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.