Tokoh Saham Patuh Syariah Haji Asri Ahmad Antara Penerima Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Wilayah Persekutuan 2022

Haji Asri Ahmad, satu nama yang pasti dikenali ramai terutama dalam kalangan pelabur saham bumiputera dan mereka yang mempunyai minat dalam bidang pelaburan terutamanya pelaburan saham.

Beliau telah dianugerahkan dengan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) yang membawa gelaran Datuk. Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2022 disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Penganugerahan itu adalah merupakan satu pengiktirafan kepada sumbangan besar Datuk Haji Asri Ahmad kepada masyarakat awam terutama golongan bumiputera dalam menyebarkan kesedaran dan ilmu pelaburan saham patuh syariah.

Dalam Istiadat yang berlangsung di Istana Negara itu, seramai 263 orang menjadi penerima darjah kebesaran Hari Wilayah Persekutuan 2022.

Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad mendahului senarai 263 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat manakala 15 individu pula dianugerahkan darjah kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri; Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk (59); Johan Mahkota Wilayah (JMW) (48); Kesatria Mahkota Wilayah (KMW) (53); Ahli Mahkota Wilayah (AMW) (34) dan Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW) (53).

Foto : Majlis Sukan Negara

Turut menerima darjah kebesaran Hari Wilayah Persekutuan 2022 ialah atlet lompat jauh paralimpik negara Abdul Latif Romly; bekas atlet terjun negara Leong Mun Yee dan penyanyi tersohor tanah air Abdul Hail Amir. Masing-masing dikurniakan PMW yang membawa gelaran Datuk.

Abdul Latif memenangi pingat emas dalam Sukan Paralimpik Musim Panas 2016 di Rio de Janeiro dan Sukan Paralimpik Musim Panas 2020 di Tokyo.

Semoga dengan pengiktirafan ini dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk berbuat baik dan menyumbang bakti kepada negara.

Buat Datuk Haji Asri Ahmad, teruskan perjuanganmu menyebarluaskan ilmu pelaburan saham kepada seramai mungkin rakyat Malaysia. Moga dengan secebis usaha Datuk dapat meningkatkan lagi penyertaan orang Bumiputera dalam pelaburan saham seterusnya dapat menambah pendapatan mereka.

Daripada Majalah Labur, tahniah kami ucapkan kepada semua penerima pingat dalam Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang & Pingat Wilayah Persekutuan 2022.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.