Bajet 2022 : Peluang Golongan Pendapatan Rendah Beli Rumah

Gaji sedikit pun boleh beli rumah dengan skim perumahan yang kerajaan tawarkan. Tahu tak macam mana nak mohon?

Golongan pendapatan rendah dapat beli rumah dengan mudah lepas ni, tak perlu fikir gaji kecil susah mohon pinjaman dan sebagainya lagi.

Bajet 2022 adalah salah satu bajet yang dikatakan paling bertuah untuk kebanyakan golongan berpendapatan rendah. Banyak kemudahan dan bantuan yang diberi oleh kerajaan termasuk peluang untuk golongan berpendapatan rendah membeli rumah. 

Pada entri kali ini, mari kita lihat peluang golongan berpendapatan rendah beli rumah dengan adanya Bajet 2022 yang telah diumumkan kerajaan. Ini adalah berita baik buat semua golongan yang berpendapatan B40.

Gambar : Sinar Harian

Berita Baik Untuk Golongan Berpendapatan Rendah Bagi Memiliki Rumah

Pada pembentangan Bajet 2022 yang lepas, YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah menyatakan bahawa setiap daripada rakyat Malaysia (Keluarga Malaysia) berhak untuk memiliki rumah kediaman. 

Oleh itu, pihak kerajaan telah memperuntukkan RM1.5 bilion untuk projek-projek perumahan kepada golongan berpendapatan rendah. Peruntukan tersebut juga adalah untuk meneruskan program-program dan bantuan dalam menyelenggarakan perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah.

Dari segi cukai pula, pihak kerajaan tidak lagi mengenakan cukai keuntungan hartanah seperti yang dinyatakan dalam pembentangan Bajet 2022. Pelepasan cukai tersebut adalah untuk golongan warganegara, pemastautin tetap dan syarikat yang mulai tahun enam dan ke atas. Jadi, ini adalah satu berita yang menggembirakan untuk semua golongan yang berpendapatan rendah.

Beli Rumah Dengan Pembiayaan Skim Jaminan Kredit Perumahan

Bagi mereka yang berpendapatan rendah, kerajaan telah menyediakan pembiayaan Skim Jaminan Kredit Perumahan dalam membeli rumah. 

Peruntukan yang disediakan oleh kerajaan bagi Bajet 2022 untuk skim ini adalah sebanyak RM2 bilion kepada pihak bank. 

Skim Jaminan Kredit ini juga merupakan antara peluang yang besar untuk mereka yang berpendapatan rendah yang tidak mempunyai bukti pendapatan tetap. Alhamdulillah semoga dipermudahkan urusan rakyat Malaysia.

Jenis Skim Perumahan Mampu Milik

Kerajaan sentiasa memastikan bajet kewangan tahunan dapat membantu semua golongan termasuk golongan pendapatan rendah. Dari segi kemampuan untuk beli rumah, inisiatif skim perumahan mampu milik dilaksanakan. 

Sebagai contoh, terdapat 10 jenis inisiatif skim projek perumahan mampu milik kerajaan malaysia. Antara adalah seperti berikut: 

  1. Skim Perumahan Rakyat Malaysia (PR1MA)
  2. Skim MyHome
  3. Rumah Mampu Milik Penjawat Awam
  4. Rumah Murah Bawah 50k PPRT / PPR
  5. Rumah Bajet 70k
  6. Rumah Mampu Milik Rumawip
  7. Rumah Selangorku 2022
  8. Rumah Idaman Rakyat
  9. Rumah SaSar (untuk askar dan tentera)

Bijak Menyusun Strategi Kewangan Yang Betul

Sekiranya anda berminat dengan peluang yang ditawarkan kerajaan ini, anda perlu menyusun strategi kewangan dengan lebih jelas dan betul.  Berpendapatan rendah bukanlah halangan untuk beli rumah. 

Dengan adanya peluang golongan pendapatan rendah beli rumah ini, jangan di sia-siakan malah manfaatkannya dengan lebih baik.  Anda perlu memastikan bahawa pembiayaan pinjaman perumahan secara bulanan dapat dibayar tepat pada waktunya. Tanpa langkah urus wang yang bagus, ia pasti sukar untuk membayar pinjaman perumahan tersebut.

Sememangnya peluang ini amat diperlukan oleh golongan pendapatan rendah bagi membeli rumah mampu milik. 

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka selepas ini susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman daripada pihak bank.

  • Bagaimana pula dengan hutang kad kredit, bayar tepat pada masanya atau tidak?
  • Pernahkah anda terlibat dengan sebarang masalah undang-undang atau muflis?
  • Berapa pula Debt to service ratio (DSR) anda?

Dengan TechRevo, kini anda boleh dapatkan laporan kewangan dengan cepat dan mudah.

Bukan itu sahaja, semua pengiraan berkenaan dengan permohonan pinjaman akan dilakukan berdasarkan apa yang bank mahu.

Yang lagi bestnya, di penghujung laporan nanti ada pilihan bank dengan tawaran terbaik khusus untuk anda.

Dengan harga promosi RM14.90, anda akan dapat:

✅ Ketepatan 99% pengiraan DSR + kelayakan pinjaman perumahan
✅ Laporan CCRIS untuk 12 bulan
✅ Kes undang-undang, muflis

Dapatkan laporan TechRevo hari ini juga -> https://tinyurl.com/techrevo

Previous ArticleNext Article

Pusat Data, Logistik, Permintaan Perumahan Akan Jana Pertumbuhan Hartanah – Juwai IQI


KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) — Juwai IQI menjangkakan pasaran hartanah Malaysia terus mengekalkan prestasi kukuhnya pada 2025, disokong oleh pertumbuhan dalam kecerdasan buatan (AI), pelaburan serta segmen industri dan komersial.

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Kashif Ansari dalam satu kenyataan hari ini berkata pelaburan dalam AI dan infrastruktur digital dijangka menjadi pemacu utama kepada pertumbuhan hartanah perindustrian.

“Lebih RM57 bilion diperuntukkan untuk pusat data dengan jumlah saluran pelaburan sebanyak RM149 bilion. Ini menunjukkan keyakinan pelabur yang berterusan.

“Pelaburan langsung asing dan penyertaan strategik Malaysia dalam BRICS serta Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik juga akan menyumbang kepada mengekalkan pasaran hartanah komersial,” katanya.

Kashif berkata bagi sektor perumahan, syarikat mengunjurkan pertumbuhan harga sehingga tiga peratus pada 2025, bersama dengan peningkatan bekalan rumah baharu dan peningkatan berterusan dalam jumlah transaksi.

Beliau menganggarkan kawasan selatan khususnya kawasan yang mempunyai hubungan lintas sempadan yang kukuh dengan Singapura akan menyaksikan permintaan yang meningkat apabila syarikat-syarikat dan pengguna mula memanfaatkan sambungan pengangkutan baharu serta insentif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura.

Mengenai segmen perindustrian dan komersial, beliau berkata nilai transaksi perindustrian bagi suku ketiga 2024 meningkat sebanyak 22 peratus kepada RM7.2 bilion berbanding tahun sebelumnya.

“Permintaan yang kukuh untuk gudang dan pusat pengedaran dipacu oleh pengembangan pesat Malaysia sebagai hab pengedaran.

“Terdapat banyak pembelian yang berlaku di Malaysia dan itu meningkatkan permintaan untuk gudang dan kemudahan pengedaran,” katanya.

Selain itu, Kashif berkata pasaran hartanah perumahan negara akan terus berkembang pada tahun ini.

Katanya, pada 2024, pasaran perumahan mencatatkan keputusan yang kukuh dengan peningkatan sebanyak 10.4 peratus dalam nilai transaksi, mencapai RM28.74 bilion pada suku ketiga tahun lepas.

“Transaksi perumahan menyumbang sebanyak 50 peratus daripada semua transaksi hartanah, meningkat daripada 46 peratus pada separuh pertama 2024.”

“Sebahagian daripada pertumbuhan itu dipacu oleh bekalan baharu dengan 10 peratus lebih banyak rumah baharu siap dibina,” katanya.

Menurut Kashif, terdapat lebih banyak bekalan perumahan dalam perancangan.

Katanya, industri ini menyaksikan hampir tiga kali ganda bilangan rumah baharu yang dibina berbanding tahun lepas.

— BERNAMA