Pelawak & Pelakon Zizan Razak Umum Tarik Diri Dari Dunia Forex

Satu perkongsian di laman Instagram pelakon dan pelawak terkenal Zizan Razak telah menggemparkan dunia Forex setelah beliau menyatakan bahawa beliau menarik diri daripada dunia Forex.

Beberapa komen daripda netizen yang memuji tindakan beliau meninggalkan perkara yang haram disisi agama. Namun begitu, terdapat juga rakan artis yang seolah-olah kecewa dengan tindakan yang dilakukan oleh Zizan.

Gambar : Instagram Zizan Razak

Rata-rata netizen mula mengetahui bahawa Forex adalah haram di sisi agama Islam.

Fatwa Forex Adalah Haram

Menerusi Portal Rasmi Fatwa Malaysia, telah pun menerbitkan artikel Hukum Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik.

Baca : Fatwa Brunei Berkenaan Perdagangan Pertukaran Matawang Asing Secara Lani (Individual Spot Forex)

Kami screenshot untuk anda isi kandungan artikel tersebut:

Kalau anda tidak boleh akses, sila ke laman arkib https://web.archive.org

Baca : Beza Saham Dengan Main Forex

Dan kalau anda tak mahu baca panjang-panjang, bacalah kesimpulannya seperti berikut:

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara. Selaras dengan itu, umat Islam adalah dilarang daripada melibatkan diri dalam perdagangan mata wang seumpama ini.

Muzakarah juga menegaskan bahawa keputusan yang diputuskan ini tidak terpakai ke atas urus niaga pertukaran mata wang asing menerusi kaunter di pengurup wang berlesen dan urus niaga pertukaran mata wang asing yang dikendalikan oleh institusi-institusi kewangan yang dilesenkan di bawah undang-undang Malaysia.

Jadi, tahniah Zizan kerana telah meninggalkan dunia Forex. Anda yang lain, bila lagi?

Selain Forex, anda boleh melabur ke dalam pelaburan patuh syariah di Bursa Malaysia atau pasaran saham antarabangsa.

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Bursa Tegur AZRB: Lewat Umum 4 Petisyen Penggulungan

Bursa Malaysia Securities telah mengenakan teguran awam terhadap Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB) kerana lewat mengumumkan empat petisyen penggulungan yang melibatkan kumpulan tersebut dan anak syarikat milik penuhnya.

Kelewatan pengumuman tersebut adalah antara 10 hingga kira-kira 50 hari.

Empat petisyen yang terlibat ialah:

🔹 Qimako Engineering & Construction
Tuntutan: RM1.18 juta

🔹 BBR Construction Systems
Tuntutan: RM5.01 juta

🔹 Pathfinder M & E
Tuntutan: RM2.66 juta

🔹 AmBank Islamic
Tuntutan: RM558,844

Secara keseluruhan, nilai tuntutan bagi empat petisyen tersebut adalah kira-kira RM9.41 juta.

Menurut Bursa, petisyen penggulungan merupakan maklumat yang boleh menjadi material kepada pelabur, khususnya dalam menilai kedudukan kewangan dan keadaan perniagaan sesebuah syarikat.

AZRB menjelaskan bahawa pihaknya sedang berbincang dengan pihak pemiutang bagi mencari penyelesaian secara baik.

Namun begitu, Bursa menegaskan bahawa kewujudan petisyen penggulungan tetap perlu diumumkan kepada pasaran dengan segera, walaupun syarikat sedang dalam proses rundingan dengan pemiutang.

Kes ini menunjukkan satu perkara penting dalam pasaran saham:

Bukan sekadar prestasi keuntungan yang perlu diperhatikan.

Pelabur juga perlu melihat perkara seperti:

  • Hutang dan komitmen syarikat
  • Aliran tunai
  • Tindakan undang-undang
  • Petisyen penggulungan
  • Keupayaan membayar pemiutang
  • Pengumuman penting kepada Bursa

Sumber: Bursa Malaysia Securities, 25 September 2026.