Beza Pelaburan Saham Dengan Unit Trust, Mana Lebih Baik?

Generasi sekarang semakin celik tentang kepentingan pelaburan dari usia yang muda. Tidak salah untuk kita membuat perbandingan, sekurang-kurangnya kita lebih memahami persamaan dan perbezaan di antara instrumen pelaburan yang ada.

Kali ini, kita akan buat perbandingan di antara saham dan unit trust.

Pelaburan Saham

Pelaburan saham ialah suatu pelaburan dalam sesebuah syarikat dengan membeli saham atau memiliki sebahagian pemilikan syarikat tersebut. Justeru, kita akan bergelar shareholder atau pemegang saham syarikat secara langsung dan mempunyai hak-hak tertentu sebagai seorang pemegang saham.

Bursa Malaysia adalah platform terkenal untuk pelaburan saham yang menyenaraikan banyak syarikat dari pelbagai jenis industri seperti Parkson, Mynews, Padini, Amway, Kamdar dan sebagainya.

Dalam pelaburan saham, pelabur yang menentukan keuntungan diinginkan berdasarkan corak dan teknik pelaburan yang mereka selesa. Contohnya, beli hari ini dan jual pada hari ini juga, ataupun beli hari ini dan jual pada masa yang tertentu.

Berkait rapat dengan tajuk ini, kerugian atau risiko yang bakal dihadapi tidak dapat dielakkan dan perlu dikawal dengan sebaiknya.

Jelaslah, kemungkinan dan kebarangkalian untuk seseorang pelabur menanggung kerugian itu pasti ada tinggi ataupun rendah. Kemungkinan untuk menghadapi kerugiaan ini dapat diminimumkan dengan perancangan yang baik serta penelitian kepada carta dan data semasa. ‘Trust your chart’ kerana data tidak mungkin menipu.

Hal ini berlaku kerana pelaburan saham ini sangat tinggi kecairannya (liquidity).

Pelaburan Unit Trust

Pelaburan Unit Trust adalah salah satu pelaburan jangka masa panjang yang melibatkan badan atau perunding kewangan berdaftar. Pihak berautoriti ini memegang tanggungjawab untuk menguruskan duit yang dilabur oleh pelabur ke dalam institusi mereka.

Duit yang dilaburkan itu sama ada duit pencen atau persaraan akan dimasukkan ke dalam satu dana iaitu dana amanah.

Kebiasaannya dalam masa setahun, keuntungan akan diberikan sebanyak 10% hingga 15%. Untung lumayan boleh didapati jika kita menunggu sekurang-kurangnya 5 tahun untuk menuai hasil yang ada dalam pelaburan unit trust tersebut. Keuntungan diberikan kepada pelabur melalui dividen berdasarkan kenaikan setiap unit.

Manakala pasaran saham pula, hasil keuntungan pelaburan akan dinikmati dalam sehari atau seminggu berdasarkan harga pasaran saham tersebut. Bukan itu sahaja, bagi pelabur yang berdagang secara short-term, dalam masa sehari mereka boleh mendapatkan keuntungan sebanyak 15% hingga 30% tanpa perlu menunggu tempoh tertentu seperti pelaburan unit trust.

Persamaan Saham Dan Unit Trust

Jika jenis unit trust yang dipilih adalah ekuiti, duit yang dilaburkan akan dilaburkan dalam pasaran saham.

  • Kedua-dua jenis pelaburan ini iaitu saham ataupun unit trust, pilihan boleh dibuat untuk melabur dalam pelaburan yang patuh syariah khususnya buat mereka yang beragama Islam.
  • Kedua-dua pelaburan ini mempunyai yuran (fee) atau kos untuk melabur:-

Pelaburan Saham

  • Brokerage Fee
  • Clearing Fee
  • Stamp Duty

Unit Trust

  • Upfront Fee
  • Annual Management Fee
  • Exit Fee bagi sesetengah Unit Trust

Kedua-dua instrumen pelaburan ini mempunyai tahap kecairan (liquidity) yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan pelaburan hartanah dan ianya mudah untuk dijual beli.

Perbezaan Pelaburan Saham dan Unit Trust

 Pelaburan SahamUnit Trust
Pengendalian AkaunMelabur sendiri
Dealer
Pengurus dana atau fund manager
ModalDuit lebihan pelabur
Nilai modal berdasarkan harga saham
Duit pencen KWSP
Tunai  
KeuntunganIntraday, midterm atau long-term.
Boleh mencapai 10% sehari
Dividen kenaikan setiap unit.
10% – 15% setahun
KerugianPetunjuk TA dan FA dapat mengurangkan kemungkinan kerugianPengurus dana atau fund manager diberi kepercayaan sepenuhnya
KedudukanPemilik syarikat atau shareholderTiada posisi dalam syarikat
Kos BrokerRM12 hingga RM40 bagi setiap transaksi mengikut broker.Cas pengurusan dana = 5.5%
Contohnya, RM2000 x 5.5% = RM110

Pelabur boleh melabur sebahagian modal dalam pelaburan saham manakala selebihnya ke dalam unit trust. ‘Risk appetite‘ dan ‘risk profile’ juga memainkan peranan dalam hal ini.

Pelabur yang agresif tidak mahu untuk menunggu lama dan lebih suka mengaut keuntungan dalam jangka masa yang singkat dan sanggup menanggung risiko yang besar. Modal untuk pelaburan saham berkemungkinan akan menjadi lebih besar dari pelaburan unit trust jika mahu mendapat keuntungan pada jangka masa singkat (scalper).

Pada masa yang sama, pelabur perlulah lebih peka dengan keadaan semasa yang berlaku untuk membuat keputusan jual dan beli.

Penulis boleh dihubungi di:

Muhammad Hariz Bin Anuar ([email protected])
Miqdad Bin Abdul Karim ([email protected])
Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali ([email protected])
Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Universiti Sains Islam Malaysia

Baca juga Mana Lagi Best ($$$), Jadi Ejen Takaful Atau Unit Trust?

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Timur Tengah Dilanda Konflik: Krisis Menjadi Peluang?

Risiko geopolitik jadi tumpuan utama

Peperangan Iran yang sedang berlaku sekarang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelabur, memandangkan ia memberikan kesan ekonomi yang runcing berkaitan kekurangan tenaga yang berlarutan. Harga minyak yang lebih tinggi untuk tempoh lebih lama menimbulkan risiko untuk Rizab Persekutuan AS (US Fed) menjadi lebih agresif. Para pelabur ekuiti rata-ratanya dilihat lebih munasabah, dengan mengambil kira jangkaan kes asas untuk konflik yang terkawal, yang bermakna strategi pembelian semasa harga lemah. Perjanjian gencatan senjata masih rapuh.

Semakin lama masa diambil untuk mencapai jalan penyelesaian atau jika terjerumus semula dalam pertelingkahan, semakin tinggi risiko pelabur hilang keyakinan dan menjual pegangan. Sekiranya kes asas gagal dicapai, pelabur akan menjadi lebih berhati-hati dan lebih menjaga simpanan tunai mereka. Kami anggarkan penilaian terendah buat FBM KLCI pada – 2SD (1,433 mata). Sebaliknya, pengakhiran yang berkekalan kepada konflik ini akan menyaksikan kenaikan harga susulan kelegaan, dengan tumpuan pada saham-saham pertumbuhan dan saham ketinggalan nilai yang terjejas oleh peperangan.

Keadaan makroekonomi dan jangkaan pelabur yang berubah-ubah

Andaian kes asas oleh Jabatan Ekonomi RHB, dengan kebarangkalian 60%, ialah situasi gencatan senjata yang berkekalan, dan premium risiko harga minyak mereda. Kes asas untuk ramalan makroekonomi rasmi oleh RHB tidak banyak dipinda, tetapi ia sekarang mengambil kira hanya satu potongan kadar US Fed untuk 2026 (daripada dua). Selagi saluran komunikasi antara watak-watak utama ini kekal terbuka apabila kedua-dua pihak mencari jalan penyelesaian tanpa mencalarkan reputasi, pasaran-pasaran mungkin boleh terus berharap penyelesaian akan muncul. Senario kes “lebih buruk” (kebarangkalian 30%) pula mengandaikan konflik yang berlarutan dan harga minyak meninggi.

Tempoh hari tambahan bagi harga minyak yang tinggi dan bekalan tenaga yang terhad kepada pasaran menimbulkan risiko inflasi berterusan, merendahkan pendapatan boleh belanja, menekan permintaan, menjejaskan keberuntungan syarikat, dan mendesak US Fed. Perjanjian keamanan yang berkekalan dapat mengurangkan kerosakan pada asas-asas makroekonomi dunia dan mengurangkan premium risiko dalam harga minyak mentah dengan ketara. Cabarannya dilihat pada butiran pelaksanaan – khususnya berhubung kebebasan untuk menelusuri Selat Hormuz dan pengesahan jumlah kerosakan secara beransur-ansur pada prasarana pengeluaran dan penapisan minyak di Negara-Negara Teluk.

Strategi

Berdasarkan andaian kes asas RHB, pada asasnya kami dapat kekal positif akan prospek untuk ekuiti dan membiarkan sasaran FBM KLCI kami untuk akhir tahun 2026 sama pada 1,780 mata buat masa sekarang. Walau bagaimanapun, peperangan Iran ini mencerminkan tahap risiko geopolitik yang runcing yang berpunca daripada Pentadbiran Trump. Pendirian pelaburan berjaga-jaga yang disarankan dalam laporan prospek ekuiti 2026 kami berkisar tentang pendirian berwaspada pelabur, mentaliti dagangan, dan strategi pembelian semasa harga lemah, masih terpakai.

Landskap geopolitik yang semakin meruncing memerlukan pendirian yang lebih mengelakkan risiko, dengan tumpuan pada sektor-sektor yang lebih selamat (seperti tenaga, perladangan, penjagaan kesihatan, telekomunikasi, pengguna, dan REIT) dan pegangan tunai lebih tinggi. Berdasarkan kejadian dahulu, kami anggarkan tahap penilaian terendah bagi FBM KLCI pada -2SDatau 1,433 mata. Sentimen pasaran yang kembali positif terhadap risiko bermakna strategi pelaburan menumpu pada pertumbuhan dan saham-saham ketinggalan nilai dalam pasaran

Penganalisis
Alexander Chia +603 2302 8119 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.