Cara Mudah Isi Pelepasan Cukai LHDN Yang Ramai Abaikan

Musim cukai datang lagi setiap kali masuk tahun baru dimana semua rakyat Malaysia yang bekerja menjalankan tanggungjawab mereka kepada negara dengan membayar cukai pendapatan mereka. 

Layak atau tidak membayar cukai itu perkara kedua, yang penting semua rakyat Malaysia yang bekerja wajib mengisytiharkan pendapatan mereka kepada LHDN setiap tahun. 

Ada syarikat yang sudah membuat Potongan Cukai Bulanan atau PCB kepada pekerja mereka dan ada juga syarikat yang menyerahkan kepada pekerja mereka untuk membayar cukai sendiri kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Kepada yang majikan telah membuat pemotongan PCB, jangan lupa pula untuk dapatkan pelepasan cukai anda. Kalau layak, LHDNM akan pulangan semula duit daripada potongan bulanan anda. Dapatlah duit lebih sikit untuk berbelanja.

Jom kita lihat cara untuk mendapatan pelepasan cukai tahunan.

1. Login Ke Laman Web LHDNM

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah melayari laman web LHDNM yang pilih pilihan e-Filing seperti gambar di atas. 

Kemudian, pilih pilihan “log masuk” seperti dalam kotak merah diatas untuk meneruskan pengisytiharan cukai anda. 

Masukkan nombor kad pengenalan anda pada rungan diatas dan tekan hantar untuk ke laman seterusnya.

Di laman ini, anda perlu masukkan kata laluan yang telah anda tetapkan semasa pendaftaran portal ini. Jika anda terlupa kata laluan anda, dapatkan bantuan pada nombor talian seperti diatas. 

Selepas berjaya log masuk, pilih pilihan borang yang bersesuaian dengan anda. Jika anda hanya makan gaji, pilih pilihan Tiada Punca Pendapatan Perniagaan seperti diatas. Kemudian pilih tahun taksiran cukai anda. Jika anda membuat taksiran pada tahun 2022, pilih taksiran untuk tahun sebelumnya iaitu tahun 2021. 

2. Kemaskini Maklumat Diri Anda

Selepas selesai log masuk, pada tatapan pertama ini anda boleh mengemaskini maklumat peribadi anda. Jika dulu bujang dan kini sudah berkahwin, silakan isi maklumat pasangan anda. 

Anda juga boleh pilih untuk membuat taksiran cukai bersama atau berasingan dengan pasangan anda.

3. Kemaskini Maklumat Majikan Anda

Di ruangan seterusnya ini, anda boleh mengemaskini maklumat majikan anda. Lebih-lebih lagi jika anda bertukar tempat kerja pada tahun sebelumnya. Anda juga perlu mengisi sama ada majikan anda menanggung cukai anda ataupun tidak. 

Jika anda tiada melupskan aset yang layak dicukaikan, pilih pilih tidak pada bahagian melupuskan aset di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 diatas.

Kemudian semak maklumat lain seperti maklumat perbankan anda dan nombor bank yang ada di atas ruangan bawah. 

Selesai semuanya, tekan butang seterusnya. 

4. Isytihar Pendapatan Tahunan Anda

Untuk mengisytiharkan pendapatan tahunan anda ini, anda boleh merujuk borang EA yang disediakan oleh majikan masing-masing. 

Kemudian isi juga pendapatan lain yang anda dapat seperti bonus, insentif dan sewa rumah di ruangan yang disediakan di atas.

5. Masa Untuk Dapatkan Pelepasan Cukai

Kerajaan sangat prihatin kepada rakyat dan memberikan pelepasan cukai untuk perbelanjaan tertentu kepada rakyat Malaysia. Baru-baru ini, kerajaan telah memberikan pelepasan cukai kepada perbelanjaan untuk pembelian ujian kendiri Covid-19. 

Di ruangan inilah yang menentukan sama ada anda layak untuk menuntut semula potongan cukai bulanan anda atau tidak.

Di ruangan pertama ini, anda boleh mengisi perbelanjaan rawatan ibu bapa dan peralatan sokongan untuk keluarga anda anda jika ada. 

Kemudian, jika anda menyambung pembelajaran atau mengambil apa-apa kos untuk kemajuan diri, anda juga kayak untuk mendapatkan pelepasan cukai.

Selain daripada itu,anda juga layak untuk mendapatkan pelepasan cukai  jika anda ada perbelanjaan ratawan penyakit serius untuk diri sendiri atau keluarga terdekat anda.

Untuk rawatan kesuburan dan pemeriksaan perubatan juga layak untuk mendapatkan pelepasan cukai. 

Yang terbaru, jika anda ada membeli ujian pengesan Covid-19 untuk diri sendiri dan keluarga terdekat, anda juga layak untuk mendapatkan pelepasan cukai.

Bukan itu sahaja, jika anda ada membeli peralatan elektronik seperti laptop, telefon pintar atau melanggan bahan bacaan yang dibenarkan, anda juga boleh mendapatkan pelepasan cukai.

Mereka yang mempunyai anak bawah 6 tahun dan menghantar ke pusat asuhan juga boleh mendapatkan pengecualian cukai. 

Kalau ada membuat SImpanan Pendidikan Nasional untuk anak-anak anda, anda layak mendapatkan pelepasan cukai sehingga RM8,000 setahun.

Langganan insuran atau takaful anda juga layak untuk pelepasan cukai sehingga RM3,000 setahun dan caruman KWSP anda pula sehingga RM4,000 setahun. 

Jika anda ada mengerjakan ibadah umrah atau haji, anda juga boleh mendapatkan rebat atau pelepasan cukai atas kos perjalanan anda ke tanah suci. 

Untuk mengetahui dengan lebih terperinci tentang pelepasan cukai ini, anda boleh melayari laman sesawang LHDN di bahagian pelepasan cukai. 

Setelah selesai mengisi semua maklumat diatas, tekan seterusnya untuk meneruskan taksiran cukai anda. 

6. Semak Maklumat Taksiran Anda

Di ruangan ini anda boleh menyemak untuk kali terakhir taksiran anda dan melihat jumlah yang perlu anda bayar untuk taksiran tahun tersebut setelah ditolak dengan semua pelepasan tersebut. 

Jika anda telah membuat potongan cukai bulanan anda, di ruangan ini juga anda akan melihat jumlah cukai yang akan dipulankan semula kepada anda. 

Setelah semuanya telah dipastikan betul, anda boleh menekan butang seterusnya untuk menyelesaikan taksiran cukai anda. 

Di ruangan ini, anda dikehendaki untuk menandatangani secara maya dengan mengisi maklumat tertentu seperti diminta. 

Akhir sekali, anda boleh menyimpan fail taksiran cukai anda dengan menekan butang Cetak Pengesahan untuk simpanan anda. 

Mudahkan membuat taksiran cukai ini, kenapa masih tak buat tu? Ayuh sama-sama kita jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia dengan membayar cukai kepada negara kita yang tercinta!

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Google Tubuh Entiti Tempatan Di Malaysia: Implikasi Terhadap WHT di Malaysia

Google baru-baru ini memaklumkan kepada pelanggan di Malaysia bahawa syarikat itu sedang menubuhkan entiti tempatan, Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Langkah ini membawa perubahan kepada struktur transaksi Google Cloud Platform dan Google Workspace bagi pelanggan yang mempunyai alamat pengebilan di Malaysia dan membuat pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Sebelum ini, transaksi pelanggan Malaysia dibuat dengan Google Asia Pacific Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Selepas migrasi, kontrak dan akaun pelanggan yang terlibat akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Perubahan ini bukan sekadar melibatkan syarikat teknologi, malah berpotensi memberi kesan kepada perniagaan dalam talian (online business) di Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan Google Cloud dan Google Workspace untuk menjalankan operasi harian.

Apa perubahan yang bakal berlaku?

Antara perubahan utama yang diumumkan:

1. Invois dikeluarkan oleh syarikat tempatan

Selepas migrasi, invois dan penyata bil akan dikeluarkan atas nama Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd., termasuk alamat dan nombor pengenalan cukai entiti tempatan.

2. SST 8% dikenakan

SST akan dipaparkan sebagai komponen berasingan dalam invois dan dikutip oleh Google Cloud Malaysia mengikut kadar yang dinyatakan dalam notis tersebut.

3. Kontrak dipindahkan kepada entiti Malaysia

Kontrak sedia ada dengan Google Asia Pacific akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia. Entiti tempatan ini akan mengambil alih kedudukan kontrak berkenaan.

Jadi, bagaimana pula dengan Withholding Tax (WHT)?

Ini bahagian yang menarik dari perspektif percukaian.

Sebelum ini, pembayaran pelanggan Malaysia kepada Google Asia Pacific Pte Ltd perlu dinilai dari sudut cukai pegangan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Antara peruntukan yang relevan ialah Seksyen 109 berkaitan pembayaran royalti kepada bukan pemastautin.

Mengapa royalti?

Di bawah Seksyen 2 ACP 1967, definisi royalti merangkumi bayaran bagi penggunaan atau hak untuk menggunakan hak cipta, termasuk perisian (software).

Sebagai contoh, bayaran untuk mendapatkan hak penggunaan sesuatu aplikasi atau perisian oleh pelanggan sendiri berpotensi dikategorikan sebagai royalti dan tertakluk kepada WHT di bawah Seksyen 109.

Kadar domestik WHT bagi royalti ialah 10%, tertakluk kepada kadar atau layanan berbeza di bawah Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (DTA), jika berkenaan.

Apa implikasinya kepada Malaysia?

Perubahan struktur entiti syarikat teknologi antarabangsa seperti Google AKAN memberikan beberapa implikasi kepada landskap percukaian negara:

  1. Lebih banyak transaksi perkhidmatan digital boleh dilaksanakan melalui entiti tempatan.
  2. Kutipan SST dapat dilaksanakan melalui pembekal tempatan.
  3. Pelanggan Malaysia mungkin tidak lagi perlu membuat potongan WHT bagi pembayaran Google Cloud yang telah dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia, tertakluk kepada struktur kontrak dan penerima sebenar pendapatan.

Bila migrasi ini akan berkuatkuasa?

Google akan menghantar dua notifikasi berasingan kepada pelanggan:

  1. Sebelum migrasi – pemberitahuan awal sebelum akaun dan kontrak dipindahkan.
  2. Selepas migrasi – pengesahan bahawa perubahan telah berkuat kuasa.

Notifikasi akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Kesimpulannya, penubuhan entiti tempatan oleh syarikat teknologi antarabangsa bukan sekadar perubahan alamat invois. Ia boleh mengubah kedudukan percukaian transaksi, termasuk kewajipan cukai pegangan di Malaysia.