Kenapa Anda Kena Mula Melabur Dari Sekarang?

Saya perasan ramai yang lambat bermula untuk melabur. Antara punca yang dapat dikenal pasti adalah ilmu pelaburan tidak diajar di sekolah, tidak tahu bagaimana hendak bermula dan takut.

Memang benar, melabur ada risikonya.

Tetapi begitu juga jika hanya ada 1 sumber pendapatan.

Hakikatnya, tidak melabur adalah lebih berisiko.

Mari saya kongsikan 3 sebab anda kena mula melabur dari sekarang.

Kenapa Anda Kena Mula Melabur Dari Sekarang?

1. Mengatasi Inflasi

Harga barang meningkat saban tahun. Jika 10 tahun yang lepas kita boleh membeli banyak barang dengan wang RM50. Namun, sekarang tidak banyak yang boleh dibeli dengan wang tersebut.

Inilah yang dinamakan sebagai inflasi. Inflasi adalah kenaikan harga yang berlaku bagi barangan dan perkhidmatan dalam satu tempoh yang tertentu. Ini juga menyebabkan kuasa pembelian berkurang, nilai matawang juga berkurang.

Baca: Kadar Inflasi Tinggi Berlaku Di Seluruh Dunia

Jika anda tidak bertindak sekarang, kadar inflasi yang semakin meningkat mungkin akan menyebabkan kualiti kehidupan kita tidak dapat dikekalkan. Harga barang semakin meningkat akan menyebabkan kita terpaksa mengorbankan banyak perkara.

2. Pendapatan Pasif

Merujuk kepada point pertama di atas, inflasi menyebabkan kuasa pembeli semakin berkurang. Situasi tersebut menyebabkan kita perlu mencari pendapatan tambahan untuk memastikan kualiti hidup kita kekal dan tidak menurun. 

Ada banyak cara untuk membina pendapatan pasif dan salah satu caranya adalah melalui pelaburan. 

Cuba bayangkan anda mula melabur dengan hanya RM10,000 dan dilaburkan selama 10 tahun. Mengambil kira kadar pulangan setahun adalah 5%, tiada modal tambahan ditambah dan modal tersebut tidak dikeluarkan sepanjang tempoh tersebut.

Dengan menggunakan teknik compounding, modal awal pelaburan RM10,000 tersebut berkembang menjadi RM16,288.95 sepanjang tempoh tersebut. 

Anda mungkin merasakan pulangan tersebut tidaklah tinggi. Namun jika anda memilih pelaburan yang lebih agresif, pulangannya juga berpotensi lebih tinggi. 

Setiap orang mempunyai pilihan risiko masing-masing dan terpulang kepada anda untuk memilih jenis pelaburan yang sesuai dengan anda. 

3. Dapat Merancang Masa Depan Lebih Awal

Saya juga perasan ramai yang mula tersedar dan baru hendak mula melabur ketika usia sudah melepasi umur 40 tahun. Saya percaya ia adalah kerana pada usia tersebut barulah kita mula berfikir tentang persaraan. 

Kenapa mula melabur pada usia 40 tahun jika anda boleh bermula lebih awal? Jika anda bermula lebih awal nescaya anda dapat membuat perancangan yang lebih rapi dan tersusun. 

Nak Menyimpan Atau Melabur?

Masih keliru?

Simpanan fungsinya untuk keperluan jangkamasa pendek. Simpanan digunakan ketika saat kecemasan. Simpan untuk guna semasa isteri bersalin di hospital.

Simpan sebanyak mungkin. Cukupkan simpanan sebelum melabur.

Macam mana nak tahu kita dah boleh start melabur selepas penat menyimpan?

Bila sudah dapat paling kurang nilai simpanan 3 bulan gaji. Paling baik 6 bulan gaji.

Satu prinsip yang ingin saya tekankan di sini adalah jangan sesekali melabur dengan wang kecemasan dan wang yang digunakan untuk keperluan seharian contohnya untuk membeli susu anak.

Berbalik kepada soalan di atas, menyimpanlah terlebih dahulu dan jika ada wang lebihan maka anda boleh gunakan untuk tujuan pelaburan. 

Jika anda sudah memiliki wang lebihan untuk dilaburkan, jom baca artikel di bawah. 

Baca: Jenis Pelaburan Yang Terbaik Pada Tahun 2022

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

FCPO: Penurunan Harga Kian Menguat

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan mendadak pada hari Jumaat apabila menyusut MYR76 untuk ditutup pada harga MYR4,475. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras MYR4,560. Ia mencecah paras tertinggi intrahari pada MYR4,577 sebelum kegiatan jualan yang besar mengheretnya ke arah paras terendah sesi tersebut pada MYR4,455. Ia kemudiannya menutup dagangan berhampiran paras terendah sesi hari itu dengan corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan tekanan jualan mendominasi pasaran.

Pergerakan ini menyaksikan FCPO menurun ke arah paras sokongan terdekat bernilai MYR4,390. RSI berada dalam zon menurun, lalu memberikan isyarat bahawa momentum menurun adalah kukuh dan mungkin akan berlarutan. Komoditi ini sekarang diramalkan untuk menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,390. Kami bertindak mengekalkan bias dagangan negatif kerana sentimen menurun jelas menguasai pasaran.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk mengurangkan risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi masih dikekalkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sebaliknya ialah MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi sebanyak MYR4,600.