7 Sikap Pelabur Yang Merugikan Diri Sendiri

Pelaburan sememangnya mendatangkan untung dan rugi, namun, adakah semua itu bergantung atas sikap pelabur itu sendiri?

Pelaburan berjaya atau tidak juga bergantung kepada sikap pelabur itu sendiri. Apa yang penting dalam pelaburan, semuanya berkaitan dengan ilmu dan pengalaman dalam melabur. Tanpa ilmu dan pengalaman, ia pasti merugikan pelabur itu sendiri.

Baiklah, ini merupakan antara 7 sikap pelabur yang merugikan diri sendiri yang anda perlu tahu supaya tidak tersalah langkah. Akibat sikap kita yang tidak sepatutnya, boleh jadi pelaburan kita juga turut terjejas.

1. Tidak Memahami Nilai Pelaburan

Terdapat segelintir pelabur yang mempunyai sikap tidak memahami nilai pelaburan. Tanpa memahami sebarang nilai pelaburan, harapan untuk mengecapi kejayaan yang konsisten sebagai pelabur hanyalah sebuah mimpi. 

Walaupun kita tahu bahawa dalam pelaburan, adanya risiko dan jangka masa tertentu tetapi dengan memahami nilai pelaburan, ianya boleh membuatkan pelaburan kita menjadi lebih baik dan terurus.

2. Tidak Berfikiran Secara Probabilistik

Pelabur yang tidak berfikiran secara probabilistik sememangnya tidak mempunyai kualiti untuk berjaya dalam bidang pelaburan. Sebagai seorang pelabur, kita mestilah sentiasa mencari kelebihan yang ada dalam membuat keputusan dan bukannya daripada hasil semata-mata. Ianya adalah kerana hasil tertentu mungkin tidak menunjukkan kualiti keputusan yang tepat. 

Keputusan yang baik kadangkala menghasilkan hasil yang buruk dan keputusan yang buruk kadangkala membawa kepada hasil yang baik. Walau bagaimanapun, dalam pelaburan jangka masa yang panjang, keputusan yang baik biasanya meramalkan hasil yang menggalakkan walaupun ianya tidak 100% tepat. Menurut otai-otai pelaburan, pelabur yang hebat biasanya memiliki pemikiran secara probabilistik.

3. Tidak Membuat Semakan Terhadap Perubahan Harga Pasaran Saham

Selain itu terdapat beberapa sikap pelabur yang merugikan diri. Antaranya adalah tidak membuat semakan terhadap perubahan harga pada pasaran saham. Biasanya pelabur yang hebat akan sentiasa menyemak harga saham setiap hari, membaca berita mengenai perubahan nilai pelaburan dan mengikuti perkembangan semasa mengenai pelaburan.

4. Tidak Mengambil Peluang Yang Ada

Kegagalan dalam pelaburan juga disebabkan oleh sikap pelabur yang tidak menggunakan peluang yang ada. Hampir kebanyakan pelabur tidak memberi tumpuan dalam mencari peluang yang ada serta kurang memberikan perhatian terhadap peluang yang dimiliki. Tetapi untuk berjaya, seseorang itu perlulah mengambil peluang yang ada secara maksimum untuk mendapatkan hasil pelaburan yang optimum.

5. Tidak Berfikiran Secara Terbuka

Amat merugikan sekiranya seseorang pelabur itu tidak berfikiran secara terbuka kerana dengan sikap tersebut ianya akan memusnahkan karier pelabur itu sendiri. Bagi mempunyai sikap berfikiran secara terbuka, kita hendaklah menyertai beberapa kumpulan komuniti pelaburan bagi mendapatkan idea-idea yang baru.

Selain itu, menelaah hasil karyawan pelabur-pelabur berjaya juga akan membuat fikiran kita lebih terbuka.

6. Tamak Dalam Membuat Pelaburan

Selain itu, pelabur yang mempunyai sikap yang tamak dalam membuat pelaburan juga akan merugikan dirinya sendiri. Ini kerana dengan sikap tersebut akan menyebabkan pelabur cepat kehilangan wang yang dimiliki serta boleh menyebabkan muflis. 

Di samping itu, dengan sikap tamak juga akan menyebabkan seseorang pelabur itu tidak dapat mengawal wang pelaburannya sekiranya nilai pasaran saham telah berubah.

7.  Tidak Mempunyai Perancangan Yang Mantap

Akhir sekali, sikap pelabur yang merugikan diri sendiri adalah tidak mempunyai perancangan yang mantap. Dalam pelaburan, adalah sangat penting untuk mempunyai perancangan yang mantap untuk mencapai matlamat yang diinginkan. Dengan mempunyai visi juga akan membuatkan seseorang itu akan fokus dengan matlamat yang ingin dicapainya.

Tanpa visi yang jelas, pelaburan seseorang itu akan terumbang ambing dan menghadapi kesukaran untuk mencapai apa yang diinginkannya. Selain itu, tanpa perancangan yang mantap juga akan menyebabkan pelaburan seseorang itu akan terjejas jika berlaku perkara yang tidak diinginkan.

Kesimpulannya, untuk menjadi pelabur dengan sikap yang baik adalah dengan tidak mencontohi sikap yang disenaraikan di atas iaitu sikap pelabur yang merugikan diri sendiri. Jika anda memiliki beberapa sikap di atas, masih sempat lagi untuk berubah ke arah sikap pelabur yang baik. Dengan menghindari sikap di atas juga akan membuatkan pelaburan saham anda menjadi lebih menguntungkan kelak.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

PNB Institusi Pelaburan Keempat Terbaik Global Dalam Skor GSR

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB) mencatat pencapaian baharu apabila menduduki tempat keempat terbaik di peringkat global dalam Papan Skor Governance, Sustainability and Resilience (GSR) 2026 yang diterbitkan oleh Global SWF.

PNB turut mengekalkan kedudukan sebagai institusi pelaburan milik negara dengan penarafan tertinggi di Malaysia dalam penilaian yang membabitkan lebih 200 institusi pelaburan milik kerajaan di seluruh dunia.

Dalam penarafan itu, PNB memperoleh markah keseluruhan 88 peratus, merangkumi 90 peratus bagi tadbir urus, 100 peratus untuk kelestarian dan 60 peratus bagi aspek daya tahan.

Pencapaian berkenaan menunjukkan peningkatan ketara berbanding kedudukan ke-17 yang direkodkan pada tahun lalu, sekali gus mencerminkan usaha berterusan organisasi memperkukuh tadbir urus serta amalan perniagaan yang bertanggungjawab.

Menurut PNB, skor penuh bagi komponen kelestarian diberikan berdasarkan kekuatan rangka kerja tadbir urus, ketelusan pendedahan maklumat, komitmen terhadap agenda iklim dan penerapan pertimbangan kelestarian dalam aktiviti pelaburan.

PNB juga memaklumkan bahawa pihaknya memperbaharui Rangka Kerja Kelestarian dengan memberi tumpuan kepada tiga teras strategik iaitu Kelestarian Organisasi, Kepengurusan Bertanggungjawab dan Pembangunan Negara.

Selain itu, antara faktor yang menyokong pencapaian itu ialah kejayaan memenuhi sasaran Perusahaan Sifar Bersih bagi pelepasan Skop 1 dan Skop 2 pada 2025 serta usaha memperkukuh aspirasi Portfolio Sifar Bersih menjelang 2050.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Rizal Rickman Ramli, berkata peningkatan daripada tangga ke-17 kepada tangga keempat global dalam tempoh setahun mencerminkan usaha kolektif organisasi memperkukuh tadbir urus dan daya tahan institusi.

“Pencapaian ini mencerminkan kemajuan yang telah kami capai dalam memperkukuh tadbir urus, menerapkan amalan yang bertanggungjawab dan membina organisasi yang lebih berdaya tahan.

“Pencapaian skor kelestarian sempurna ini merupakan pengiktirafan yang amat bermakna kepada PNB kerana ia mencerminkan komitmen dan usaha berterusan kami untuk mengintegrasikan pertimbangan kelestarian ke dalam cara kami beroperasi, melabur dan melaksanakan kepengurusan.

“Menerusi Rangka Kerja Kelestarian yang telah diperbaharui, kami terus memperkukuh pendekatan yang lebih holistik, berteraskan kelestarian organisasi, kepengurusan bertanggungjawab dan pembangunan negara,” katanya.

— Berita Harian