Adakah Kripto ‘Sah Laku’ Di Seluruh Dunia?

Sesetengah negara mengisytiharkan Bitcoin sebagai sah dan rasmi untuk digunakan. Namun begitu, ada negara lain pula membuat larangan terhadap kripto. Peta dunia berdasarkan data yang dikumpul oleh Perpustakaan Undang-Undang Kongres Amerika Syarikat menunjukkan negara yang membuat kawal selia kripto dan juga ada negara yang mengharamkan kripto.

Sebagai contoh, El-Salvador merupakan antara negara yang menerima mata wang kripto. Bitcoin diisytiharkan sebagai mata wang rasmi pada September 2021 oleh Presiden populis Nayib Bukele. Negara ini juga mengenakan cukai dan mengawal selia mata wang kripto. El Salvador berada dalam kedudukan istimewa kerana ia tidak mempunyai mata wang sendiri dan sebaliknya bergantung pada dolar A.S., seperti beberapa negara lain di rantau ini.

Negara lain yang menggunakan undang-undang untuk mengawal selia mata wang digital mungkin tidak akan menjadi seperti El Salvador. Sebaliknya, tempat-tempat ini – yang kebanyakannya negara maju – telah melabur dalam projek untuk melancarkan mata wang digital bank pusat mereka sendiri.

Ini boleh dikatakan sebagai satu pendekatan berbeza dalam menggunakan teknologi blockchain daripada mata wang kripto asal, yang secara eksplisit bebas daripada mana-mana kawalan negeri, tetapi boleh menjadi sangat tidak menentu.

Antara yang meneroka konsep itu ialah A.S., negara Eropah, Rusia dan Australia. India dan Thailand, kedua-duanya juga mengawal selia mata wang kripto secara meluas, sudah mempunyai rancangan yang lebih konkrit untuk mengeluarkan mata wang digital mereka sendiri.

Menariknya, China merupakan antara ekonomi utama dunia yang pertama mengeluarkan mata wang negaranya berdasarkan kepada blockchain pada awal tahun 2021. Negara ini telah mengambil pendekatan yang lebih ekstrem untuk mengawal selia mata wang kripto dengan mengeluarkan larangan mutlak ke atasnya.

Menurut Perpustakaan Undang-Undang Kongres, sembilan negara setakat ini telah mengambil langkah ini, manakala banyak lagi yang mengharamkan penggunaan mata wang kripto melalui undang-undang mereka yang lain. Amalan ini paling biasa di Afrika, Timur Tengah dan Asia.

Baca juga :

Bagi mereka yang telah siap akaun Luno dan belum claim bonus RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma, masukkan kod F9S7R8. Klik di bahagian Rewards dan masukkan kod F9S7R8.

Previous ArticleNext Article

Prestasi Kripto Di Luno Pada 2024. Kripto Mana Paling Untung?

Luno merupakan salah satu platform yang menyediakan perkhidmatan kripto yang berlesen di Malaysia. Selain daripada sah dan berlesen, Luno juga membolehkan penggunanya membuat urusan jual beli pelbagai jenis kripto.

Jika pada tahun 2023 Luno mempunyai 11 kripto yang ditawarkan, kini pada tahun 2024 sudah ada 17 kripto yang ditawarkan iaitu Bitcoin, Ethereum, Ripple, Solana, Maker, Aave, Curve, Polkadot, Polygon, Cardano, Chainlink, Uniswap, Litecoin, Bitcoin Cash, Stellar, Synthetix. 

Prestasi Mata Wang Kripto Pada Tahun 2024

Mari kita lihat prestasi kritpo di Luno bagi tahun 2024 ini.

Sumber: Luno

Daripada 17 kripto yang didagangkan di platform Luno, 12 kripto telah membuat kenaikan manakala lima lagi menyaksikan penurunan harga.

1. Ripple

Ripple merupakan antara mata wang kripto yang paling popular selepas Bitcoin dan Ethereum. 

Kripto Ripple merekodkan perubahan tertinggi dari segi peratusan sepanjang tahun 2024. Pada 1 Januari 2024, harga Ripple hanyalah RM2.76 namun di penghujung tahun 2024, harga Ripple didagangkan pada RM9.46. Ia merekodkan kenaikan sebanyak 242.75% atau RM 6.70.

2. Aave

Kripto Aave juga tidak kurang hebatnya. Pada tahun 2023, kripto ini belum lagi ditawarkan di Luno. Walaupun Aave jarang didengari namun ia berjaya merekodkan kenaikan sebanyak 192.54% sepanjang tahun 2024.

3. Stellar

Sama seperti Aave, Stellar juga antara kripto yang baru di Luno pada 2024. Stellar pula berjaya naik sebanyak 158.62% pada tahun lepas. Harga kripto ini masih berlegar sekitar RM1.50 – RM2.00. Mungkin ini waktunya untuk anda mula kumpul kripto ini?

4. Bitcoin

Sebagai kripto pertama dan mempunyai market cap terbesar, sudah tentu Bitcoin merupakan “leader” dalam arena kripto. Kini Bitcoin telahpun memiliki modal pasaran setinggi USD1.93 trilion jauh meninggalkan kripto dengan market cap kedua terbesar iaitu Ethereum. 

Bitcoin naik sebanyak 108.72% sepanjang 2024.

Baca: Ada Apa Dengan Bitcoin Dan Mata Wang Digital?

5. Solana

Pada tahun 2023, Solana merupakan kripto dengan kenaikan tertinggi dengan menghampiri 1000% dalam setahun. Bagaimanapun, pada 2024, Solana mampu naik sebanyak 94.95%. Ia menunjukkan Solana tetap berjaya meneruskan kenaikan meskipun telah membuat kenaikan yang terlalu tinggi pada tahun sebelumnya.

6. Uniswap

Uniswap didagangkan pada RM31.23 pada 1 Januari 2024 dan RM60.13 pada 31 Disember 2024. Kenaikan sebanyak 92.54% dalam tempoh 1 tahun.

7. Bitcoin Cash

Bitcoin Cash didagangkan pada RM1,161.03 pada awal tahun 2024 dan pada penghujung 2024 ia didagangkan pada RM1,988.05. Ia merekodkan kenaikan sebanyak 71.23%.

8. Curve

Curve pula berharga RM2.63 di awal tahun dan naik sehingga berharga RM4.13 di penghujung tahun. Curve telah naik sebanyak 57.03%.

9. Cardano

Harga Cardano agak hampir dengan Curve. Malah, kenaikan yang ditunjukkan kedua-dua kripto ini juga hampir serupa. Cardano berharga RM2.57 di awal tahun dan berharga RM3.85 di penghujung tahun lalu membolehkannya naik sebanyak 49.81%.

10. Litecoin

Litecoin merupakan antara kripto terawal yang didagangkan di platform Luno ketika Luno baru sahaja berjaya mendapatkan lesen daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Berjaya naik sebanyak RM140.72 membantu Litecoin untuk turut naik 43.49%. 

Nak melabur dalam aset digital kripto ini mudah sahaja sebenarnya kerana yang penting anda ada akaun dalam mana-mana platform kripto. Jika anda belum ada akaun Luno, jangan lepaskan peluang dan buka akaun anda di link ini.

Seperti biasa, pastikan hanya guna duit modal yang kita sanggup burnt atau rugi 100%. Perlu ingat untung pasangannya rugi. Pulangan pasangannya risiko.

Tiada pelaburan yang memberi keuntungan tanpa risiko kerugian.

Boleh buka akaun Luno di sini dan claim bonus RM50 dalam bentuk Bitcoin secara percuma. Jika sudah buka akaun, sebelum nak buat pembelian, klik Rewards dan masukkan kod 63B72W. Bila dah deposit dan beli aset digital kita yang pertama bernilai RM250, nanti dapat RM50 dalam bentuk Bitcoin secara percuma.

Jom sambung senarai seterusnya.

11. Ethereum

Ethereum merupakan kripto yang mempunyai market cap kedua terbesar selepas Bitcoin berjaya merekodkan kenaikan sebanyak 42.68%. Ia membuat kenaikan hampir RM5 ribu pada tahun 2024.

Baca: Ethereum (ETH) Staking Kini Patuh Syariah Di Luno

12. Chainlink

Chainlink merupakan kripto terakhir yang mencatatkan peningkatan pada tahun 2024. Harga Chainlink naik daripada RM66.32 kepada RM91.78 pada tahun lepas, bersamaan dengan kenaikan sebanyak 38.4%.

Baca: Peram 3 Tahun Dan Untung Lebih 120%: Kisah Pelaburan Kripto Saya

13. Avalanche

Avalanche mengalami sedikit penurunan harga pada 2024 iaitu sebanyak 4.27%. Harga Avalanche turun daripada RM170.45 kepada RM163.17.

14. Polkadot

Seterusnya, Polkadot turut mengalami nasib yang sama apabila turun 15.27% sepanjang tahun lepas. 

15. Maker

Maker (MKR) ialah matawang kripto penting dalam ruang decentralised finance (DeFi). Maker memainkan peranan kritikal dalam salah satu aplikasi DeFi terawal yang diterima oleh sejumlah besar pengguna. Sebelum ini, Maker tidak ditawarkan di Luno. Maker susut 16.86% dalam tempoh setahun.

16. Synthetix

Synthetix turut merekodkan penurunan yang agak besar jika dibandingkan dengan kripto lain. Dalam tempoh setahun, Synthetix telah merosot sebanyak 48.09%.

17. Polygon

Di antara kesemua kripto yang didagangkan di Luno, Polygon adalah kripto yang merekodkan kejatuhan terbesar iaitu sebanyak 50.59%. Jika di awal tahun harga Polygon adalah RM4.21, di penghujung tahun Polygon hanya berharga RM2.08%. 

Kesimpulan

Anda sudah lihat betapa kripto mampu memberikan pulangan yang menakjubkan dalam setahun. Jika anda sedang mencari pelaburan yang tinggi risiko dan potensi pulangan yang tinggi, kripto mungkin untuk anda. 

Pastikan anda membuat bacaan tambahan berkenaan dengan kripto yang anda ingin beli sebelum membuat pelaburan. Sekurang-kurangnya anda mempunyai pengetahuan dan sebab anda membeli kripto tersebut.

Baca : Cara Beli Kripto Seperti Bitcoin Menggunakan Platform Luno
Baca : Cara Jual Bitcoin, ETH, XRP, Litecoin Menggunakan Platform Luno

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee