Cara Keluarkan Duit Di ATM Tanpa Guna Kad

Nak keluarkan duit di ATM dengan cepat, tapi tidak sempat ke mesin ATM, boleh ke keluarkan secara terus?

Kini, semuanya boleh dengan adanya aplikasi Maybank2u. Duit pun boleh dikeluarkan tanpa guna kad.

Bunyi macam berbahaya, tetapi sebenarnya ia selamat dan sangat berguna sekiranya anda mengalami kes-kes kecemasan. Antaranya seperti tertinggal dompet di rumah dan jarak untuk berpatah balik memakan masa yang lama. Baiklah, disini kami akan kongsikan dengan lebih lanjut mengenai cara keluarkan duit di ATM tanpa guna kad.

Maybank Cardless Withdrawal

Maybank Cardless Withdrawal adalah yang pertama kali diperkenalkan seumpamanya di Malaysia. Perkhidmatan baharu yang diperkenalkan oleh Maybank ini akan membolehkan pelanggan bank untuk membuat pembayaran pindahan dana secara peribadi dan sangat mudah. Pengenalan Maybank Cardless Withdrawal ini akan merevolusikan cara orang menghantar dan menerima wang kerana cara penggunaannya hanya memerlukan pengguna untuk mempunyai smartphone bagi menerima wang. 

Walaupun bukan di kalangan pelanggan Maybank, anda juga tetap boleh menggunakannya. Wah, hebatnya perkhidmatan daripada Maybank ini! Perkhidmatan pengeluaran tanpa kad membolehkan pengguna Maybank2u memindahkan duit yang diinginkan ke mana-mana nombor telefon mudah alih di Malaysia.

Gambar: Bank Transfer Codes

Setelah pemindahan selesai, penerima akan menerima kod keselamatan (TAC) melalui SMS untuk membuat pengeluaran tanpa kad di mana-mana mesin ATM Maybank di Malaysia tanpa menggunakan kad ATM. Cara ini sememangnya sangat cepat dan mudah untuk menghantar wang tunai kepada keluarga dan rakan sekiranya berlaku kes-kes kecemasan yang tidak diingini.

Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk mengeluarkan wang tunai kepada diri sendiri walaupun tidak mempunyai kad ATM di tangan anda.

Adakah Cara Ini Selamat?

Walaupun terdapat beberapa pihak yang meragui dengan perkhidmatan ini, jangan risau kerana ianya memerlukan anda untuk butiran serta akan menggunakan kod keselamatan (TAC). Jadi, ia sememangnya selamat dan tidak boleh disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Untuk had pengeluaran harian pula, ianya dihadkan kepada RM300 sehari.

Cara Keluarkan Duit Tanpa Kad ATM

Langkah 1 : Log Masuk Ke Maybank2u

Bagi menggunakan perkhidmatan Maybank Cardless Withdrawal ini, anda perlu mempunyai akaun Maybank2u. Bagi anda yang belum mempunyai akaun Maybank2u, anda boleh mendaftarnya di laman web maybank2u.com. Apa yang perlu dilakukan adalah anda perlu log masuk ke Maybank2u.

Kemudian, anda perlu pergi ke bahagian ‘Pautan Pantas’. Pada bahagian ini, anda dikehendaki untuk memilih pemindahan dan pilih pada bahagian pengeluaran tanpa kad.

Langkah 2 : Masukkan Amaun Wang Yang Ingin Dikeluarkan

Di sini, anda perlu memasukkan amaun wang yang ingin dikeluarkan. Apa yang perlu diingat adalah jumlah pengeluaran yang ingin dilakukan adalah tidak melebihi had pengeluaran yang telah ditetapkan iaitu sebanyak RM300 sehari. Selepas memasukkan amaun wang yang ingin dikeluarkan, klik pada ruangan ‘Teruskan’.

Langkah 3 : Masukkan Nombor Kod Keselamatan (TAC)

Seperti biasa anda perlu mendapatkan nombor TAC dan memasukkannya di ruangan yang disediakan. Selepas mendapat nombor TAC melalui SMS, masukkan pada ruangan yang disediakan dan klik ‘sahkan’. Dari situ, anda akan menerima kod SMS 16 digit untuk digunakan di mesin ATM nanti.

Langkah 4 : Pergi Ke Mesin ATM Berdekatan Untuk Mengeluarkan Duit

Seterusnya, anda boleh pergi ke mesin ATM Maybank yang berdekatan untuk mengeluarkan wang tersebut. Pada mesin ATM tersebut, anda perlu pilih tetapan bahasa yang diinginkan dan pilih pada ‘pengeluaran tanpa kad’ dan klik teruskan. Kemudian, anda dikehendaki memasukkan kod ID transaksi yang anda terima melalui SMS sebelum ini dan klik ‘YA’ pada mesin ATM tersebut.

Akhir sekali, jumlah wang yang ingin dikeluarkan dari mesin ATM akan berjaya dikeluarkan.

Cara ini amat cepat dan anda boleh melakukannya sebelum anda menggunakan mesin ATM tersebut. Walaupun jumlahnya terhad, sekurang-kurangnya alternatif ini dapat digunakan ketika anda sangat memerlukan.

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka selepas ini susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman daripada pihak bank.

  • Bagaimana pula dengan hutang kad kredit, bayar tepat pada masanya atau tidak?
  • Pernahkah anda terlibat dengan sebarang masalah undang-undang atau muflis?
  • Berapa pula Debt to service ratio (DSR) anda?

Dengan TechRevo, kini anda boleh dapatkan laporan kewangan dengan cepat dan mudah.

Bukan itu sahaja, semua pengiraan berkenaan dengan permohonan pinjaman akan dilakukan berdasarkan apa yang bank mahu.

Yang lagi bestnya, di penghujung laporan nanti ada pilihan bank dengan tawaran terbaik khusus untuk anda.

Dengan harga promosi RM14.90, anda akan dapat:

✅ Ketepatan 99% pengiraan DSR + kelayakan pinjaman perumahan
✅ Laporan CCRIS untuk 12 bulan
✅ Kes undang-undang, muflis

Dapatkan laporan TechRevo hari ini juga -> https://tinyurl.com/techrevo

Previous ArticleNext Article

TTM Technologies Mahu Percepatkan Pelaburan Fasa Kedua Di Pulau Pinang

BUKIT MERTAJAM, 25 April (Bernama) — TTM Technologies Inc, sebuah syarikat tersenarai NASDAQ telah melancarkan fasiliti pembuatan pertamanya di Malaysia hari ini.

Pada masa yang sama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Thomas Edman mendedahkan rancangan syarikatnya untuk mempercepatkan pelaksanaan pelaburan Fasa Kedua berikutan permintaan kukuh bagi teknologi canggih papan litar bercetak berbilang lapisan.

Syarikat itu pada asalnya menjadualkan pengembangan pada 2025, dengan peningkatan kapasiti fasiliti sebanyak 25 peratus.

“Jika dua tahun lepas, anda bertanya kepada saya tentang pelaburan Fasa Kedua ini, saya akan kata ia hanya akan berlaku menjelang 2025 tetapi sekarang, kami sedang merancang untuk bermula pada akhir tahun ini berikutan minat pelanggan yang kukuh,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian fasiliti itu di sini hari ini.

TTM telah memperuntukkan US$200 juta (kira-kira RM958 juta) bagi menubuhkan kemudahan itu yang terletak di atas tanah seluas 10.9 hektar di Taman Sains Pulau Pinang, dan ia dijangka mewujudkan sekitar 1,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai kategori menjelang 2025.

Edman berkata kilang itu bertujuan untuk memberi perkhidmatan kepada pasaran komersial global, terutamanya dalam rangkaian, pengkomputeran pusat data, perubatan, instrumentasi serta sektor perindustrian.

Pelaburan untuk Fasa Kedua akan lebih rendah daripada Fasa Satu memandangkan fasiliti sedia ada sudah lengkap dan mampu menampung pengembangan fasa seterusnya.

Beliau turut memberitahu TTM Technologies pada masa ini sedang meningkatkan pengeluarannya, dengan kemudahan itu dijangka menjana hasil kadar larian penuh kira-kira RM855 juta menjelang 2025.

“Kami yakin pelan pengembangan strategik ini akan membolehkan kami mengukuhkan kehadiran kami selain memanfaatkan peluang pelanggan baharu, meluaskan jejak serta memacu pertumbuhan pasaran kami sambil memanfaatkan ekonomi rantau ini yang sedang berkembang pesat dan ekosistemnya yang bertenaga,” tambahnya.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, yang merasmikan pembukaan kemudahan itu, menjelaskan bahawa keputusan TTM Technologies untuk menubuhkan kilangnya di Pulau Pinang menandakan keyakinan pelabur asing terhadap negeri tersebut.

Beliau menekankan kedudukan Pulau Pinang sebagai hab pembuatan termaju, dengan lebih 350 syarikat multinasional serta 4,000 perusahaan kecil dan sederhana.

“Pelaburan dari Amerika Syarikat mempunyai kehadiran yang ketara di negeri ini, mencecah paras RM6.7 bilion pada 2023,” katanya.

–BERNAMA