3 Tokoh Terkenal Yang Merubah Dunia

Sedar tak, dengan pengaruh seseorang itu mampu untuk mengubah budaya dalam sesebuah kehidupan?

Pengaruh besar yang membuatkan seseorang disanjungi oleh ramai pihak sehingga mereka ini dilabelkan sebagai tokoh yang terkenal.

Sejarah juga ada mengatakan bahawa impak individu yang berpengaruh ini mampu untuk mengubah dunia dari sudut yang positif ataupun sebaliknya. Biasanya pengaruh mereka akan mengubah masyarakat dari segi budaya, ilmu dan sebagainya.

Jom kami kongsikan antara 3 tokoh terkenal dunia yang merubah dunia.

1. Mahatma Gandhi

Mohandas Karamchand Gandhi yang juga dikenali sebagai Mahatma Gandhi, adalah seorang peguam India, nasionalis anti-kolonial dan ahli politik. Beliau telah menggunakan penentangan tanpa kekerasan untuk mengetuai kempen bagi kemerdekaan India daripada pemerintahan British. Beliau kemudiannya telah menjadi inspirasi kepada pergerakan hak sivil dan kebebasan di seluruh dunia pada masa kini.

Kisah Mahatma Gandhi

Mahatma Gandhi dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga Hindu. Beliau mempelajari bidang undang-undang di Inner Temple, London. Selepas hidup yang tidak menentu di India, beliau telah berpindah ke Afrika Selatan pada tahun 1893 untuk mewakili seorang saudagar India dalam tuntutan mahkamah. Selepas itu, beliau terus tinggal di Afrika Selatan selama 21 tahun dan di sinilah beliau pertama kalinya menggunakan penentangan tanpa kekerasan dalam kempen untuk hak sivil. 

Pada tahun 1915, Mahatma Gandhi telah kembali semula ke India dan tidak lama kemudiannya mula mengumpulkan petani dan buruh untuk membantah cukai tanah yang berlebihan dan juga diskriminasi. Selepas itu, beliau telah mengetuai kempen untuk mendapatkan hak keadilan dalam pelbagai aspek dan juga kemerdekaan. Akibat gerakannya tersebut, beliau telah beberapa kali telah dipenjarakan oleh pihak British.

Pada Ogos 1947, Britain telah memberikan kemerdekaan kepada India tetapi Empayar India British telah dibahagikan kepada dua wilayah iaitu India majoriti Hindu dan Pakistan majoriti Islam. Perjuangan beliau untuk mendapatkan hak sama rata di antara agama Islam dan Hindu juga dianggap terlalu tegas sehingga beliau dibunuh pada 30 Januari 1948 oleh Nathuram Godse. Kini, jasanya telah dikenang di seluruh dunia sehinggakan pada tarikh 2 Oktober adalah Hari Tanpa Keganasan Antarabangsa.

2. Marie Curie

Gambar : Biography

Marie Salomea Skłodowska Curie merupakan ahli fizik dan ahli kimia Poland dan naturalisasi Perancis yang menjalankan penyelidikan perintis mengenai radioaktif.

Beliau adalah merupakan wanita pertama yang memenangi Hadiah Nobel dan satu-satunya wanita yang memenangi Hadiah Nobel dua kali dalam dua bidang saintifik. Pada tahun 1906, beliau juga merupakan wanita pertama yang menjadi profesor di Universiti Paris.

Kisah Marie Curie

Marie Curie dilahirkan di Warsaw, yang ketika itu merupakan Kerajaan Poland. Beliau belajar di Universiti Warsaw dan pada tahun 1891, beliau mengikuti kakaknya belajar di Paris. Disana, beliau memperolehi ijazah yang lebih tinggi dan menjalankan kerja saintifiknya. 

Beliau dan suaminya, Pierre Curie, membangunkan teori radioaktif yang merupakan istilah yang diciptakan olehnya. Beliau juga menemukan unsur polonium dan radium, menggunakan teknik yang diciptanya untuk mengasingkan isotop radioaktif. Di bawah arahannya, kajian pertama di dunia dijalankan ke atas rawatan neoplasma dengan menggunakan isotop radioaktif. 

Pada tahun 1920, beliau mengasaskan Institut Curie di Paris dan Institut Curie di Warsaw pada tahun 1932. Semasa Perang Dunia I, beliau telah membangunkan unit radiografi mudah alih untuk menyediakan perkhidmatan X-ray kepada hospital lapangan. Marie Curie meninggal dunia pada tahun 1934 dan jasanya amat besar kepada kita semua.

3.  Albert Einstein

Siapa tak kenal dengan Albert Einstein yang merupakan saintis German yang menemui Teori Relativiti. Beliau merupakan antara salah seorang saintis yang sangat disanjung tinggi dan dikagumi kerana kebijaksanaannya. Albert Einstein dilahirkan di Jerman pada tahun 1879 oleh sebuah keluarga Yahudi.

Formulanya berkenaan relativitas adalah antara formulanya yang paling terkenal di dunia. Formula ini telah mengembangkan lagi dunia fizik kepada cabang yang lebih baru. Dengan sumbangannya kepada dunia fizik, beliau telah dianugerahkan Anugerah Nobel Fizik pada tahun 1921.

Beliau merupakan individu yang bertanggungjawab dalam projek yang menghasilkan senjata nuklear yang pertama di dunia. Menyedari kesilapan beliau yang boleh dicetuskan oleh senjata nuklear, beliau kemudiannya menentang penggunaan senjata nuklear.

Akhir kata, 3 tokoh di atas sememangnya telah mengubah dunia dengan cara mereka yang tersendiri. Jadi, tidak mustahil untuk kita juga mampu berjaya seperti mereka jika kita berusaha dan tidak kenal erti putus asa. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan inspirasi buat semua.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Kita Bajet Insurans, Tapi Lupa Bajet Check-up

Hampir setiap ketua keluarga mempunyai bajet yang cukup terperinci untuk perlindungan kesihatan samada menerusi insurans atau takaful.

Di Majalah Labur, kami percaya ramai pembaca setia kami rata-rata bersetuju yang sejumlah 5% – 15% dari gaji bulanan adalah amaun yang cukup sihat untuk perlindungan kesihatan.

Akan tetapi, ada satu perkara yang sering tidak mempunyai bajet khusus: pemeriksaan kesihatan berkala.

Kita lebih mudah menyediakan RM200 untuk membaiki sesuatu selepas rosak berbanding memperuntukkan sejumlah wang untuk memastikan masalah itu dapat dikenal pasti lebih awal.

Baca : 5 Perkara Medical Card Boleh Bantu Yang Tak Ramai Orang Tahu!

Dalam kewangan peribadi, cara berfikir seperti ini mungkin kelihatan kecil. Tetapi apabila melibatkan kesihatan, penangguhan boleh membawa kepada keadaan yang memerlukan lebih banyak masa, rawatan dan perbelanjaan.

Sebab itu preventive healthcare wajar dilihat sebagai sebahagian daripada perancangan kewangan keluarga, bukan sekadar perbelanjaan tambahan.

Ada bajet insurans. Bagaimana dengan bajet kesihatan?

Insurans atau takaful penting untuk melindungi kewangan apabila berlaku keadaan yang memerlukan rawatan atau kemasukan ke hospital.

Tetapi perlindungan kewangan tidak semestinya bermaksud kita tidak perlu menyediakan bajet untuk penjagaan kesihatan rutin.

Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan untuk mengenal pasti faktor risiko, memberi nasihat pengurusan risiko dan membuat rujukan lanjut jika diperlukan.

pemeriksaan kesihatan

Pada asasnya, terdapat perbezaan antara:

“Saya mempunyai perlindungan jika sesuatu berlaku”

dengan

“Saya memperuntukkan wang untuk mengetahui keadaan kesihatan saya secara berkala.”

Kedua-duanya memainkan peranan yang berbeza dalam perancangan kewangan kesihatan.

Kesilapan ibu bapa : tunggu anak sakit baru bawa berjumpa doktor gigi

Perkara ini lebih mudah berlaku dalam kalangan ibu bapa. Anak tidak mengadu sakit, jadi pemeriksaan ditangguhkan. Gigi susu pula dianggap tidak begitu penting kerana akhirnya akan tanggal.

Apabila sakit mula berlaku, barulah ibu bapa mencari rawatan. Masalahnya, ketiadaan sakit tidak semestinya bermaksud tiada masalah.

Masalah ini yang cuba diketengahkan oleh Dr. A’tikah U’zed (Doktor Gigi di Klinik Pergigian Aesira) yang melihat ada keperluan untuk ibu bapa di Malaysia mengkhususkan wang untuk rawatan gigi anak mereka atau mereka sendiri!

pemeriksaan kesihatan gigi

Penegasan ini nampak ada intinya selepas kami melihat bahawa data National Oral Health Survey of Adults (NOHSA) 2020 menunjukkan ;

“Prevalens karies dalam kalangan rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas ialah 85.1%, manakala dalam kumpulan umur 15–19 tahun pun prevalensnya masih 51.7%. Dalam kalangan orang dewasa yang mempunyai gigi, 40.7% mempunyai keperluan rawatan restoratif, 28.9% keperluan cabutan dan 4.5% keperluan rawatan endodontik.”

Masalah gusi juga tidak semestinya bermula dengan kesakitan.

NOHSA 2020 mendapati hanya 5.1% populasi bergigi mempunyai periodontium yang sihat, sementara 38.2% mempunyai periodontitis. KKM turut menerangkan bahawa penyakit periodontal boleh tidak disedari kerana pada peringkat awal ia boleh berlaku tanpa sakit.

Ini menjadikan pemeriksaan berkala satu perkara yang relevan bukan sahaja kepada kesihatan, tetapi juga kepada cara keluarga merancang perbelanjaan.

Kos rawatan gigi sebenarnya boleh dilihat sebagai kos tahunan

BilRawatanAnggaran kosKekerapan /Perspektif
1Konsultasi & pemeriksaan gigiRM30–RM1006–12 bulan / mengikut risikoKos asas untuk mengetahui keadaan gigi sebelum membuat keputusan rawatan
2X-ray gigi kecil (periapikal/bitewing)RM30–RM80Jika diperlukan doktorMembantu melihat masalah yang tidak jelas melalui pemeriksaan biasa
3X-ray panoramic (OPG)RM80–RM200Jika diperlukanBiasanya untuk penilaian keseluruhan rahang, gigi bongsu atau perancangan tertentu
4Scaling & polishingRM80–RM250Mengikut keadaan gigi/gusiPenjagaan berkala yang boleh dimasukkan dalam bajet pergigian tahunan
5Rawatan fluoridaRM50–RM120Berdasarkan risiko, terutama kanak-kanakPreventive care yang boleh dirancang lebih awal
6Fissure sealant±RM50–RM100/gigiTerutama gigi tertentu kanak-kanakPerbelanjaan pencegahan yang dibuat berdasarkan penilaian doktor
7Tampalan gigiRM80–RM300/gigiApabila terdapat kariesContoh kos rawatan yang mungkin timbul selepas pemeriksaan
8Cabutan gigi biasaRM80–RM300/gigiJika gigi tidak dapat dikekalkan / perlu dicabutKos meningkat berbanding penjagaan rutin apabila masalah memerlukan prosedur
9Rawatan saluran akar (root canal)±RM600–RM2,000/gigiUntuk gigi dengan masalah pulpa tertentuContoh bagaimana rawatan boleh menjadi lebih kompleks dan memerlukan bajet lebih besar
10Pembedahan gigi bongsu±RM800–RM2,500/gigiJika impaksi/kerumitan memerlukan pembedahanContoh kos prosedur yang lebih besar dan sukar dirancang sebagai perbelanjaan rutin

Semak : Senarai Harga Rawatan Gigi Terkini

Daripada melihat pergigian sebagai:

“Berapa saya perlu bayar apabila gigi sakit?”

lebih baik keluarga melihatnya sebagai:

“Berapa bajet saya perlu sediakan setiap tahun untuk penjagaan gigi?”

Ini tidak bermaksud seseorang perlu menjalani rawatan setiap tahun.

Sebaliknya, bajet tersebut boleh merangkumi pemeriksaan, penjagaan pencegahan dan rawatan yang diperlukan berdasarkan penilaian doktor gigi.

Kekerapan pemeriksaan pula bukan satu angka yang wajib sama untuk semua orang. Sesetengah individu mungkin memerlukan pemeriksaan lebih kerap berdasarkan risiko karies, keadaan gusi, sejarah rawatan dan faktor kesihatan lain.

Matlamatnya ialah tidak menunggu sehingga keadaan menjadi kecemasan sebelum mula merancang.

Contohnya, gigi jarang bukan semata-mata soal kosmetik

Ambil contoh diastema, atau gigi jarang.

Menurut Dr. A’tikah U’zied, diastema ialah ruang antara dua gigi yang paling kerap dilihat pada gigi hadapan atas.

Ia boleh berkait dengan saiz gigi berbanding rahang, faktor struktur semula jadi atau tabiat tertentu. Antara perkara yang boleh diperhatikan ialah ruang yang jelas antara gigi atau ruang yang semakin melebar.

Tidak semua diastema memerlukan rawatan.

Baca : Mencari Medical Card Terbaik? Tipu Semua Tu. Fahamkan 5 Perkara Ini

Tetapi apabila ibu bapa atau individu menyedari perubahan pada kedudukan atau jarak gigi, pemeriksaan memberikan peluang untuk menentukan sama ada ia sekadar variasi normal atau sesuatu yang memerlukan pemantauan atau rawatan.

Inilah konsep financial planning yang sering terlepas pandang.

Pemeriksaan bukan bermaksud kita sudah bersetuju untuk menjalani rawatan.

Pemeriksaan bermaksud kita mendapatkan maklumat terlebih dahulu.

Dengan maklumat itu, keluarga boleh membuat keputusan tentang apa yang perlu dilakukan, bila ia perlu dilakukan dan bagaimana perbelanjaannya boleh dirancang.

Jadi, enam bulan atau setahun sekali?

Jawapannya bergantung kepada individu.

Jadual pemeriksaan gigi sepatutnya mengambil kira keadaan gigi dan gusi, tahap risiko, umur, sejarah rawatan serta penilaian doktor gigi.

Bagi sesetengah orang, pemeriksaan enam bulan sekali mungkin sesuai. Bagi yang lain, doktor mungkin mencadangkan sela masa yang berbeza.

Yang penting ialah jangan menjadikan “tidak sakit” sebagai satu-satunya ukuran untuk menentukan sama ada pemeriksaan diperlukan.

Konsep yang sama digunakan dalam kesihatan secara umum. KKM menerangkan bahawa saringan kesihatan bertujuan membantu mengenal pasti faktor risiko dan penyakit lebih awal supaya pengurusan dapat dimulakan.

Bagaimana keluarga boleh masukkan kesihatan dalam financial planning?

Satu pendekatan mudah ialah membahagikan perancangan kepada beberapa lapisan:

Pertama, perlindungan.
Insurans atau takaful untuk risiko kesihatan yang besar, mengikut kemampuan dan keperluan keluarga.

Kedua, dana kecemasan.
Simpanan tunai untuk perbelanjaan kesihatan atau kecemasan yang tidak dirancang.

Ketiga, preventive healthcare.
Bajet tahunan untuk pemeriksaan dan saringan yang bersesuaian dengan umur serta faktor risiko.

Keempat, penjagaan rutin.
Termasuk pergigian dan keperluan kesihatan lain yang boleh dijangka.

Dengan cara ini, kesihatan tidak hanya muncul dalam bajet apabila sesuatu sudah berlaku.

Baca : Permintaan Sektor Penjagaan Kesihatan Diunjur Meningkat Bagi Jangka Panjang

Kesihatan juga perlukan bajet sebelum ia menjadi kecemasan

Financial planning yang baik bukan sekadar mempunyai wang apabila berlaku masalah.

Ia juga tentang mengetahui perbelanjaan yang boleh dijangka, menyediakan ruang untuk penjagaan berkala dan membuat keputusan berdasarkan maklumat sebelum keadaan menjadi mendesak.

pemeriksaan kesihatan

Pemeriksaan kesihatan tidak menjamin seseorang akan terlepas daripada penyakit atau rawatan mahal. Begitu juga pemeriksaan gigi tidak menjamin seseorang tidak akan memerlukan prosedur kompleks pada masa hadapan.

Namun, pemeriksaan memberikan sesuatu yang penting dalam perancangan kewangan:

maklumat lebih awal.

Dan maklumat lebih awal memberikan keluarga peluang untuk membuat keputusan dengan lebih tenang, sama ada perlu merawat sekarang, memantau dahulu atau menyediakan bajet untuk rawatan pada masa akan datang.

Jadi, apabila menyediakan bajet keluarga untuk tahun hadapan, jangan hanya tanya:

“Berapa saya perlu simpan kalau saya jatuh sakit?”

Tanya juga:

“Berapa yang saya sanggup peruntukkan untuk mengetahui keadaan kesihatan saya sebelum ia menjadi kecemasan?”

Kerana dalam pengurusan kewangan kesihatan, bil rawatan bukan satu-satunya kos yang perlu difikirkan.

Masa, ketidakselesaan, kehilangan produktiviti dan keputusan yang dibuat ketika keadaan sudah mendesak juga mempunyai nilai.

Preventive healthcare bukan tentang berbelanja sebanyak mungkin untuk kesihatan.

Ia tentang merancang supaya kesihatan tidak menjadi kejutan kewangan kepada keluarga.

Artikel ini bertujuan memberikan maklumat umum dan bukan pengganti nasihat doktor atau doktor gigi. Keperluan pemeriksaan, saringan dan rawatan berbeza mengikut keadaan individu.