Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi April 2022

Bursa Malaysia berlegar-legar sekitar 1,580 sehingga 1,600 mata sepanjang April 2022 dan masih tidak nampak hala tuju yang jitu indeks pasaran tempatan kita. 

Dalam keadaan pasaran yang tidak menentu ini, sudah pasti ada kaunter yang untung dan rugi pada bulan April 2022. Kaunter paling rugi pada April 2022 mencatat kejatuhan melebihi 90% dalam tempoh sebulan. 

Mari kita lihat senarai 10 saham patuh syariah paling rugi untuk bulan April tahun 2022. Senarai saham tersebut adalah seperti berikut:-

1. Brahims Holdings Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Brahims Holding Berhad merupakan saham patuh syariah paling rugi untuk bulan April 2022 dengan mencatatkan kejatuhan sebanyak 92.00% dalm tempoh sebulan dagangan. 

2. Anzo Holdings Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Anzo Holdings Berhad pula merupakan saham kedua paling rugi untuk bulan April 2022 dengan kejatuhan harga sebanyak 71.43%. 

3. Ageson Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Di tempat ketiga pula adalah kaunter syarikat Ageson Berhad dengan kejatuhan sebanyak 43.33% dalam tempoh satu bulan dagangan. 

4. PUC Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

PUC Berhad berada di tangga keempat untuk kaunter saham paling rugi sepanjang bulan April 2022 dengan kejatuhan sebanyak 40.0%.

5. Toyo Ventures Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

Di tempat kelima pula adalah syarikat Toyo Ventures Holdings yang mencatatkan kejatuhan sebanyak 37.35% untuk tempoh sebulan pada April 2022. 

6. Bina Darulaman Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Seterusnya di tempat keenam adalah kaunter saham syarikat Bina Darulaman Berhad dengan kejatuhan sebanyak 37.10% dalam tempoh sebulan dagangan. 

7. Caely Holdings Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Pada tempat ketujuh adalah kaunter saham syarikat Caely Holdings Bhd yang mencatatkan kejatuhan harga sebanyak 32.74% dalam tempoh sebulan dagangan pada April 2022. 

8. Euro Holdings Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Syarikat Euro Holdings Bhd pula adalah kaunter saham kelapan paling rugi untuk bulan Mac 2022 dengan penurunan sebanyak 31.15%. 

9. MCOM Holdings Berhad 

Sumber: Bursa Marketplace

MCOM Holdings Berhad merupakan kaunter saham kesembilan paling rugi pada bulan April 2022 dengan kejatuhan sebanyak 30.0%.

10. Annum Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Yang terakhir di tempat kesepuluh adalah kaunter daripada syarikat Annum Berhad dengan penurunan sebanyak 25.19% dalam tempoh sebulan dagangan pada bulan April 2022. 

Mampukah Sentimen Pilihan Raya Umum Merancakkan Pasaran?

Kita telah melihat kaunter paling rugi diatas pada bulan April 2022 dengan keadaan indeks Bursa yang dalam keadaan bercampur-campur. 

Para penganalisa pasaran menjangkakan pasaran saham kita akan kembali rancak apabila pilihan raya umum diadakan pada tahun ini. 

Benarkah sentimen ini merancakkan keadaan pasaran terutamanya sektor-sektor yang sudah lama sendu sepanjang tahun 2022. 

Semoga kita tidak mengalami kerugian yang sia-sia dalam pelaburan kita. Ada duit lebih boleh bersedekah lebih nanti!

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Bursa Malaysia Menjadi Syarikat Tersenarai Awam Pertama Di Malaysia Meraih Skor ESG Tertinggi FTSE4Good

Kuala Lumpur– Bursa Malaysia Berhad (“Bursa Malaysia”) menjadi syarikat tersenarai awam (PLC) pertama di Malaysia yang mencapai skor tertinggi 5.0 di bawah rangka kerja penilaian dan metodologi ESG FTSE4Good. Pencapaian ini meletakkan Bursa Malaysia dalam kalangan kumpulan terpilih syarikat dalam alam semesta FTSE4Good, yang menilai lebih daripada 12,000 syarikat di seluruh dunia.

Pencapaian ini didorong terutamanya oleh prestasi cemerlang di bawah tema Perubahan Iklim dalam kriteria FTSE4Good. Ia adalah hasil daripada penambahbaikan pendedahan kemampanan Bursa Malaysia merangkumi aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), khususnya pelaporan berkaitan iklim yang selaras dengan piawaian antarabangsa yang diiktiraf seperti IFRS S2.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Dato’ Fad’l Mohamed, berkata:

“Sebagai Bursa nasional, kami percaya standard yang kami galakkan dalam pasaran perlu terlebih dahulu dicerminkan dalam amalan kami sendiri. Pencapaian skor tertinggi dalam penanda aras ESG yang diiktiraf di peringkat global seperti penilaian ESG FTSE4Good membuktikan kemajuan kami dalam memperkukuh amalan dan pendedahan ESG. Ini merupakan satu standard yang komited untuk kami kekalkan, dan ia turut mengukuhkan kepentingan pelaporan ESG dalam membantu pelabur memahami risiko, peluang serta pemacu penciptaan nilai jangka panjang.”

Selain operasi sendiri, Bursa Malaysia turut memperkukuh keperluan pelaporan kemampanan bagi syarikat tersenarai selaras dengan Rangka Kerja Pelaporan Kemampanan Nasional. Bursa Malaysia juga memperkenalkan pelbagai inisiatif seperti Centralised Sustainability Intelligence (CSI) Solution bagi memudahkan pelaporan kemampanan dan pengurusan data ESG untuk syarikat tersenarai serta pembekal mereka.

Secara keseluruhannya, inisiatif-inisiatif ini menyokong peningkatan kualiti dan kebolehbandingan pendedahan kemampanan dalam kalangan syarikat tersenarai.

Penanda aras FTSE4Good, yang diperkenalkan oleh FTSE Russell pada tahun 2001, merupakan antara penanda aras ESG yang paling lama bertapak dan paling diiktiraf di dunia. Dengan menilai lebih daripada 12,000 syarikat di seluruh dunia menggunakan metodologi yang telus dan berasaskan peraturan, FTSE4Good menjadi rujukan penting kepada pelabur institusi yang mencari syarikat dengan amalan ESG yang kukuh, di samping menggalakkan penambahbaikan berterusan dalam prestasi dan pendedahan kemampanan.