Bila Nak Selesai Isu Tunda, Jadual Semula Penerbangan? Tiru Cara ‘Uncle Sam’ Uruskan

“4 jam tunggu di airport last² tukar flight esok hari”

“Bila flight kena retime.. Jenuhlah nak control anak 3 ketul ni…”

“Pernah terkena bab retimed dan flight delay banyak kali.. pernah jugak diorg cancel kan flight pastu suroh kita beli tiket lain..Rasa nak marah, tapi kena sabar”

Begitulah antara keluhan netizen. Bayangkan penerbangan anda ditunda dua kali untuk jangka masa lebih 24 jam sedangkan anda mempunyai pelbagai komitmen lain yang menanti. Ya, kami juga pernah menjadi mangsa.

Menempuhi era endemik, banyak yang mengambil kesempatan untuk bergerak sama ada atas urusan kerja atau urusan peribadi menggunakan pelbagai jenis pengangkutan termasuklah pengangkutan udara. Boleh dikatakan, pengangkutan udara banyak digunakan dan mendapat pelbagai reaksi oleh rakyat Malaysia terutamanya.

Sudah pasti, sejak sekian lama industri penerbangan negara terkesan dengan pandemik COVID-19 yang melanda dunia, pembukaan sempadan negara, kebenaran pergerakan kepada rakyat dalam dan luar negara membuka ruang untuk industri ini bernafas semula.

Banyak penerbangan yang telah mula beroperasi. Namun begitu, beberapa insiden melibatkan penumpang dan syarikat penerbangan difahamkan telah dilaporkan kepada pihak Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM). Antara yang menjadi bualan utama di media sosial adalah berkenaan dengan kelewatan penerbangan daripada jadual asal.

Ramai penumpang yang terkandas disebabkan oleh insiden ini. Permohonan maaf sahaja tidak mencukupi terutamanya kepada mereka yang terkesan dari segi jadual pergerakan yang telah lama disusun atur serta melibatkan kos.

Bagaimana dengan pengurusan kelewatan atau jadual penerbangan di Malaysia? Nampaknya, bukan 1 atau 2 kes kelewatan, tetapi melibatkan banyak insiden seperti ini berlaku.

Bagaimana Amerika Syarikat Menguruskan Kelewatan Penerbangan?

Jika anda lihat, banyak perkongsian tentang hak pelanggan terhadap sikap ‘tamak’ syarikat penerbangan yang dilindungi dalam akta oleh kerajaan di sana. Perkongsian ini banyak dikongsikan di Youtube, Tiktok dan laman sosial yang lain.

Bagi negara Uncle Sam, penumpang berhak untuk mendapat pampasan atau bayaran daripada syarikat penerbangan. Sebagai contoh, disebabkan oleh sikap syarikat penerbangan yang mengambil tempahan tiket melebihi daripada kadar maksima sesebuah kapal boleh tampung, ada pihak yang akan terpaksa dinafikan hak untuk menaiki pesawat tersebut kerana terdapat lebihan pelanggan berbanding kerusi yang tersedia.

Apa Hak Penumpang Penerbangan Tersebut?

Berdasarkan kepada perkongsian seorang pengguna melalui saluran Youtube, beliau memaklumkan bahawa ‘involuntary denied boarding’ membolehkan mereka mendapat pampasan. Pampasan tersebut diberikan berdasarkan kepada tempoh masa seorang penumpang tersebut perlu menanti untuk penerbangan seterusnya.

Dalam perkongsian tersebut, beliau memaklumkan yang kelewatan 1-2 jam membolehkan beliau mendapat pampasan sebanyak 2 kali ganda daripada harga tiket bagi satu hala perjalanan.

Bagaimana Dengan Hak Penumpang Penerbangan Di Malaysia?

Sumber : NST

Rentetan daripada beberapa insiden yang berlaku baru-baru ini melibatkan syarikat penerbangan yang terkenal di Malaysia, kelewatan penerbangan tersebut telah membuka mata banyak pihak.

Namun begitu, masih ramai yang belum mengetahui apa hak sebenar pengguna terhadap kelewatan penerbangan ini. Seperti biasa, syarikat penerbangan hanya akan meminta penumpang untuk menantikan penerbangan seterusnya untuk berlepas dan perku menunggu di lapangan terbang sehingga semuanya selesai.

Namun, selain daripada itu, apa yang boleh pengguna di Malaysia lakukan? Masa dibazirkan begitu sahaja, kos-kos lain juga perlu ditanggung. Ada yang sudi berkongsi apa yang penumpang boleh lakukan?

Baca juga AirAsia Group Berhad Kini Dikenali Sebagai Capital A Berhad Di Bursa Malaysia

Previous ArticleNext Article

Pengurusan Kesihatan Mental Untuk Usahawanita Moden

usahawanita moden
  • Rutin pengurusan kesihatan mental untuk usahawanita moden
  • Usahawan wanita yang mengurus perniagaan sambil memikul tanggungjawab peribadi
  • Kehidupan moden yang pantas dan kompetitif menyebabkan wanita mudah kemurungan
  • Kesihatan mental yang baik membantu wanita urus tekanan & kekalkan produktiviti kerja

Wanita hari ini bukan lagi sekadar berada di belakang tabir dalam dunia perniagaan. Mereka menjadi pengasas syarikat, pelabur, profesional, pemilik SME dan peneraju pelbagai industri.

Namun, kejayaan tersebut datang bersama tekanan yang mungkin tidak kelihatan.

Bagi sesetengah wanita, selepas tamat waktu pejabat, tanggungjawab belum selesai. Masih ada anak yang perlu diurus, pasangan, keluarga, rumah dan pelbagai keputusan yang perlu dibuat.

Sebab itu kesihatan mental wanita tidak boleh dilihat sebagai isu sampingan.

Baca : Wanita Malaysia Jana Lebih RM176 Juta Pada 2022 Sebagai Hos – Airbnb

Data Kementerian Kesihatan Malaysia melalui NHMS 2023 menunjukkan kira-kira satu daripada lapan rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas mengalami kemurungan, dan prevalens kemurungan meningkat dua kali ganda berbanding 2019.

Lebih menarik untuk konteks usahawan, satu kajian terhadap rakyat Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan simptom kemurungan yang lebih tinggi, manakala tekanan menjadi antara faktor penting yang berkait dengan simptom tersebut.

“Kajian terhadap 728 orang dewasa di Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan tahap simptom kemurungan lebih tinggi, dengan tekanan & status sebagai pemilik perniagaan menjadi antara peramal signifikan simptom kemurungan.” – National Library of Medicine

Baca : Pelaburan Bantu Wanita Boleh Wujud Kesan Beriak Bawa Pelbagai Manfaat

Ini bukan bermaksud menjadi usahawan menyebabkan kemurungan. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa tekanan keusahawanan dan kesihatan mental wajar diberi perhatian.

Jadi, apakah rutin yang boleh membantu usahawanita moden menjaga kesihatan mental mereka?

1. Rutin Bersenam

Senaman bukan hanya untuk menurunkan berat badan.

Bagi usahawanita yang menghabiskan sebahagian besar hari di hadapan komputer, dalam mesyuarat atau mengurus operasi perniagaan, aktiviti fizikal boleh menjadi ruang untuk keluar seketika daripada tekanan kerja.

rutin bersenam wanita

Tidak semestinya perlu melakukan senaman berat.

Berjalan kaki, berenang, berlari, berbasikal atau melakukan latihan kekuatan secara konsisten sudah boleh menjadi sebahagian daripada rutin.

Yang penting ialah konsistensi, bukan intensiti semata-mata.

Bahkan, menjadikan senaman sebagai rutin mingguan boleh memberikan satu bentuk struktur kepada kehidupan yang mungkin dipenuhi jadual kerja yang tidak menentu.

2. Rutin Penjagaan Diri

Ada satu perkara yang sering berlaku kepada wanita yang terlalu sibuk.

Mereka menjaga semua orang kecuali diri sendiri.

rutin penjagaan diri wanita

Bagi sebahagian wanita, rawatan kecantikan bukan sekadar mahu kelihatan lebih muda atau cantik. Ia juga boleh menjadi masa untuk berhenti seketika daripada rutin kerja.

Namun, penting untuk membezakan self-care daripada tekanan untuk sentiasa kelihatan sempurna.

Penjagaan diri sepatutnya membantu seseorang berasa lebih baik tentang dirinya, bukan menambahkan tekanan untuk memenuhi standard kecantikan tertentu.

3. Rutin Tidur Awal

Usahawan mungkin terkenal dengan bekerja sehingga lewat malam.

Laptop dibuka selepas anak tidur. Telefon masih berbunyi dengan WhatsApp pelanggan. E-mel masih masuk. Idea perniagaan pula datang ketika semua orang sudah tidur.

rutin tidur awal

Masalahnya, otak juga memerlukan masa untuk berehat.

Rutin tidur yang konsisten boleh menjadi salah satu bentuk pengurusan diri yang paling mudah tetapi sering diabaikan.

Sebelum tidur, usahakan untuk mengurangkan penggunaan skrin dan cahaya terang, khususnya apabila ia menyebabkan kita terus terangsang dengan kerja, media sosial atau notifikasi.

Kadangkala masalahnya bukan kita tidak mempunyai masa untuk tidur.

Kita tidak pernah benar-benar berhenti bekerja.

4. Rutin Travel dan Melihat Dunia

Travel juga boleh menjadi satu bentuk “reset” daripada rutin.

Bagi usahawanita yang sentiasa membuat keputusan untuk syarikat, pekerja dan keluarga, perjalanan seorang diri boleh memberikan ruang untuk membuat keputusan berdasarkan diri sendiri.

Tidak perlu sentiasa memilih destinasi popular.

rutin melancong wanita

Asia Tengah, misalnya, menawarkan pengalaman yang berbeza, Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan negara-negara lain mempunyai sejarah, budaya dan landskap yang jauh berbeza daripada destinasi pelancongan biasa.

Solo travel juga tidak semestinya bermaksud melarikan diri daripada kehidupan.

Kadangkala ia sekadar memberikan seseorang ruang untuk melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza.

Namun, perjalanan perlu dirancang mengikut kemampuan kewangan, keselamatan dan keadaan diri. Travel yang menambahkan hutang atau tekanan bukanlah self-care.

5. Rutin Beribadah & Kebajikan

Bagi wanita Muslim, pengurusan kehidupan tidak semestinya berhenti pada aspek fizikal dan psikologi.

Ia juga mempunyai dimensi spiritual.

rutin beribadah wanita

Solat, membaca al-Quran, menghadiri kelas ilmu, melakukan amal jariah, menunaikan umrah atau haji boleh menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan yang memberikan ruang untuk seseorang kembali mengingati tujuan hidup yang lebih besar daripada pekerjaan.

Ini juga memberikan perspektif kepada dunia keusahawanan.

Syarikat boleh berkembang. Duit boleh bertambah. Jawatan boleh berubah. Tetapi kehidupan tetap mempunyai dimensi yang lebih luas daripada keuntungan.

Baca : Perangai Wanita Malaysia Selepas Dapat Gaji

Bagi sesetengah usahawanita, amal jariah juga menjadi cara untuk menukar sebahagian daripada kejayaan material kepada sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain.

Alhasil

Menjadi usahawanita moden bukan sekadar tentang membina syarikat dan mencapai keuntungan.

Ia juga tentang kemampuan untuk terus berfungsi sebagai seorang individu, sebagai wanita, ibu, isteri, anak, pemimpin dan manusia yang mempunyai keperluan emosi serta fizikal sendiri.

Sebab itu rutin kecantikan, senaman, tidur, travel dan ibadah tidak sepatutnya dilihat sebagai aktiviti yang membuang masa daripada pekerjaan.

Sebaliknya, ia boleh menjadi sebahagian daripada cara seseorang membina kehidupan yang lebih seimbang.

Pada akhirnya, perniagaan yang berjaya memerlukan seorang pemimpin yang mampu bertahan dalam jangka panjang.

Baca : Kisah Emas Dan Wanita Kelantan

Usahawanita tidak perlu memilih antara kejayaan dan kesejahteraan diri. Yang lebih penting ialah belajar mengurus kedua-duanya.