Top 5 Saham Patuh Syariah Paling Untung Separuh Pertama (1H) 2022

Separuh pertama 2022 menyaksikan negara bergelut dengan isu inflasi, kenaikan harga makanan dan kekurangan sumber makanan. Arah tuju pasaran Bursa Malaysia juga dilihat terus menurun.

Namun, masih ada saham-saham yang membuat kenaikan yang mampu membuat pelabur tersenyum sepanjang 6 bulan pertama tahun 2022. 

Jom lihat senarai top 5 saham patuh syariah paling untung untuk separuh pertama (Januari hingga Jun) tahun 2022.

1. Berjaya Food Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

2. Boustead Holding Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

3. Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

4. Hengyuan Refining Company Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

5. Chin Hin Group property Berhad 

Sumber: Bursa Marketplace

Bukan pasaran Malaysia sahaja mengalami kejatuhan, malah pasaran serantau juga turut jatuh. Kejatuhan ini banyak didorong oleh pengumuman besar dan dasar-dasar baharu Amerika Syarikat (AS).


Baca sini: #ICYMI Pengumuman Besar Di AS Dan Kesan Kepada Pasaran Saham Malaysia Dan Serantau

Namun, jika pelabur ada ilmu yang betul pasti dapat jumpa saham yang dapat memberi pulangan yang baik. Jika tidak berani ambil risiko, duduk tepi dahulu. Gunakan masa ini untuk menambah ilmu dan bersedia dengan mencari saham yang akan membuat reversal.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Vincent Tan Tingkat Pegangan Dalam Berjaya Corp, Beli 59.97 Juta Saham Berharga RM14.05 Juta

KUALA LUMPUR: Tan Sri Vincent Tan meningkatkan pegangan saham langsungnya dalam Berjaya Corp Bhd dengan membeli sejumlah 59.97 juta saham.

Urus niaga itu dibuat hanya beberapa minggu selepas beliau tidak lagi diklasifikasikan sebagai pemegang saham utama dalam syarikat itu.

Hartawan itu membeli saham berkenaan, yang bersamaan pegangan 1.02 peratus dalam Berjaya Corp, daripada Berjaya Assets Bhd pada harga RM14.05 juta, menurut makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Saham berkenaan sebelum ini dipegang oleh Berjaya Bright Sdn Bhd dan Berjaya Times Square Sdn Bhd, yang kedua-duanya merupakan anak syarikat milik penuh Berjaya Assets.

Transaksi itu dibuat tidak lama selepas Vincent Tan membeli 60 juta lagi saham Berjaya Corp, bersamaan pegangan 1.01 peratus, menerusi urus niaga perniagaan langsung pada 8 Jun lalu dengan nilai RM14.1 juta atau 23.5 sen sesaham.

Pembelian terbaharu itu menyusuli siri pelupusan saham yang dilakukan Vincent Tan kurang daripada sebulan lalu.

Pada penghujung Mei, beliau menjual keseluruhan 461.65 juta saham Berjaya Corp menerusi tujuh transaksi berasingan yang melibatkan pegangan langsung dan pegangan tidak langsung, dengan nilai kira-kira RM115 juta.

Susulan pembelian terkini itu, pegangan langsung Vincent Tan dalam Berjaya Corp Bhd meningkat kepada 6.13 peratus, manakala pegangan tidak langsungnya kini berada pada 10.96 peratus.

— Berita Harian