Pulangan Sehingga 400%? Kalaulah Aku Melabur Dalam Syarikat Ini Tahun Lepas

Semua sedia maklum untung dan rugi dalam pasaran saham tu perkara biasa. Paling penting kena belajar macam mana nak minimakan kerugian dan maksimumkan keuntungan.

Ada “waktu-waktu” harga saham-saham di pasaran saham Bursa Malaysia akan naik meroket.

Sebab apa?

Baca 7 Perkara yang Mempengaruhi Harga Saham di Bursa Malaysia

Bagi mereka yang sudah ada ilmunya pasti tidak akan terlepas peluang ini. Dalam contoh kali ini ada yang harganya naik sehingga 400%.

“Eh, tak masuk akal lah boleh dapat pulangan sampai 400% setahun?
“Macam menipu je…

Eh, kalau tak percaya, boleh scroll dan baca sampai habis.

Tahniah kepada anda yang telah ada akaun saham (CDS) dan melabur dalam saham syarikat-syarikat ini.

11 Saham Syarikat Yang Paling Untung Untuk Setahun

#1. VisDynamics Holdings Berhad (VIS)

Sumber: Bursa Marketplace

Visdynamics mengeluarkan peralatan untuk pemasangan dan ujian semikonduktor. Kalau nak tahu semikonduktor ni benda wajib digunakan dalam komputer dan smartphone. Jom lihat pergerakan harga saham mereka:

  • Harga saham 10 Oktober 2016: RM0.22 seunit
  • Harga saham 9 Oktober 2017: RM1.16 seunit

Kenaikan harga setahun: RM0.94 seunit
Peningkatan: 427.27% setahun

Bayangkan minima pembelian cuma 100 unit. Maknanya kalau beli 10,000 unit

Kos = RM0.22 x 10,000 = RM2,200
Untung = RM1.11 x 10,000 = RM11,100 – RM2,200 = RM8,900

(*Pengiraan tidak termasuk brokerage fee)

Huh, kos baru RM2,200? Jauh lebih murah dari harga iPhone. Amacam?

#2. JHM Consolidation Berhad (JHM)

Sumber: Bursa Marketplace

  • Harga saham 10 Oktober 2016: RM0.62 seunit
  • Harga saham 9 Oktober 2017: RM3.04 seunit

Kenaikan harga setahun: RM2.42 seunit
Peningkatan: 390.32% setahun

#3. MMS Ventures Berhad (MMSV)

Sumber: Bursa Marketplace

MMS Ventures menghasilkan peralatan ujian dan pemeriksaan untuk LED, juga merupakan komponen wajib ada dalam smartphone dan peralatan elektronik. Jom lihat pergerakan harga saham mereka:

  • Harga saham 10 Oktober 2016: RM0.64 seunit
  • Harga saham 9 Oktober 2017: RM1.84 seunit

Kenaikan harga setahun: RM1.20 seunit
Peningkatan: 187.5% setahun

#4. ViTrox Corporation Berhad (VITROX)

Sumber: Bursa Marketplace

  • Harga saham 10 Oktober 2016: RM1.82 seunit
  • Harga saham 9 Oktober 2017: RM4.60 seunit

Kenaikan harga setahun: RM2.78 seunit
Peningkatan: 152.75% setahun

#5. Aemulus Holdings Berhad (AEMULUS)

Sumber: Bursa Marketplace

  • Harga saham 10 Oktober 2016: RM0.26 seunit
  • Harga saham 9 Oktober 2017: RM0.62 seunit

Kenaikan harga setahun: RM0.36 seunit
Peningkatan: 138.46% setahun

#6. KESM Industries Berhad (KESM)

Sumber: Bursa Marketplace

  • Harga Saham 10 Oktober 2016: RM7.92 seunit
  • Harga Saham 9 Oktober 2017: RM16.82 seunit

Kenaikan Harga Setahun: RM8.90 seunit
Peningkatan: 112.37% setahun

#7. Malaysian Pacific Industries Berhad (MPI)

Sumber: Bursa Marketplace

  • Harga Saham 10 Oktober 2016: RM7.79 seunit
  • Harga Saham 9 Oktober 2017: RM14.10 seunit

Kenaikan Harga Setahun: RM6.31 seunit
Peningkatan: 81% setahun

#8. UCHI Technologies Berhad (UCHITEC)

Sumber: Bursa Marketplace

  • Harga saham 10 Oktober 2016: RM1.68 seunit
  • Harga saham 9 Oktober 2017: RM2.82 seunit

Kenaikan harga setahun: RM1.14 seunit
Peningkatan: 67.86% setahun

#9. Globetronics Technology Berhad (GTRONIC)

Sumber: Bursa Marketplace

  • Harga saham 10 Oktober 2016: RM3.76 seunit
  • Harga saham 9 Oktober 2017: RM6.30 seunit

Kenaikan harga setahun: RM2.54 seunit
Peningkatan: 67.55% setahun

#10. Inari Amertron Berhad (INARI)

Sumber: Bursa Marketplace

  • Harga saham 10 Oktober 2016: RM1.66 seunit
  • Harga saham 9 Oktober 2017: RM2.60 seunit

Kenaikan harga setahun: RM0.94 seunit
Peningkatan: 56.63% setahun

#11. Unisem (M) Berhad (UNISEM)

Sumber: Bursa Marketplace

  • Harga saham 10 Oktober 2016: RM2.53 seunit
  • Harga saham 9 Oktober 2017: RM3.89 seunit

Kenaikan harga setahun: RM1.36 seunit
Peningkatan: 53.75% setahun

Ada 6 Saham Syarikat Yang Untung Lebih Daripada 100% Untuk Tempoh Setahun

Orang kita masih sibuk bergaduh mempersoalkan kenapa dividen dari buku biru hanya 6-7% setahun (walaupun TAK RUGI tetapi tak untung banyak). Itu tandanya masih ramai di luar sana belum miliki walau satu saham syarikat di Bursa Malaysia.

Tahu tak anda kesemua saham syarikat yang dalam contoh ini adalah tersenarai sebagai patuh Syariah di pasaran saham Bursa Malaysia. Keseluruhan sehingga hari ini ada 676 saham syarikat yang diisytiharkan syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti.

“Kenapa tak viral pun berita sebegini…?”

Berita-berita tentang pergerakan harga saham ini sentiasa disiarkan di bahagian bisnes akhbar-akhbar berbahasa Jawa (baca English), jadi sudah tentu orang yang jarang-jarang membeleknya akan ketinggalan.

Tahniah kepada yang berjaya meraih pulangan melalui saham-saham ini. Jangan pula lupa membayar zakat saham sebanyak 2.5% daripada keuntungan yang diperolehi tadi.

Kami tak suruh anda beli saham-saham di atas ni ya….Ini hanya contoh bertujuan pendidikan.

Ilmu Itu Penting Sebelum Mula Melabur

Soalan popular tentang saham

Bangkitlah bangsaku….

Bagi yang zero dan belum terlibat dalam pelaburan saham, kami syorkan supaya anda mula dengan melabur dalam ILMU terlebih dahulu. Ramai yang asalnya tak tahu apa-apa dah mula belajar, kalau tak percaya tengok sahaja seminar anjuran Mentor Saham #1 Malaysia tu asyik FULL HOUSE je.

Belum terlambat bro.

Bursa Malaysia tak lari mana….Ada 676 saham patuh syariah lain yang kita boleh kita perhatikan.

  1. Nak tahu saham apa yang bagus untuk dibeli (What to buy?) – Boleh rujuk artikel Fundamental Analysis
  2. Nak tahu bila masa sesuai untuk beli saham (When to buy?) – Boleh rujuk artikel Technical Analysis

Masa terbaik untuk mula melabur adalah 10 tahun lepas. Masa kedua terbaik adalah sekarang!

Baca juga Senarai Sifu-Sifu Saham & Kewangan Di Malaysia

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.