5 Contoh Soalan Anda Boleh Tanya Dalam AGM

Pernahkah anda hadir ke mana-mana mesyuarat agung tahunan atau Annual Grand Meeting (AGM)? Setiap syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia diwajibkan untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan pada setiap tahun.

Jika sebelum berlakunya pandemik Covid-19, AGM memang meriah kerana kebiasaannya AGM diadakan secara fizikal. Mesyuarat agung tahunan pula biasanya diadakan di hotel-hotel terkemuka.

Sumber: Majalah Labur

Mereka yang hadir diberi peluang untuk mendengar kata-kata dari ketua pegawai eksekutif syarikat, pengurusan syarikat, dijamukan dengan makanan yang enak dan jika anda bertuah ada syarikat yang memberikan door gift seperti baucar.

Macam mana nak dapat peluang hadir ke AGM? Tahukah anda, cukup dengan hanya membeli 1 lot saham anda sebenarnya berpeluang dijemput untuk hadir ke AGM? Jika nak beli pada kuantiti yang lebih banyak dengan tujuan pelaburan juga tidak menjadi masalah.

Kami nak kongsikan kepada anda pengalaman kami ketika hadir ke AGM DNex.

Baca: Apa Yang Kami Belajar Semasa di AGM DNeX

Pengalaman tersebut adalah pada tahun 2018. Oleh itu, maklumat dalam artikel di atas anda jangan baca dan hadam bulat-bulat. Kami cuma nak kongsikan pengalaman kami hadir ke AGM salah satu daripada lebih dari 900 buah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Di dalam AGM tersebut sudah tentu akan ada sesi soal dan jawab di mana pemegang saham diberi peluang untuk bertanyakan soalan kepada lembaga pengarah dan pihak pengurusan. Sebenarnya inilah peluang anda sebagai pemegang saham untuk bertanya secara terus kepada pihak syarikat mengenai apa jua soalan berkaitan syarikat serta perniagaan yang dijalankan.

Jika anda tidak tahu apa yang boleh ditanya dalam AGM tersebut, kami sediakan 5 contoh soalan yang anda boleh tanya kepada lembaga pengarah serta pihak pengurusan. 

1. Bagaimanakah syarikat merancang menggunakan wang tunai yang dimiliki?

Perkara penting seorang pelabur perlu tahu adalah, adakah sekiranya syarikat ada mempunyai aliran wang tunai atau cash flow yang baik. Maklumat ini boleh didapati dari balance sheet syarikat tersebut.

Setelah anda semak cash flow syarikat dan sekiranya cash flow syarikat nampak positif, anda boleh tanya pada pihak pengurusan syarikat mengenai perancangan syarikat, cara mereka akan menggunakan wang tersebut untuk mengembangkan perniagaan.

2. Siapakah pesaing syarikat dan produk yang mampu menjadi saingan?

Mengetahui siapa pesaing syarikat dapat membantu anda sebagai pelabur untuk turut sama memantau prestasi pesaing-pesaing lain. Sudah tentu anda ingin tahu produk yang dijalankan pesaing lain serta prestasi perniagaan syarikat lain.

3. Perancangan syarikat untuk mengembangkan produk sedia ada dan produk baharu

Kenapa anda perlu tanya soalan ini? Soalan ini perlu ditanya kerana anda perlu tahu sama ada syarikat akan mengeluarkan produk baru yang dapat menambah pendapatan serta keuntungan syarikat.

Tanpa produk yang baru dan kelainan pada produk sedia ada, agak sukar untuk syarikat menarik minat pelabur untuk melabur ke dalam syarikat.

Tanpa catalyst yang menarik bagaimana harga saham nak naik?

4. Trend pendapatan syarikat untuk 12 sehingga 24 bulan akan datang?

Sebagai seorang pelabur yang mungkin ingin melabur ke dalam sesebuah syarikat untuk pelaburan jangka masa panjang, anda perlu tahu trend pendapatan syarikat untuk 12-24 bulan yang akan datang.

Pihak pengurusan syarikat seharusnya boleh memberi anda jawapan ini kerana sesebuah syarikat sudah pastinya sudah membuat perancangan hala tuju syarikat.

5. Polisi dividen syarikat

Pelabur mana yang melabur tanpa inginkan pulangan dari pelaburan tersebut, betul tak? Oleh itu, anda boleh bertanyakan polisi dividen syarikat sekiranya syarikat tidak pernah mengagihkan dividen.

Sekiranya syarikat ada perancangan untuk mengagihkan dividen kepada pemegang saham, anda boleh tanya berkenaan dengan polisi dividen syarikat untuk mengetahui berapa peratus daripada pendapatan syarikat yang akan digunakan untuk membayar dividen kepada pelabur.

Baca: Nak Konfem Untung Melabur Saham? – Datanglah AGM

Kesimpulannya, soalan-soalan di atas dapat membantu anda sebagai pemegang saham untuk mempertimbangkan sama ada anda masih ingin terus memegang saham syarikat tersebut ataupun melepaskan pegangan anda.

Sebagai seorang pelabur, anda perlu pastikan duit yang anda labur itu dilaburkan ke dalam syarikat yang membuat keuntungan serta mempunyai perancangan masa hadapan yang baik.

Semoga artikel ini dapat membantu anda untuk merangka soalan yang perlu ditanya di dalam AGM kelak. Semoga kita berjumpa di mana-mana AGM.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.