Indeks FBMKLCI gagal bertahan pada paras sokongannya sekitar 1,408.64 mata dan menutup tirainya rendah pada 1,394.63 mata pada penghujung bulan September 2022.
Sumber:
Secara keseluruhan, indeks pasaran saham Bursa Malaysia jatuh sebanyak 103.38 mata atau kejatuhan sebanyak 6.901%.
Mari kita lihat senarai 10 top saham patuh syariah paling untung untuk bulan September tahun 2022. Senarai saham paling untung untuk bulan September tahun 2022 adalah seperti berikut:-
1. E.A.Technique (M) Berhad
Sumber: Bursa Marketplace
E.A. Technique (M) Berhad merupakan kaunter saham patuh syariah paling untung untuk bulan September 2022 dengan kenaikan sehingga 87.71% dalam tempoh satu bulan dagangan bermula 1 September sehingga 30 September 2022.
2. Computer Forms (M) Bhd
Sumber: Bursa Marketplace
Computer Forms (M) Berhad pula merupakan kaunter patuh syariah kedua paling untung pada bulan September 2022 dengan kenaikan sehingga 57.98% untuk tempoh satu bulan dagangan pada bulan September 2022.
3. CYL Corporation Bhd
Sumber: Bursa Marketplace
Di tempat ketiga pula adalah kaunter syarikat CYL Corporation Bhd dengan kenaikan sebanyak 52.38% dalam tempoh satu bulan dagangan.
4. SFP Tech Holdings Berhad
Sumber: Bursa Marketplace
SFP Tech Holdings Berhad berada di tangga keempat untuk kaunter paling untung sepanjang bulan September 2022 dengan kenaikan sebanyak 39.2%.
5. Velesto Energy Berhad
Sumber: Bursa Marketplace
Di tempat kelima pula adalah syarikat Velesto Energy Berhad yang mencatatkan peningkatan sebanyak 35.29% untuk tempoh sebulan pada September 2022.
6. Shin Yang Shipping Corp Bhd
Sumber: Bursa Marketplace
Pada tempat keenam adalah kaunter saham syarikat Shin Yang Shipping Corp. Bhd yang mencatatkan kenaikan sebanyak 28.57% dalam tempoh sebulan dagangan pada September 2022.
7. Tanco Holdings Bhd
Sumber: Bursa Marketplace
Syarikat Tanco Holding Bhd pula adalah kaunter saham ketujuh paling untung untuk bulan September 2022 dengan kenaikan 24.49%.
8. Citaglobal Berhad
Sumber: Bursa Marketplace
Kumpulan Citaglobal Berhad merupakan kaunter saham kelapan paling untung pada bulan September 2022 dengan kenaikan sebanyak 23.68%.
9. SHH Resources Holding Bhd
Sumber: Bursa Marketplace
Yang kedua terakhir di tempat kesembilan adalah saham daripada syarikat SHH Resources Holding Bhd dengan kenaikan sebanyak 20.18% dalam tempoh sebulan dagangan pada bulan September 2022.
10. Classic Scenic Bhd
Sumber: Bursa Marketplace
Yang terakhir paling untung pada bulan September 2022 adalah saham syarikat Classic Scenic Bhd yang membuat kenaikan harga sebanyak 18.81% dalam tempoh sebulan dagangan.
Indeks FBMKLCI Dijangka Akan Terus Melemah
Dengan keadaan pasaran saham yang tidak menentu dan paras indeks yang telah jatuh daripada paras sokongannya, indeks FBMKLCI dijangka akan terus melemah untuk beberapa minggu mendatang.
Bank Dunia telah memberikan amaran kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 2023, sudahkah kita bersedia untuk menghadapinya?
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
Kita tak perlu melekat di screen
Kita boleh bekerja seperti biasa
Kurang risiko untuk rugi
Set siap-siap bila nak jual saham tu
Kurang stress
Insya-Allah berbaloi…… Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.
Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.
Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.
Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.
Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.
Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.
Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :
‘C’ – Current Quarter Earning
‘A’ – Annual Earning
‘N’ – New product/management/event
‘S’ – Supply and Demand
‘L’ – Leader/laggard
‘I’ – Institutional
‘M’ – Market direction
Apa Itu Leader dan Laggard?
Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.
Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.
Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.
Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.
PMETAL vs LBALUM
Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.
Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.
Sumber : Trading View
Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.
Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.
Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.
Sumber : MalaysiaStock.biz
Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.
Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.
Sumber : Trading ViewSumber : MalaysiaStock.biz
Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.
Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.
Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.
Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.
Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.
Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.
AMD vs NVIDIA
Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.
Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.
Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Penafian : Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.