Public Mutual Umum Agihan RM184 Juta Bagi Sembilan Dana

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual, mengisytiharkan agihan berjumlah lebih RM184 juta bagi sembilan dana.

Jumlah agihan kasar yang diisytiharkan bagi tahun kewangan berakhir 30 Nov, 2022, itu adalah daripada 0.20 sen seunit bagi Public Islamic Sector Select Fund hingga 2.40 sen seunit bagi Public e-Enhanced Money Market Fund-Class A.

Public Mutual adalah syarikat unit amanah swasta terbesar di Malaysia yang menguruskan lebih daripada 170 dana dan mempunyai sejumlah 31 cawangan merangkap pusat perkhidmatan pelanggan di seluruh negara.

Tahun ini, syarikat itu sekali lagi muncul sebagai pemenang terbesar pada anugerah Refinitiv Lipper Fund Awards, menerima dua Anugerah Kumpulan dan 30 Anugerah Dana individu serta mendapat pengiktirafan global dengan memenangi 13 anugerah daripada Refinitiv Lipper Fund Awards 2022-Global Islamic.

Public Mutual juga merupakan penyedia Skim Persaraan Swasta (PRS) yang diluluskan, menguruskan sembilan dana di bawah skim tersebut.

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

FCPO: Rentak Menurun Kembali Rancak

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami tekanan jualan yang hebat pada Khamis apabila jatuh MYR76 untuk ditutup lebih rendah pada harga MYR4,557. Pada awalnya, komoditi ini memulakan sesi dagangan pada paras MYR4,624. Selepas merekodkan paras tertinggi sesi hari tersebut pada MYR4,630, ia terjerumus ke paras terendah intrahari bernilai MYR4,520 dan menutup dagangan pada MYR4,558 dengan corak lilin menurun. Pergerakan harga semasa yang negatif menunjukkan momentum negatif semakin menguat susulan penolakan yang berlaku pada paras rintangan MYR4,700.

Sekiranya momentum menurun berterusan, komoditi ini mungkin akan bergerak lebih rendah untuk menguji paras MYR4,500. Dalam keadaan pasaran menurun, kami menjangkakan paras sokongan menjadi lemah. Pergerakan harga yang menembusi paras sokongan terdekat akan menjejaskan lagi sentimen pasaran dan mendorong harga untuk menurun lebih rendah ke arah paras sokongan berikutnya pada MYR4,390. Setelah memerhati pergerakan harga semasa, kami terus berpegang pada bias dagangan negatif.

Kami menyarankan para pedagang untuk mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei (MYR4,481). Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi kekal pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama ialah MYR4,500 yang diikuti oleh paras MYR4,390. Paras rintangan pertama pula kini berada pada MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi sebanyak MYR4,840.