Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Tahun 2022

“Dah namanya melabur, bukan untung sahaja perlu kita ceritakan”

Pelaburan saham ini tidak lari dengan risiko kerugian. Ditambah pula keadaan pasaran yang kurang memberangsangkan, ianya meningkatkan lagi potensi untuk pelabur rugi. 

Tetapi, jika anda hanya melabur dengan tunai yang anda ada, risiko kerugian anda terhad kepada 100% sahaja. 

Cerita tentang kerujian, mari kita lihat senarai 10 saham patuh syariah yang paling rugi untuk tahun 2022.

Berikut merupakan senarai top 10 saham patuh syariah paling rugi untuk tahun 2022. 

Sumber: 

1. Serba Dinamik Holdings Berhad

Saham paling rugi untuk tahun 2022 adalah saham syarikat yang terpalit banyak kontroversi, iaitu syarikat Serba Dinamik Holdings Berhad. 

Saham ini sudah banyak kali digantung oleh Bursa Malaysia, pada penghujung bulan Disember juga saham ini telah digantung sekali lagi oleh Bursa Malaysia. 

Harga saham syarikat ini selepas digantung pada 9 Mei 2022 adalah sekitar RM0.15 seunit. Sebelum saham ini digantung semula pada 22 Disember, harga saham ini berada di paras RM0.01 seunit. 

Kejatuhan dalam tempoh setahun dagangan adalah sebanyak 93.33%. 

2. BSL Corporation Berhad

Sumber: 

Syarikat kedua paling rugi untuk tahun 2022 adalah saham syarikat BSL Corporation Berhad. Harga saham ini telah jatuh sebanyak 87.25%

Harga dibuka di paras RM1.02 seunit pada awal Januari 2022 dan ditutup rendah pada paras RM0.13 seunit. 

3. Kanger International Berhad

Sumber: 

Tempat ketiga untuk saham paling rugi tahun 2022 adalah saham syarikat Hong Seng Consolidate Berhad. 

Harga saham ini bermula di awal Januari adalah di paras RM0.25 seunit, dan di akhiri tahun 2022 pada paras RM0.040 seunit. Ianya merupakan kejatuhan sebanyak 84%. 

4. Hong Seng Consolidated Berhad

Sumber: 

Di tempat keempat pula adalah saham syarikat Hong Seng Consolidated Berhad dengan kejatuhan sebanyak 83.64%. 

Harga saham ini pada awal Januari adalah bernilai RM1.345 seunit dan jatuh kepada RM0.220 seunit. Daripada saham premium kepada saham penny

5. Metronic Global Bhd

Sumber: 

Saham syarikat paling rugi yang berada di tangga kelima adalah saham syarikat Metronic Global Bhd. 

Harga saham ini didagangkan pada RM0.12 pada awal Januari 2022, kemudian harga saham ini jatuh ke paras RM0.02 seunit. Ianya merupakan kejatuhan sebanyak 83.33%.

6. Country Heights Holdings Bhd

Sumber: 

Ditempat keenam untuk saham paling rugi tahun 2022 pula adalah syarikat Country Heights Holdings Bhd dengan kejatuhan sebanyak 78.53%. 

Harga saham ini dibuka pada RM1.77 seunit, kemudian jatuh ke paras RM0.38 seunit. Kejatuhan yang sangat ketara. 

7. PUC Bhd

Sumber: 

Ditempat ketujuh adalah saham syarikat PUC Berhad sebagai syarikat paling rugi untuk tahun 2022. 

Harga saham ini jatuh daripada RM0.145 seunit kepada RM0.035 seunit. Menjadikan syarikat ini mengalami kerugian sebanyak 75.86% dalam tempoh setahun. 

8. Euro Holdings Bhd

Sumber: 

Syarikat kelapan paling rugi di sepanjang tahun 2022 adalah syarikat Euro Holdings Bhd dengan kejatuhan sebanyak 75.25%. 

Harga saham ini yang dibuka kepada 0.485 seunit dan jatuh diparas RM0.12 seunit. 

9. Sarawak Cable Berhad

Sumber: 

Saham kedua terakhir untuk senarai saham paling rugi tahun 2022 adalah syarikat Sarawak Cable Berhad.

Saham syarikat ini pada Januari berharga RM0.21, kemudian harga saham ini jatuh kepada RM0.065 seunit. Kejatuhan sebanyak 69.05%. 

10. Nylex(M) Bhd

Sumber: 

Yang terakhir untuk saham paling rugi tahun 2022 adalah saham syarikat Nylex (M) Bhd yang mengalami kejatuhan sebanyak 52.67%.

Harga saham ini berada di paras RM0.655 seunit dan jatuh kepada harga RM0.310 seunit pada penutup tirai tahun 2022. 

Saham Rugi Besar Biasanya Syarikat Bermasalah

Saham-saham yang paling rugi dalam senarai diatas, ada beberapa sudah pun disenaraikan dalam senarai PN17 yang ternyata bermasalah. 

Tetapi pelik, masih ada yang membeli saham-saham begini dengan harapan untung besar dan cepat, akhirnya menangis di bucu katil apabila hangus modal pelaburan. 

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Selain Saham, Apa Lagi Yang Anda Boleh Laburkan Di Bursa Malaysia?

Apabila bercakap mengenai Bursa Malaysia, kebanyakan orang akan terus membayangkan aktiviti membeli dan menjual saham.

Tidak dinafikan, saham merupakan produk yang paling popular dan menjadi pintu masuk kepada ramai pelabur untuk membina kekayaan. Namun hakikatnya, Bursa Malaysia menawarkan jauh lebih banyak pilihan daripada sekadar saham biasa. Selain saham, terdapat pelbagai instrumen pelaburan yang direka untuk memenuhi objektif pelaburan yang berbeza, sama ada untuk menjana pendapatan pasif, mempelbagaikan portfolio atau mengurus risiko.

Memahami setiap produk ini penting kerana tidak semua pelabur mempunyai matlamat dan toleransi risiko yang sama. Ada yang lebih selesa dengan pelaburan jangka panjang, ada yang gemar berdagang secara aktif, manakala ada juga yang mencari pendapatan dividen yang konsisten.

Jadi, apakah sebenarnya produk-produk yang boleh didagangkan di Bursa Malaysia?

1. Saham (Equities)

Saham ialah instrumen yang memberikan hak pemilikan terhadap sesebuah syarikat. Apabila anda membeli saham Nestle, Tenaga Nasional atau Petronas, anda sebenarnya memiliki sebahagian kecil daripada syarikat tersebut.

Sebagai pemegang saham, anda berpotensi memperoleh keuntungan melalui dua sumber utama:

  • Kenaikan harga saham (capital gain)
  • Pembayaran dividen

Sebagai contoh, jika anda membeli saham pada harga RM2.50 sesaham dan menjualnya pada harga RM3.20, anda memperoleh keuntungan modal sebanyak RM0.70 sesaham.

Jika syarikat turut mengisytiharkan dividen sebanyak 15 sen sesaham, anda juga akan menerima pendapatan tersebut selagi masih memegang saham pada tarikh kelayakan. Namun begitu, saham juga mempunyai risiko. Harga boleh naik dan turun setiap hari bergantung kepada prestasi syarikat, keadaan ekonomi, kadar faedah, sentimen pelabur dan pelbagai faktor lain.

Saham sesuai untuk mereka yang ingin membina kekayaan dalam jangka panjang dan sanggup menerima turun naik harga.

2. Waran Syarikat (Company Warrants)

Ramai pelabur baru keliru antara saham dan waran. Waran syarikat ialah hak yang diberikan kepada pemegangnya untuk membeli saham syarikat pada harga yang telah ditetapkan dalam tempoh tertentu.

Ia bukan saham sebenar tetapi instrumen yang berkait rapat dengan saham induknya. Sebagai contoh, jika sesebuah syarikat menerbitkan waran dengan harga pelaksanaan RM1.50, pemegang waran berhak membeli saham syarikat tersebut pada harga itu sebelum tempoh matang berakhir.

Oleh sebab harga waran lazimnya lebih murah berbanding saham induk, ramai pelabur tertarik kerana modal yang diperlukan lebih kecil. Namun, waran mempunyai tempoh luput. Jika tempoh tersebut tamat dan waran tidak digunakan atau tidak lagi bernilai, pelabur boleh kehilangan keseluruhan modal yang dilaburkan.

Oleh itu, waran lebih sesuai untuk pelabur yang memahami cara ia berfungsi dan sanggup menerima risiko yang lebih tinggi.

3. Waran Berstruktur (Structured Warrants)

Walaupun namanya hampir sama, waran berstruktur berbeza daripada waran syarikat. Waran berstruktur diterbitkan oleh institusi kewangan seperti bank pelaburan, bukannya oleh syarikat yang menjadi aset asas.

Instrumen ini memberikan pendedahan kepada pergerakan harga sesuatu aset seperti:

  • Saham
  • Indeks
  • ETF

Terdapat dua jenis utama:

  • Call Warrant

Memberikan peluang kepada pelabur mendapat manfaat jika harga aset asas meningkat.

  • Put Warrant

Memberikan peluang apabila harga aset asas menurun.

Disebabkan waran berstruktur mempunyai kesan leverage, perubahan kecil pada harga saham asas boleh menyebabkan perubahan harga waran yang jauh lebih besar. Sebagai contoh, saham asas meningkat 5%, tetapi harga waran mungkin meningkat 15% hingga 25%.

Sebaliknya, jika saham asas jatuh, kerugian juga boleh berlaku dengan lebih pantas. Atas sebab itu, waran berstruktur biasanya digunakan oleh pedagang aktif dan bukannya pelabur jangka panjang.

4. Exchange Traded Fund (ETF)

ETF atau Dana Dagangan Bursa ialah dana pelaburan yang didagangkan di Bursa Malaysia seperti saham biasa. Bezanya, apabila membeli ETF, anda tidak melabur dalam satu syarikat sahaja. Sebaliknya, anda memiliki sekumpulan aset yang telah dipilih mengikut objektif tertentu.

Sebagai contoh:

  • ETF yang menjejaki FBM KLCI.
  • ETF emas.
  • ETF bon.
  • ETF patuh syariah.

Kelebihan utama ETF ialah kepelbagaian (diversification). Jika salah satu saham dalam ETF mengalami penurunan, kesannya terhadap keseluruhan dana biasanya lebih kecil berbanding jika anda hanya memiliki satu saham sahaja. ETF sangat sesuai untuk pelabur yang mahu membina portfolio secara mudah tanpa perlu memilih banyak saham secara individu.

5. Amanah Pelaburan Hartanah (REIT)

Tidak semua orang mempunyai modal untuk membeli bangunan pejabat, pusat beli-belah atau hotel. Namun melalui Real Estate Investment Trust (REIT), pelabur boleh memiliki sebahagian daripada aset hartanah tersebut.

REIT mengumpulkan dana daripada ramai pelabur untuk membeli dan mengurus hartanah yang menjana pendapatan seperti:

  • Pusat beli-belah
  • Bangunan pejabat
  • Gudang logistik
  • Hospital
  • Hotel
  • Pusat data

Pendapatan sewaan yang diterima kemudiannya diagihkan kepada pemegang unit dalam bentuk dividen. REIT sering menjadi pilihan pelabur yang mencari pendapatan pasif kerana kebanyakannya mempunyai rekod pembayaran dividen yang konsisten. Walau bagaimanapun, prestasi REIT juga dipengaruhi oleh faktor seperti kadar penghunian, kadar faedah dan keadaan ekonomi.

6. Derivatif (Futures)

Selain pasaran saham, Bursa Malaysia turut mengendalikan pasaran derivatif melalui Bursa Malaysia Derivatives. Derivatif ialah kontrak kewangan yang nilainya bergantung kepada aset lain.

Antara kontrak yang paling terkenal ialah:

  • FCPO (Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah)
  • FTSE Bursa Malaysia KLCI Futures
  • Kontrak emas

Sebagai contoh, syarikat perladangan boleh menggunakan kontrak FCPO untuk mengunci harga jualan minyak sawit pada masa hadapan bagi mengurangkan risiko turun naik harga komoditi. Dalam kalangan pedagang pula, derivatif sering digunakan untuk tujuan lindung nilai (hedging) atau perdagangan jangka pendek. Namun produk ini memerlukan modal margin dan mempunyai kesan leverage yang tinggi. Oleh itu, ia lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai pengalaman dan memahami risiko yang terlibat.

Produk Patuh Syariah Di Bursa Malaysia

Salah satu kelebihan Bursa Malaysia ialah pilihan produk patuh syariah yang agak luas.

Pelabur Muslim boleh memilih daripada pelbagai instrumen seperti:

  • Saham patuh syariah.
  • ETF patuh syariah.
  • REIT patuh syariah.
  • Derivatif Islam tertentu yang memenuhi garis panduan syariah.

Status patuh syariah disemak secara berkala berdasarkan aktiviti perniagaan dan kedudukan kewangan syarikat. Ini memberi keyakinan kepada pelabur Muslim untuk membina portfolio yang selaras dengan prinsip syariah.

Produk Mana Yang Sesuai Untuk Anda?

Tiada satu produk yang boleh dianggap terbaik untuk semua orang. Sebaliknya, pemilihan bergantung kepada beberapa faktor.

Jika Mahu Membina Kekayaan Jangka Panjang

Saham dan ETF lazimnya menjadi pilihan kerana mempunyai potensi pertumbuhan modal yang lebih tinggi.

Jika Mahu Pendapatan Pasif

REIT dan saham dividen mungkin lebih sesuai kerana berpotensi memberikan agihan dividen secara berkala.

Jika Gemar Berdagang Secara Aktif

Waran berstruktur dan derivatif menawarkan peluang keuntungan dalam tempoh yang lebih singkat, tetapi risikonya juga jauh lebih tinggi.

Jika Baru Bermula

Pelabur baru disarankan untuk memahami saham terlebih dahulu sebelum meneroka produk yang lebih kompleks seperti waran atau derivatif. Membina asas ilmu yang kukuh akan membantu anda membuat keputusan pelaburan dengan lebih yakin.

Jangan Terlalu Cepat Mencuba Semua Produk

Ramai pelabur baru teruja apabila mengetahui terdapat begitu banyak instrumen pelaburan di Bursa Malaysia. Namun, jangan jadikan kepelbagaian ini sebagai alasan untuk mencuba semuanya dalam masa yang singkat.

Setiap produk mempunyai mekanisme, risiko dan strategi yang berbeza. Sebagai contoh, strategi yang digunakan untuk melabur dalam saham tidak semestinya sesuai digunakan ketika berdagang waran atau kontrak niaga hadapan. Lebih baik menjadi mahir dalam satu produk terlebih dahulu sebelum menambah instrumen lain ke dalam portfolio.

Kesimpulan

Bursa Malaysia bukan sekadar tempat untuk membeli dan menjual saham. Ia merupakan sebuah pasaran yang menawarkan pelbagai produk pelaburan seperti saham, waran syarikat, waran berstruktur, ETF, REIT dan derivatif, masing-masing dengan fungsi serta tahap risiko yang berbeza.

Sebagai pelabur, matlamat utama bukanlah untuk mencuba semua produk yang ada, tetapi memilih instrumen yang paling sesuai dengan objektif kewangan, tahap pengetahuan dan toleransi risiko anda.

Pelaburan yang baik bukan bergantung kepada produk yang paling canggih atau paling popular. Sebaliknya, ia bermula dengan memahami bagaimana sesuatu produk berfungsi, mengenali risikonya dan membina strategi yang konsisten. Dengan ilmu yang mencukupi, anda bukan sahaja dapat membuat keputusan yang lebih bijak, malah mampu membina portfolio yang lebih kukuh untuk jangka panjang.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!