Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Tahun 2022

“Walaupun pasaran tidak menentu, tetapi ada harga saham yang naik buat kita senyum”

Tahun 2022 telah pun melabuhkan tirai dengan indeks ditutup pada 1,495.49 mata. Secara keseluruhan, indeks Bursa Malaysia mengalami kejatuhan untuk tahun 2022. Kejatuhan keseluruhan adalah sekitar 3.74%. 

Walaupun begitu, peluang dalam pasaran saham itu sentiasa ada, saham yang membuat kenaikan lebih daripada 100% juga banyak. 

Mari kita lihat saham patuh syariah yang paling untung untuk tahun 2022 ini. Antara senarai saham patuh syariah tahun 2022 adalah seperti berikut:

Sumber: 

1. Hextar Technologies Solution Berhad

Sumber: 

Saham Hextar Technologies Solution Berhad merupakan syarikat yang menawarkan perkhidmatan logistik ini merupakan saham paling untung untuk tahun 2022. 

Saham ini telah membuat kenaikan sebanyak 653.2% sepanjang tahun 2022. Saham ini juga sebenarnya baru disenaraikan sebagai saham patuh syariah oleh panel syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada saringan terkini pada November 2022. 

Baca lagi: Senarai Terkini Saham Patuh Syariah (November 2022)

2. Hextar Industries Berhad

Sumber: 

Satu lagi jenama Hextar, iaitu syarikat Hextar Industries dalam sektor perindustrian. Saham syarikat ini merupakan saham kedua paling untung untuk tahun 2022. 

Saham Hextar Industries telah naik sebanyak 396.8% sepanjang tahun 2022. Bermula dengan harga RM0.155 seunit, dan menutup tirai pada harga RM0.770 seunit. 

3. South Malaysia Industries Bhd

Sumber: 

Saham ketiga paling untung untuk tahun 2022 adalah saham syarikat South Malaysia Industries Bhd. 

Dalam tempoh setahun dagangan, saham ini telah membuat kenaikan sebanyak 205%. Harga saham ini ditutup pada RM0.61, kenaikan berkali ganda daripada harga awal tahun yang bernilai RM0.20.

4. Pertama Digital Berhad

Sumber: 

Ditempat keempat saham patuh syariah paling untung untung tahun 2022 adalah syarikat Pertama Digital Berhad. 

Syarikat ini dibuka dengan harga seunit pada RM0.58 mata dan menutup tirai tahun 2022 dengan harga RM1,76 seunit. Kenaikan sebanyak 203.45%. 

5. Han Len Corporation Bhd

Sumber: 

Har Len Corporation Bhd merupakan saham kelima paling untung untuk tahun 2022. Saham ini telah membuat peningkatan sebanyak 190.78% dalam tempoh setahun dagangan.

Harga saham ini bermula dengan RM0.705 pada awal Januari 2022 dan ditutup tinggi pada RM2.05 seunit pada penghujung Disember 2022. 

6. SFP Tech Holding Berhad

Sumber: 

SFP Tech Holding Berhad adalah saham yang baru diterbitkan di pasaran saham pada Jun 2022. 

Walaupun tempoh dagangan tidak sampai setahun, tetapi saham ini telah membuat kenaikan sebanyak 160.87% jika kita rujuk harga pembukaan saham ini pada hari pertama ia diterbitkan sehingga hari terakhir tahun 2022. 

7. Progressive Impact Corporation

Sumber: 

Saham ketujuh paling untung tahun 2022 adalah saham syarikat Progressive Impact Corporation.

Saham ini telah membuat kenaikan sebanyak 160.0% apabila membuat kenaikan daripada RM0.10 seunit dan naik kepada RM0.26 Seunit. 

8. SDS Group Berhad

Sumber: 

SDS Group Berhad pula merupakan syarikat kelapan paling untung pada tahun 2022 dengan kenaikan sebanyak 155.17% unit. 

SDS Group Berhad dibuka pada awal Januari 2022 pada harga RM0.29 seunit, pada akhir tahun pula harga saham ini telah naik RM0.74 seunit. 

9. Chin Hin Group Berhad

Sumber: 

Chin Hin Group Berhad adalah saham paling untung yang kesembilan untuk tahun 2022. Saham ini telah membuat kenaikan sebanyak 146.56%.

Harga saham ini dibuka pada RM1.310 pada awal tahun 2022 dan telah ditutup tinggi pada RM3.230 seunit pada akhir tahun 2022. 

10. Berjaya Food Berhad

Sumber: 

Saham paling untung ditempat kesepuluh adalah saham rangkaian makanan, Berjaya Food Berhad. Saham ini telah membuat kenaikan sebanyak 141.85% dalam tempoh setahun dagangan. 

Harga permulaan pada awal Januari hanya RM0.430 dan telah naik kepada RM1.04 seunit pada akhir sesi dagangan tahun 2022. 

Harga ini adalah harga selepas penyelarasan. 

Semua Saham Paling Untung Melebihi 100%

Jika kita rujuk senarai diatas, semua saham paling untung untuk tahun 2022 semuanya melebihi 100%. Dalam portfolio anda ada ke saham-saham di atas ini? 

Dalam pelaburan saham ini, kerugian paling besar pelabur hanyalah 100% tetapi tiada had keuntungan yang mampu dicapai oleh pelabur.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Minat Nak Jadi Remisier? Begini Caranya

Sebelum ini kami ada cerita serba sedikit tentang Best Ke Jadi Remisier? Kita dapat tahu kelebihan menjadi seorang remisier, selain daripada berkongsi ilmu dapat juga menjana pendapatan yang lumayan.

Malah Master Yus yang dahulunya dikenali sebagai seorang perempit di litar bursa, kini telah maju selangkah lagi untuk menjadi seorang remisier. Ikuti kisah beliau yang penuh inspirasi di Kisah Perempit Di Litar Bursa Kepada Seorang Remisier.

Berminat untuk menjadi remisier? Langkah pertama adalah memahami keperluan pelesenan, kelayakan dan peperiksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Eh, nampak macam mudah je kan? Mesti kacang putih punya.

Berkenalan Dengan Suruhanjaya Sekuriti Terlebih Dahulu

Untuk menjadi seorang remisier, kita perlu tahu dulu siapa itu Suruhanjaya Sekuriti. Kalau berkaitan bank, simpanan dan takaful kita ada Bank Negara Malaysia (BNM), kalau berkaitan bank pelaburan dan pelaburan pula kita ada Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission (SC).

Siapakah Securities Commission (SC)?

Sumber gambar: The Malaysian Reserve

Untuk itu, kita rujuk kepada laman web SC untuk tahu lebih lanjut:

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:

  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
  • Meluluskan terbitan bon;
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
  • Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.

Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.

Perhatikan tiga point yang terakhir tersebut, betapa pentingnya SC menitikberatkan bab lesen di dalam industri pelaburan di Malaysia.

Aktiviti Yang Memerlukan Lesen Di Malaysia

Sumber: Licensing Handbook mukasurat 10 – fail PDF

Tengok betul-betul lapan aktiviti yang digariskan oleh SC seperti di atas. Nak berurusan dengan sekuriti (saham, waran, REIT, ETF dan bon) kita kena jadi seorang remisier yang berdaftar dengan SC. Nak jual unit trust atau amanah saham pun kena daftar juga tau. Kalau nak promote dan jual Skim PRS atau Private Retirement Scheme pun kena daftar dengan SC.

Ada Syarat Nak Jadi Remisier?

Ya, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi remisier atau wakil berlesen bagi aktiviti dealing in securities.

Antara syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah:

  1. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
  2. Memenuhi kriteria fit and proper yang ditetapkan oleh SC.
  3. Memenuhi keperluan kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang berkaitan.
  4. Lulus kombinasi modul peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan bagi aktiviti dealing in securities.

Untuk mengetahui kombinasi modul peperiksaan yang diperlukan, anda boleh merujuk kepada panduan modul peperiksaan CMSRL mengikut aktiviti.

Nota: Panduan modul peperiksaan ini disediakan oleh SIDC Prep, sebuah platform persediaan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Maklumat ini disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Calon hendaklah merujuk kepada sumber rasmi SC bagi mendapatkan keperluan pelesenan terkini.

Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan pelesenan boleh dirujuk dalam Licensing Handbook Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Untuk memohon lesen sebagai wakil berlesen dalam aktiviti dealing in securities, calon perlu memenuhi kriteria kelayakan akademik, pengalaman dan kompetensi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Bagi keperluan peperiksaan, calon perlu lulus kombinasi modul SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan, antaranya:

  • Modul 6 dan Modul 7
  • Modul 6 dan Modul 18
  • Modul 7 dan Modul 17
  • Modul 17 dan Modul 18

Keperluan sebenar tertakluk kepada kategori aktiviti terkawal dan kriteria pelesenan semasa SC. Calon disarankan merujuk Licensing Handbook terkini sebelum membuat permohonan.

Nak Jadi Remisier? Ini Modul Peperiksaan SCLE Yang Perlu Anda Lulus

Kebanyakan calon yang ingin menjadi remisier memilih untuk mengambil Modul 6 dan Modul 7. Tetapi, apakah yang dipelajari dalam kedua-dua modul ini?

Modul 6 – Stock Market and Securities Law (Pasaran Saham dan Undang-undang Sekuriti)

Modul 7 – Financial Statement Analysis and Asset Valuation (Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset)

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk calon warganegara Malaysia, termasuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Calon boleh merujuk laman rasmi SIDC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai struktur yuran, bahan pembelajaran dan peperiksaan.

Dah Pergi Kelas, Ambil Peperiksaan Pula

Selepas mengikuti kelas persediaan dan membuat ulang kaji, calon perlu menduduki peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) bagi modul yang ditetapkan.

Kedua-dua Modul 6 dan Modul 7 mengandungi 60 soalan objektif (Multiple Choice Questions atau MCQ) yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit.

Dengan markah lulus sebanyak 60%, calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 36 daripada 60 soalan dengan betul untuk lulus peperiksaan bagi setiap modul.

Walau bagaimanapun, calon disarankan menyemak format dan struktur peperiksaan terkini melalui laman rasmi SIDC sebelum menduduki peperiksaan.

Yuran Peperiksaan

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul, untuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Struktur yuran ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027. Oleh itu, calon perlu mengambil kira kos peperiksaan bagi setiap modul sebelum membuat persediaan untuk mendapatkan lesen dalam industri pasaran modal.

Sumber rasmi: SIDC – The SC Licensing Examinations

Senang Ke Nak Lulus?

Prestasi kelulusan berbeza mengikut modul dan tahun. Calon boleh meneliti kadar kelulusan terdahulu sebagai salah satu rujukan untuk merancang persediaan peperiksaan.

Sumber: Kadar kelulusan mengikut modul, 2015–2024

Nota: Maklumat kadar kelulusan peperiksaan ini dirujuk daripada SIDC Prep, sebuah laman latihan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Data disediakan untuk tujuan maklumat dan rujukan sahaja

Didoakan supaya anda berjaya menjadi seorang remisier, dan menjadi seorang pendidik bagi membantu lebih ramai orang terbuka mata tentang pelaburan saham patuh syariah di Malaysia.

Memang nampak macam senang, tetapi realitinya kita perlu bersabar kerana ianya mengambil masa beberapa bulan juga, daripada saat pergi ke kelas, belajar daripada buku, ambil exam olok-olok, ambil exam sebenar, dan akhirnya dapat sijil mengatakan “Tahniah, Anda Lulus”!

Soalan Lazim Tentang Cara Menjadi Remisier

1. Berapa umur minimum untuk menjadi remisier?

Calon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memenuhi syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

2. Adakah wajib lulus Modul 6 dan Modul 7?

Tidak semestinya. Terdapat beberapa kombinasi modul SCLE yang dibenarkan bagi aktiviti dealing in securities, tertakluk kepada keperluan pelesenan SC.

3. Berapakah yuran peperiksaan SCLE pada tahun 2026?

Bagi calon warganegara Malaysia, yuran peperiksaan ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk tempoh 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027.

4. Berapa soalan dalam peperiksaan Modul 6 dan Modul 7?

Setiap modul mengandungi 60 soalan objektif yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit. Markah lulus ialah 60%, bersamaan sekurang-kurangnya 36 jawapan betul.

5. Berapa lama masa diperlukan untuk menjadi remisier?

Tempoh bergantung kepada persediaan calon, jadual peperiksaan, kelulusan modul dan proses permohonan lesen. Tiada satu tempoh tetap yang terpakai kepada semua calon.