Habib Ketengahkan Tekat, Seni Warisan Melayu

Kuala Lumpur, 15 Mac 2023 – HABIB, jenama barang kemas terulung di Malaysia, hari ini melancarkan kempen raya “Rantaian Kasih di Aidilfitri 2023” bertempat di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur. Kempen yang akan bermula dari 23 Mac sehingga 21 April 2023 ini, mengambil inspirasi serta menampilkan warisan tradisional Tekat, iaitu seni hiasan sulaman Melayu yang dihasilkan dengan cara menyulam benang emas pada latar belakang baldu yang kaya dengan warnanya.

Bangga sebagai sebuah jenama tempatan, HABIB sentiasa mengangkat keindahan dan keunikan warisan seni budaya. Seni Tekat pada usulnya dikaitkan dengan kegunaan persalinan Diraja, perhiasan istana dan upacara pertabalan. Tekat juga sering digunakan untuk menghiasi barangan majlis perkahwinan dalam masyarakat Melayu. Penghasilan Tekat menitikberatkan kehalusan serta kekemasan, begitu juga proses pembuatan barangan kemas HABIB, yang amat mementingkan perincian serta ketelitian pada reka bentuk dan ketukangannya yang jelas terpancar pada koleksi Raya HABIB.

Mengulas lanjut mengenai kempen raya tersebut, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer berkata, “Hari Raya Aidilfitri adalah yang paling dinantikan kerana kita dapat berkumpul mengeratkan lagi silaturrahim serta bermaaf-maafan bersama keluarga, sahabat dan yang tersayang”.

“Mengangkat tradisi acara tahunan yang disambut sejak lebih 20 tahun, yang dinamakan Rantaian Kasih; ia menggambarkan sebuah ketulusan ikatan yang terjalin. Jadi, hubungan baik dengan para pelanggan sentiasa menjadi keutamaan dan suatu kegembiraan bagi kami dapat melihat para pelanggan bersama keluarga mereka melangkah masuk ke bilik pameran serta menikmati pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan. Lebih istimewa pada tahun ini, kami sangat teruja untuk mempamerkan seni Tekat yang diterapkan dengan nilai sejarah dan warisan yang memerlukan kreativiti dan penghasilan bermutu. Kami  memastikan para pelanggan disajikan dengan pelbagai pilihan untuk setiap lapisan umur dengan mendapatkan koleksi baharu untuk digayakan pada hari lebaran nanti.”

Koleksi utama yang ditampilkan merupakan Koleksi Arowana HABIB, yang menerapkan unsur geometri yang teliti dan halus, seperti si ikan naga, dengan sisik meliuk gemalai dan mempesona, serta simboliknya yang dikaitkan dengan tuah serta kekayaan. Koleksi ini diperbuat daripada emas 750 (18K) bertatahkan berlian yang ditawarkan dengan pelbagai reka bentuk dan kombinasi batu permata pelbagai warna. Unik dengan rekaan versatil, boleh dijadikan sebagai rantai leher mahupun kerongsang untuk gaya yang berbeza. Tidak dilupakan rantai leher labuh bersama loket berlian eksklusif, yang sangat popular digayakan untuk perayaan istimewa serta cantik dipadankan bersama baju kurung ataupun kebaya untuk kelihatan lebih mewah.

Koleksi kegemaran ramai, Oro Italia 916 HABIB juga dipersembahkan dengan rekaan baharu, yang lebih menawan, hasil gabungan pelbagai kemasan seperti high polish, potongan berlian, matte dan kemasan satin yang membawa suntikan nafas baharu kepada reka bentuk klasik.

Turut menjadi perhatian, Koleksi Eksklusif Emas 916 HABIB dengan rekaan lebih kontemporari, gabungan emas 916 berona kuning dan putih, yang hanya boleh didapati secara eksklusif di HABIB. Buat kaum jejaka, Butang Baju Melayu yang sentiasa menjadi pelengkap di pagi Raya, hadir dalam bentuk dan warna baharu, segak dipadankan dengan cincin perak paladium. Untuk kanak-kanak pula, seleksi emas 916 bermotifkan flora dan fauna ditawarkan.

Tahun ini, HABIB menyambut Aidilfitri dengan memberi penghormatan kepada warisan seni Tekat, melalui motif yang diilhamkan daripada alam semulajadi dan tumbuh-tumbuhan tempatan. Wafer Syiling Emas 999.9 Edisi Terhad tahun ini didatangkan dalam lima reka bentuk berbeza – Bunga Cengkih, Bunga Kekwa, Bunga Padi, Bunga Raya, dan Awan Larat. Setiap satu, dilengkapi dengan rekaan sampul yang indah sesuai dijadikan sebagai hadiah, pengganti duit raya atau dikumpul sebagai koleksi peribadi.

HABIB memilih pelakon muda berjiwa besar, Sharifah Rose sebagai wajah selebriti yang memperagakan koleksi HABIB. Buat julung kalinya juga, HABIB berkolaborasi bersama pereka fesyen terkenal Malaysia, Syomirizwa Gupta, yang menampilkan busana mewah yang elegan dan berwarna ceria sebagai penyeri di Aidilfitri, untuk digayakan bersama koleksi Raya HABIB.

Kempen Rantaian Kasih di Aidilfitri 2023 dilancarkan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer, diiringi Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB, Datin Sri Zarida Noordin serta Pengurus Besar Kanan Jualan, Mohd Zaruddin Mahmud dan Ketua Pegawai Pemasaran, Joseph Lam. Majlis pelancaran dilengkapkan dengan penampilan pengusaha Tekat yang berpengalaman serta menunjukkan kehalusan seni ini untuk dihargai umum, acara juga dimeriahkan dengan persembahan istimewa penghibur tanah air, Kaka Azraff.

Kempen ini berlangsung di seluruh bilik pameran HABIB bermula 23 Mac sehingga 21 April 2023. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi www.habibjewels.com dan ikuti sosial media HABIB di FacebookInstagramTiktokTwitterPinterest dan melanggan di YouTube.

Previous ArticleNext Article

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.