Tutorial Bergambar Mohon Saham IPO Guna CGS International (CGS-CIMB) iTrade

Saham IPO merupakan saham yg pre-list di papan Bursa Malaysia.

IPO untuk tawaran awam boleh dimohon melalui online banking seperti Maybank2u dan CIMBClicks sebelum ini. Sekarang dah tak boleh guna CIMBClicks, tapi kena guna laman web baharu yang khusus untuk mohon IPO secara online. Yang penting kena ada akaun CDS bersama CGS International (CGS-CIMB) yang aktif untuk memohon.

Kita semua boleh rebut peluang untuk membeli IPO syarikat semasa ianya diumumkan. Jadi, panduan ini akan menerangkan dengan ringkas cara membeli saham IPO dengan mudah menggunakan CGS International iTrade.

Cara Mohon IPO Guna CGS International iTrade

Sebelum itu, pastikan anda telah mempunyai akaun pelaburan yang dikenali sebagai central depository system (CDS) bersama CGS International terlebih dahulu. Pastikan juga CDS akaun anda adalah direct account dan bukannya nominee account.

Baca: Nak Buka Akaun CDS Online Dengan CGS International Secara PERCUMA? Jom Ikut Tutorial Ini

Jangan risau, anda boleh ada lebih daripada satu akaun pelaburan. Jadi boleh buka akaun trading dengan CGS International walaupun dah pernah buka dengan broker / bank pelaburan lain. Ada banyak kelebihan bila buka dengan CGS International seperti caj brokerage antara yang terendah, dapat kajian saham padu daripada pakar penganalisis dan lain-lain lagi. Nak buka pun PERCUMA khas untuk pembaca setia kami.

  • 1. Layari laman web www.eipocimb.com

Langkah pertama sekali yang perlu anda buat adalah dengan melayari laman web www.eipocimb.com dan log masuk ke akaun anda.

Sekiranya anda sudah ada akaun Trading bersama CGS International sebelum ini, boleh gunakan User ID dan Password yang sama untuk log masuk.  

  • 2. Pilih IPO

Anda akan dapat lihat pelbagai jenis IPO yang sedang dibuka permohonannya. Pilih IPO yang anda inginkan.

Selain itu, yang best di laman web ini akan akan dapat akses terus ke prospektus IPO. Boleh terus klik dan baca prospektus. Mudah dan teratur, tak perlu tercari-cari prospektus pada laman web lain lagi.

Prospektus dalam bahasa Melayu turut disediakan di sini.

Kajian dari penganalisis juga boleh didapati dari laman web ini. Memang terbaik!

  • 3. Semak maklumat IPO yang dipilih

Lepas pilih IPO, semak maklumat IPO berkenaan. Semak juga tarikh-tarikh penting seperti tarikh tutup permohonan dan tarikh penyenaraian IPO terbabit.

  • 4. Baca terma dan syarat

Baca terma dan syarat sehingga habis, kemudian tanda jika anda setuju dan klik ‘Yes’.

  • 5. Baca terma dan syarat selanjutnya

Anda akan dibawa ke laman terma dan syarat seterusnya. Baca sehingga habis, kemudian tanda klik ‘Accept’.

  • 6. Isi kuantiti IPO yang ingin dimohon

Masukkan kuantiti IPO yang ingin dimohon kemudian pilih mod pembayaran. Boleh bayar menggunakan online banking seperti CIMB Clicks dan Maybank2u.com. Cuma perlu masukkan nombor akaun bank berkenaan sahaja.

  • 7. Masukkan Trading PIN

Setelah selesai, masukkan Trading PIN anda. Penting untuk diingat bahawa anda perlu tutup Pop-Up Blocker sebelum klik ‘Confirm’.

Untuk bantuan tutup Pop-Up Blocker boleh klik pada bahagian kanan skrin.

  • 8. Log masuk online banking

Anda akan dibawa ke laman Pop-Up online banking pilihan anda. Log masuk dan ikut semua langkah sehingga pembayaran berjaya.

  • 9. Semak status permohonan IPO

Setelah pembayaran berjaya, anda boleh semak status permohonan IPO tadi. Boleh juga semak laman web online bank anda untuk pastikan duit berjaya ditolak.

  • 10. Status permohonan IPO

Pending Balloting bermaksud permohonan berjaya diproses dan sedang menunggu keputusan pengundian IPO nanti. Sekiranya proses pembayaran tadi tidak berjaya, anda boleh klik Pending Payment dan cuba bayar sekali lagi.

Anda boleh semak status permohonan anda selepas tarikh pengundian tamat atau pada keesokkan harinya.

Jika permohonan anda gagal, duit anda akan dipulangkan sepenuhnya ke akaun bank anda.

Baca: Rahsia Buat Keuntungan Dengan Membeli IPO

Soalan : Berapa minima perlu beli?
Minima hanya 100 unit dan tiada had maksimum.

Soalan : Bolehkah saya memohon satu-satu IPO itu banyak kali?
Tak boleh. Hanya satu permohonan sahaja dibenarkan bagi setiap pemohon.

Soalan : Kalau sudah ada akaun CDS di RHB Investment, boleh buka CDS di CGS International?
Boleh, tiada masalah.

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.