Bursa Malaysia Ambil Alih Peranan Persatuan Perhubungan Pelabur Malaysia

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia Bhd hari ini mengumumkan ia mengambil alih peranan Persatuan Perhubungan Pelabur Malaysia (Mira).

Bursa Malaysia dalam satu kenyataan berkata operasi Mira telah dihentikan berkuat kuasa 1 Julai, 2023.

Ditubuhkan pada 2007 oleh Bursa Malaysia, objektif utama Mira adalah untuk membangunkan dan meningkatkan keupayaan perhubungan pelabur (IR) syarikat senaraian awam (PLC) melalui komunikasi yang berkesan dan memupuk hubungan yang lebih kukuh antara PLC dan komuniti pelabur.

“Selama bertahun-tahun, Bursa Malaysia telah meningkatkan peranan advokasinya, melangkaui peranan pengawal selia pasaran dan pempengaruh. Ini termasuk, antara lainnya, membimbing dan menambah baik cara PLC menyediakan maklumat, berkomunikasi dan berinteraksi dengan komuniti pelaburan dan pemegang kepentingan, serta meningkatkan profil dan kebolehlaburan PLC,” kata Bursa Malaysia.

Untuk mengelakkan pertindihan fungsi, bursa berkata ia akan memanfaatkan keupayaan meluasnya untuk berfungsi sebagai titik rujukan tunggal bagi urusan perhubungan pelabur.

Sementara itu, lembaga pengarah Mira berkata ia menyokong Bursa Malaysia mengambil alih peranannya dan yakin peralihan itu akan menyediakan penyampaian perkhidmatan yang lebih baik kepada semua pihak berkepentingan dalam pasaran modal.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Muhamad Umar Swift berkata bursa berbesar hati untuk mengambil alih peranan yang pernah dipegang oleh Mira dan berharap dapat mengembangkan usahanya dalam memajukan keupayaan dan proaktif perhubungan pelabur PLC, untuk meningkatkan kedudukan dan daya tarikan PLC kepada pelabur di seluruh dunia

Beliau berkata bursa komited untuk terus menyediakan PLC dan pengamal IR dengan pengetahuan, latihan atau bengkel yang diperlukan dan sumber penting lain untuk melibatkan diri secara berkesan dengan pemegang saham dan pemegang kepentingan yang lebih meluas.

Mulai Julai 2023 dan seterusnya, pengamal perhubungan pelabur atau profesional di PLC yang disenaraikan di Bursa Malaysia termasuk bekas ahli Mira, boleh menerima sokongan dan bimbingan pembinaan kapasiti selanjutnya daripada bursa untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka.

Sebarang pertanyaan boleh didapatkan di [email protected].

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

Eco-Shop Marketing: Prestasi Perolehan Yang Kukuh

Saranan BELI dikekalkan, dengan harga sasar (TP) baharu mencecah MYR1.80 daripada MYR1.85, potensi kenaikan harga sebanyak 41% dan kadar hasil dividen kira-kira 2% untuk FY27F (Mei)

Keputusan 9MFY26 yang dicatatkan oleh Eco-Shop Marketing berjaya memenuhi jangkaan berikutan pembukaan kedai baharu yang kukuh dan kenaikan dalam margin untung kasar (GPM). Industri kedai barangan murah sepatutnya meneruskan pertumbuhan pesat dengan memanfaatkan trendtrend pengguna yang beralih kepada barangan murah, lantas menyediakan fasa pengembangan yang berjangka panjang kepada kumpulan ini. Selain kemampanan perolehan dalam jangka panjang, ECOSHOP turut menawarkan keterlihatan perolehan disebabkan oleh komposisi tawaran produknya yang berteraskan barangan keperluan utama. Kes pelaburan yang langka sebegini akan terus memberikan sokongan pada kenaikan. penilaian saham ini.

Keputusan 9MFY26 berjaya menepati jangkaan

Untung bersih teras berjumlah MYR192j (+23% YoY) merangkumi 75% dan 76% daripada ramalan kami dan konsensus. Selepas keputusan diumumkan, kami memperhalusi andaian-andaian jualan dan kos yang mengenakan <3% pindaan pada perolehan FY26F-28F. Hasilnya, TP kami yang diraih melalui kaedah DCF, disemak kepada MYR1.80 (termasuk premium ESG 4%) dan membawa P/E 2027F kepada sebanyak 33x, atau pada nilai lebih rendah daripada syarikat pengguna bermodal besar lain.

Ulasan keputusan

Hasil sepanjang 9MFY26 menokok hanya 2% YoY kepada MYR2.1bn walaupun syarikat menambah 80 buah kedai baharu bersih (+23% pada 429 cawangan) akibat kelemahan SSSG yang berterusan lemah (-12.6%) selepas kenaikan harga pada Apr 2025. Kenaikan harga ini mengembangkan GPM bagi tempoh 9MFY26 sebanyak 5.8ppts kepada 32.8%, yang melebihi kenaikan dalam opex susulan paras gaji minimum yang lebih tinggi. Akibatnya, untung bersih teras bagi 9MFY26 melambung naik 23% kepada MYR192j.

Jualan 3QFY26 pula meningkat 4% lebih tinggi secara QoQ, diperkukuh oleh pembukaan cawangan kedai baharu. GPM terus bertambah (+1ppt QoQ kepada 33.8%) berikutan tamatnya kempen promosi harga pada Okt 2025, selain turut dibantu oleh kenaikan sumbangan jenama produk induk dan kadar FX yang menguntungkan. Dengan ini, untung bersih teras melonjak 15% kepada MYR71j, dengan paras margin bersih mencecah paras rekod tertinggi sebanyak 9.6%.

Prospek

Kesan asas SSSG yang menguntungkan sepatutnya mula dirasai menjelang 4QFY26F, dengan 4QFY25 menjadi suku tahun pertama untuk mencatatkan SSSG negatif (-8%) selepas kenaikan harga. Sementara itu, GPM sepatutnya berada pada paras 3QFY26 (33.8%) apabila skala saiz operasi bertambah, kadar FX menguntungkan, sumbangan produk jenama induk meningkat yang sebahagiannya mengurangkan kenaikan kos tambang muatan dan kos input (kira-kira MYR1j/bulan) yang diburukkan oleh konflik di Timur Tengah.

Penimbal margin sepatutnya meletakkan ECOSHOP pada kedudukan kukuh untuk mengawal harganya semasa inflasi kos, yang mungkin menterbalikkan kesan buruk daripada kenaikan harga dengan mengurangkan jurang harga berbanding syarikat pesaing kedai bukan barangan murah seandainya syarikat bukan barangan murah bertindak mengalihkan kos kepada pengguna. Selain itu, penambahan 100 kedai baharu dijangka akan dibuka pada FY26 dan sasaran yang sama telah ditetapkan untuk FY27.

Risiko-risiko pada saranan kami termasuk risiko-risiko pada reputasi syarikat dan pelan pengembangan operasi berdepan penangguhan lama.

Faktor Pemacu Utama

i. Pengembangan rangkaian kedai
ii. SSSG yang kukuh
iii. Peningkatan dalam penguasaan bahagian pasaran

Risiko Utama

i. Pelan pengembangan berdepan kelewatan besar
ii. Risiko jenama dan reputasi
iii. Kenaikan mendadak kos input

Profil Syarikat

Eco-Shop Marketing ialah rangkaian kedai barangan harga murah terbesar di Malaysia, dengan pelibatan
utama dalam jualan barangan runcit dan barangan am pengguna.

Sekilas Pandang Keputusan

Carta Saranan

Penganalisis
Soong Wei Siang +603 2302 8130 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.