Lebih Satu Juta Pemegang Unit ASNB Dijangka Melabur Guna GOinvest

SHAH ALAM, 16 Ogos (Bernama) — Lebih satu juta pemegang unit Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) disasarkan untuk melabur dalam unit amanah ASNB melalui GOinvest Touch ‘n Go eWallet tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd (TNGD) Alan Ni berkata melalui kerjasama antara ASNB dan TNGD, Touch ‘n Go eWallet kini merupakan eWallet pertama dan satu-satunya yang membolehkan pengguna melabur dalam kesemua 17 unit amanah ASNB dengan yuran minimum sebanyak RM1 setiap transaksi.

“Dengan pelaburan permulaan minimum yang sangat rendah iaitu hanya RM10, lebih 12 juta pemegang unit ASNB kini boleh melabur dengan mudah melalui GOinvest.

“Perkongsian ini mempelbagaikan lagi tawaran GOinvest kepada sejumlah 26 unit amanah yang memenuhi selera risiko yang berbeza,” katanya pada majlis pelancaran Labur Online Laju di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Muzaffar Othman.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelaburan ASNB dalam Touch ‘n Go eWallet, boleh layari http://www.touchngo.com.my/goinvest/asnb/

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

FCPO: Mendatar Di Bawah Garisan SMA 50 Hari

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO menurun MYR2 untuk ditutup pada paras MYR4,535 selepas tekanan jualan muncul berhampiran garisan SMA 50 hari. Pada Jumaat, komoditi ini membuka sesi dagangan pada harga MYR4,547. Ia kemudiannya berayun antara MYR4,570 dan MYR4,518 sebelum menutup dagangan pada paras MYR4,535. Pergerakan harga ini mengesahkan bahawa garisan SMA 50 hari terus menjadi paras rintangan overhed.

Selagi komoditi ini berada di bawah garisan purata bergerak jangka sederhana ini, mereka yang menantikan penurunan harga akan mempunyai kelebihan teknikal. Sementara itu, paras rintangan kukuh dijangka berada pada paras MYR4,700. Dalam keadaan pasaran menurun, paras rintangan kukuh dan akan menghalang kenaikan harga komoditi ini. Kami akan terus berpegang pada bias dagangan negatif melainkan FCPO menembusi paras ambang MYR4,700 tersebut.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada 12 Mei atau MYR4,481. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi masih kukuh pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan terdekat sebaliknya berada pada MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,840