Peluang Terbesar Dalam Kerjaya Sebagai Trader Profesional Menanti Anda! Mohon Sekarang

Kini makin ramai yang dah mula berjinak-jinak dalam pelaburan dan perdagangan saham dan derivatif. Pasti ada juga yang berminat untuk jadikan ia sebagai kerjaya sepenuh masa. Jika sebelum ini anda kurang yakin dan tidak tahu bagaimana nak mula, kami ada jawapannya. Jika anda berminat dengan pasaran derivatif dan produk niaga hadapan (futures), program ini sesuai untuk anda!

Bursa Malaysia Derivatives kini telah melancarkan program latihan yang dikenali sebagai Futures Trading Apprenticeship Programme (FTAP). Yang lagi menarik, program ini disokong sebahagian oleh Dana Pembangunan Pasaran Modal yang dikenali sebagai Capital Market Development Fund (CMDF). Confirm boleh dipercayai!

FTAP adalah program pembelajaran yang mendalam bertujuan untuk memberikan pengetahuan asas dan pengalaman praktikal dalam dagangan produk derivatif Malaysia sepenuh masa. Keseluruhan kursus akan dikendalikan oleh pedagang profesional berpengalaman dari Synergy Link Capital Sdn Bhd, yang juga merupakan Peserta Bersekutu berdaftar (Associate Participant) di Bursa Malaysia Derivatives. Program ini juga berhasrat membentuk generasi baru dalam pasaran derivatif profesional.

Jangan risau, tidak perlu ada pengalaman. First time nak cuba juga tiada masalah. 

Permohonan terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang sekurang-kurangnya ada diploma dan minat untuk belajar. Asalkan ada minat dan kesungguhan untuk belajar!

Graduan yang baru habis belajar (fresh graduates) atau sedang mencari peluang pekerjaan pun digalakkan untuk memohon!

Apa Yang Anda Akan Belajar Daripada Program FTAP?

Program selama dua minggu nanti akan dijalankan oleh pedagang profesional berpengalaman. Program ini dirancang dengan teliti untuk memberikan pengetahuan asas kepada perantis FTAP tentang cara berdagang sepenuh masa dalam pasaran derivatif Malaysia yang dinamik.

1. Classroom Training

Tarikh: 4 dan 5 November 2023

Perantis FTAP akan mempelajari konsep perdagangan derivatif dalam dua hari sesi latihan kelas ini.

2. Bursa Trading Arcade

Tarikh: 6 hingga 17 November 2023

Bursa Trading Arcade dilengkapi dengan teknologi perdagangan yang canggih dan kemudahan yang membolehkan perantis FTAP berlatih dan berdagang di platform simulasi selama 10 hari.

Cara Mohon dan Yuran Penyertaan

Untuk memohon pun mudah sahaja, cuma perlu ikut langkah-langkah di bawah:

Langkah 1: Anda perlu mengikuti dan menyelesaikan siri SIDC Derivatives E-Learning Series (DEL) 

  • Setelah berjaya menyelesaikan DEL, sila e-melkan screenshot penyelesaian DEL kepada penganjur di [email protected], nyatakan nama penuh seperti pada kad pengenalan (NRIC) sebagai bukti penyelesaian DEL. 

Langkah 2: Klik untuk memohon FTAP disini 

Langkah 3: Isi borang permohonan dan jawab penilaian

Langkah 4: Hantar permohonan selewat-lewatnya pada 6 Oktober

Tempat terhad kepada 30 individu sahaja.

Yuran Kursus: RM610 sahaja.

Yuran yang dikenakan adalah yuran yang telah disubsidi. Bayaran biasa untuk program latihan dengan struktur yang serupa yang dijalankan oleh penyedia latihan yang diiktiraf biasanya bermula dari RM20,000. Memang jimat dan berbaloi untuk anda yang nak mulakan perjalanan sebagai pedagang profesional.

Sekiranya permohonan anda untuk FTAP berjaya, penganjur akan menghantar emel pengesahan kepada anda untuk melengkapkan pembayaran yuran.

Setelah menyelesaikan FTAP dengan jayanya, perantis akan diberi pilihan untuk menjadi pedagang profesional secara bebas atau boleh memohon untuk menyertai firma perdagangan propietari.

Jika anda berminat untuk menyertai program ini, sila mohon melalui laman web rasmi FTAP sebelum 6 Oktober 2023:

Klik sini: Nak Sertai FTAP

Semoga berjaya!

Program ini disokong sebahagian oleh Capital Market Development Fund (CMDF) dari tahun 2023 hingga 2026.

Tertakluk kepada terma dan syarat.

Previous ArticleNext Article

FCPO: Trend Menurun Semakin Menguat Semasa Fasa Mendatar

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan yang mendadak pada hari Jumaat lalu apabila jatuh MYR26 untuk
ditutup pada harga MYR4,480. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras harga MYR4,516. Ia kemudiannya mencatat paras tertinggi intrahari pada MYR4,520 sebelum kegiatan penjualan tinggi berlaku dan mengheretnya ke paras terendah sesi tersebut pada MYR4,460. Ia kemudian menutup dagangan pada paras MYR4,480 dengan membentuk corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan bahawa tekanan jualan mendominasi pasaran.

Pergerakan harga ini menunjukkan komoditi sekarang bergerak ke paras sokongan MYR4,390 dan terus-menerus ditutup di bawah garisan SMA 50 hari. RSI juga masih berada jauh dalam zon menurun yang menandakan rentak menurun adalah kuat dan mungkin akan berlarutan. FCPO sekarang dijangka akan menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,390. Kami bertindak mengekalkan bias dagangan negatif kerana mereka yang menantikan penurunan harga jelas mempunyai kawalan.

Para pedagang disarankan untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi tetap kukuh berada pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama ialah MYR4,390 dan diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sekarang berada pada MYR4,600 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,700.