Tiada Lagi Bursa Station. Antara ShareInvestor Webpro vs Station – Yang Mana Satu Untuk Saya?

Ada yang tengah mencari-cari Trading Software terbaik untuk digunakan ketika nak jual beli saham? Masih keliru saham apa nak beli?

  • Ada 808 saham patuh syariah, mana satu nak beli ni?
  • Bila masa terbaik untuk beli saham?
  • Sering tersalah beli di puncak?
  • Masih harapkan Buy Call daripada berpuluh-puluh group yang anda join?

Mesti pernah dengar Bursa Station dan ShareInvestor Station kan? Dan kini anda pening kepala nak melanggan yang mana satu?

Sebelum itu, buat pengetahuan anda Bursa Station sudah ditamatkan perkhidmatannya mulai 1 November 2023 lalu. Ciri-ciri (features) Bursa Station telah diserap ke platform ShareInvestor (SI). ShareInvestor kini fokus kepada dua platform analitik data pasaran iaitu ShareInvestor Webpro (SI Webpro) dan ShareInvestor Station (SI Station).

Semestinya, fungsi SI Station telah ditambah baik daripada fungsi sedia ada pada Bursa Station. SI Webpro pula sesuai untuk pelabur yang hanya perlukan beberapa ‘tool’ analitik pasaran sahaja dan mahukan langganan yang lebih murah.

Sekiranya anda hanya ingin melanggan data pasaran Malaysia pun boleh. Anda boleh pilih untuk melanggan data pasaran Malaysia sahaja atau pakej data pasaran Malaysia dan pasaran global antaranya seperti Singapura, Hong Kong dan US.

Bursa Station Dan ShareInvestor Dimiliki Owner Yang Sama

Kalau nak tahu, kedua-dua Bursa Station dan ShareInvestor adalah merupakan sebahagian daripada SPH Digital yang berpangkalan di Singapura. Patutlah dia punya ‘look and feel’ nampak macam sama, pemilik yang sama rupanya. Entah-entah developer yang sama juga yang membangunkan kedua-dua sistem ini.

SPH Digital juga memiliki jenama-jenama popular seperti berikut, ada yang online dan ada juga yang offline.

Eh, Berita Harian pun ada? The Straits Times? Jap, ini versi Singapura ya, tak sama dengan yang di Malaysia punya.

Jom kita tengok ciri-ciri yang terdapat dalam kedua-duanya terlebih dahulu:

1. ShareInvestor Webpro

2. ShareInvestor Station

Perbezaan ShareInvestor Webpro Dan ShareInvestor Station

Sekarang kita pergi pula kepada perbezaan di antara SI Webpro dengan SI Station. Dengan menggunakan carta ciri-ciri seperti di atas, kita letakkannya sebelah menyebelah.

Selain itu, kena ingat yang SI Webpro menggunakan Internet Browser, jadi tidak perlu nak muat turun perisian tambahan (software) ke dalam komputer. Manakala SI Station hanya boleh digunakan di platform Windows sahaja dan harus dimuat turun.  

Kelebihan SI Station

Kita boleh lihat bagaimana SI Station mempunyai banyak kelebihan daripada segi:

  • Market Data (Equities dan Derivatives)
  • Carta (Dynamic TA Charts, Customisable Indicator Database, Indicator Formula Editor, Enhanced Drawing Tools, Performance Comparison of Counters, Candlestick Pattern Recognition, News on Chart dan Trade Summary Charts)
  • Prices (Market Depth for Malaysia & Singapore, Price Spread Calculator dan Dynamic Data Exchange (DDE))
  • Custom Layout (Flexible Windows Layout and Customisable Views)
  • Alerts (Alert by ShareInvestor Station)

Berbaloi jugalah untuk kita bayar lebih untuk ShareInvestor Station, dapat banyak kelebihan seperti yang dinyatakan di atas. Senang cerita, apa yang SI Webpro, SI Station ada, ditambah lagi dengan kelebihan yang dinyatakan di atas.

Saya Nak Langgan!

Langgan SI Webpro atau SI Station (pasaran Malaysia) di sini >> Share Investor Webpro / Station (MY)

Langgan SI Webpro atau SI Station (pasaran Malaysia & Global) di sini >> Share Investor Webpro / Station (MY/Global)

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.