Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Januari 2024

Tahun yang baru dan sudah tentu setiap pelabur juga mempunyai azam yang baru. Adakah mendapat keuntungan yang konsisten di pasaran saham merupakan salah satu azam baru anda? 

Sekiranya benar, kami juga berharap anda akan berjaya mencapai azam baru anda pada tahun ini.

Meskipun bulan Januari 2024 agak menggegarkan pasaran saham dengan kejatuhan saham-saham berwajaran kecil sehingga menimbulkan panik dalam kalangan para pelabur, namun ia tidaklah bermakna tiada langsung saham yang mencatatkan kenaikan pada bulan lepas.

Sebelum itu, mari kita lihat prestasi indeks FBM KLCI yang menghimpun 30 saham terbesar di Bursa Malaysia.

FBM KLCI

Indeks KLCI telah berjaya melepasi paras 1,500 mata di penghujung bulan Januari 2024. Saham-saham yang membentuk indeks FBM KLCI nampaknya semakin mengukuh dan semakin menarik minat pelabur tempatan dan asing.

Gambar: TradingView

Namun, adakah saham indeks FBM KLCI antara 10 saham yang merekodkan kenaikan tertinggi bagi bulan Januari 2024?

Mari kita lihat 10 saham yang berjaya merekodkan kenaikan tertinggi bagi bulan Januari 2024.

1. Uzma Berhad

Uzma Berhad merupakan saham yang paling untung bagi bulan Januari 2024. Harga saham ini pada 2 Januari 2024 hanya RM0.750 seunit, pada 31 Januari 2024, harga saham ini naik sehingga RM1.18 seunit. 

Dalam tempoh sebulan, saham ini telah membuat kenaikan sebanyak RM0.430 atau sebanyak 57.33%.

2. Eastern & Oriental Berhad

Saham kedua yang membuat kenaikan tertinggi bagi bulan Januari 2024 adalah Eastern & Oriental Berhad yang membuat kenaikan sebanyak 55.65%.

Dalam tempoh sebulan saham ini telah naik sebanyak RM0.320.

3. Malaysian Resources Corporation Berhad

Saham Malaysian Resources Corporation Berhad berjaya membuat kenaikan sebanyak RM0.205 atau 46.07% pada bulan Januari 2024 lalu menempatkannya antara saham paling untung bagi bulan tersebut.

4. Eng Kah Corporation Berhad

Di tempat keempat pula adalah Eng Kah Corporation Berhad. Walaupun saham ini mungkin tidaklah dikenali ramai namun saham ini masih mampu membuat kenaikan sebanyak RM0.175 atau 46.05%.

5. Industronics Berhad

Saham seterusnya yang berjaya berada di tempat kelima adalah Industronics Berhad yang membuat kenaikan sebanyak RM0.015 atau 33.33%. Saham ini merupakan saham penny dan harga sahamnya yang sangat murah membolehkan saham ini meningkat dengan banyak bagi perubahan setiap sen.

6. Perdana Petroleum Berhad

Perdana Petroleum juga antara saham sektor minyak dan gas yang berjaya membuat kenaikan yang agak baik pada bulan Januari 2024. Saham ini naik sebanyak RM0.065 atau 32.50%. 

7. Sunway Berhad

Harga saham Sunway Berhad pada awal Januari 2024 ialah RM2.06 seunit dan mengakhiri bulan Januari 2024 pada harga RM2.68 seunit.

Untuk Januari 2024, saham ini telah membuat kenaikan harga sebanyak RM0.620 atau 30.10%.

8. Dayang Enterprise Holdings Berhad

Dayang Enterprise Holdings Berhad tidak kurang hebatnya kerana berjaya membuat kenaikan sebanyak RM0.440 atau 27.33% dalam tempoh sebulan.

9. Wasco Berhad

Wasco Berhad berada di tempat kesembilan. Ia bermula dengan RM1.00 pada 2 Januari 2024 dan ditutup pada RM1.25 pada 31 Januari 2024. Kenaikan sebanyak RM0.25 menjadikan Wasco naik sebanyak 25%.

10. Sime Darby Property Berhad

Sime Darby property Berhad membuat kenaikan sebanyak RM0.150 atau 24.19% sepanjang bulan Januari 2024.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.