Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Jun 2024

Sebelum kita melihat senarai saham patuh syariah paling untung Jun 2024, mari lihat beberapa perkara yang telah terjadi sepanjang Jun 2024.

Antara yang berlaku adalah Serba Dinamik telah dinyahsenarai dari Bursa Malaysia pada 5 Jun 2024.

Saham ini sememangnya menjadi kenangan buruk bagi ramai pelabur yang telah mengalami kerugian daripadanya. Ramai juga yang tidak berjaya menjualnya kerana saham ini telah digantung sejak 18 Januari 2023 dan akhirnya telah dinyahsenarai dari Bursa Malaysia.

Indeks FBM KLCI

Sumber: TradingView

Indeks FBM KLCI pula susut sebanyak 0.37% pada bulan Jun 2024. KLCI dibuka pada 1595.94 pada awal bulan dan ditutup pada 1590.09 pada hari terakhir dagangan bulan Jun 2024.

Berikut merupakan senarai 10 syarikat saham patuh syariah yang paling untung untuk bulan Jun 2024.

1. Cabnet Holdings Berhad

Sumber: Bursa MarketPlace

Cabnet Holdings merupakan saham patuh syariah paling untung bagi bulan Jun 2024. Ia telah berjaya mencatatkan kenaikan 133.33% dan ditutup pada RM0.56 pada 28 Jun 2024. Saham ini dilihat tidak mempunyai volume yang tinggi untuk sekian lama namun kini telah menunjukkan minat dari pelabur sejak kebelakangan ini.

2. Nova MSC Berhad

Sumber: Bursa MarketPlace

Nova MSC Berhad pula mencatatkan kenaikan hampir 100% pada bulan Jun 2024, iaitu sebanyak 95.45%. Walaubagaimanapun, saham ini bukanlah saham yang baik dari sudut fundamental kerana telah mencatatkan kerugian untuk 5 tahun berturut-turut.

3. Jati Tinggi Group Berhad

Sumber: Bursa MarketPlace

Jati Tinggi mempamerkan kenaikan yang baik pada bulan Jun 2024 iaitu sebanyak 79.37%. Kenaikan ini didorong oleh kejayaan syarikat ini mendapat kontrak daripada TNB. Kontrak tersebut dilaporkan sekitar RM25.55 juta. 

Tidak lupa juga pada bulan Mac yang lalu, Jati Tinggi melalui anak syarikatnya juga berjaya mendapat kontrak bernilai RM22.06 juta bagi projek kabel bawah tanah untuk sebuah pusat data di selatan tanah air.

4. ATA IMS Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Ataims Berhad pula telah membuat kenaikan sebanyak 73.21%. Saham ini bermula dengan RM0.28 di awal bulan dan ditutup pada RM0.485 pada hujung bulan Jun 2024.

5. Hextar Capital Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Hextar Capital Berhad, dahulunya dikenali sebagai Opcom Holdings telah naik 22 sen atau 62.86% bagi bulan Jun 2024.

6. YGL Convergence Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Di kedudukan ke-6, YGL telah meningkat dari RM0.155 ke RM0.245 dalam tempoh sebulan dan naik sebanyak 58.06%.

7. K-One Technology Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Saham yang pernah menjadi sensasi ketika pandemik Covid-19 pada tahun 2020, akhirnya muncul semula dengan minat belian yang lebih tinggi bagi bulan Jun 2024. Saham ini telah berjaya merekodkan kenaikan sebanyak 54.29%.

8. WCT Holdings Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

WCT juga tidak ketinggalan dari senarai saham paling untung bulan Jun. WCT dilihat telah berjaya menarik minat pelabur setelah kejayaan saham ini mendapat projek meluaskan lebuh raya PLUS yang bernilai RM250 juta. Projek ini akan mengambil masa 36 bulan untuk siap dan dijangka akan membantu dalam penyata kewangan WCT.

Saham ini telah berjaya merekodkan kenaikan sebanyak 47.46% sepanjang bulan Jun.

9. Notion Vtec Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Notion Vtec, saham yang telah naik banyak pada tahun ini kerana pemangkin pusat data memainkan peranan penting dalam kenaikan saham-saham di Bursa Malaysia. Pada bulan Jun 2024, saham ini naik 33.99%.

Hong Leong Investment Bank (HLIB) mula membuat liputan bagi saham ini. Ia berkata syarikat berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan trend utama ini iaitu:

  1. meningkatkan penggunaan AI; 
  2. kemajuan dalam kapasiti storan cakera; 
  3. kepelbagaian pembuatan global;
  4. kebangkitan semula sektor elektrik dan elektronik

Baca: [The Edge] HLIB starts coverage on Notion, target price RM3.28

10. Sealink International Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Di tempat kesepuluh, Sealink merekodkan peningkatan sebanyak 21.05% dalam tempoh sebulan. Saham ini telah naik sebanyak 6 sen bagi bulan Jun 2024.

Kesimpulan

Meskipun indeks menurun secara keseluruhan, namun masih banyak saham yang berjaya mencatatkan peningkatan pada bulan Jun 2024. Para pelabur boleh terus mencari peluang dalam sektor-sektor yang berpotensi.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Minat Nak Jadi Remisier? Begini Caranya

Sebelum ini kami ada cerita serba sedikit tentang Best Ke Jadi Remisier? Kita dapat tahu kelebihan menjadi seorang remisier, selain daripada berkongsi ilmu dapat juga menjana pendapatan yang lumayan.

Malah Master Yus yang dahulunya dikenali sebagai seorang perempit di litar bursa, kini telah maju selangkah lagi untuk menjadi seorang remisier. Ikuti kisah beliau yang penuh inspirasi di Kisah Perempit Di Litar Bursa Kepada Seorang Remisier.

Berminat untuk menjadi remisier? Langkah pertama adalah memahami keperluan pelesenan, kelayakan dan peperiksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Eh, nampak macam mudah je kan? Mesti kacang putih punya.

Berkenalan Dengan Suruhanjaya Sekuriti Terlebih Dahulu

Untuk menjadi seorang remisier, kita perlu tahu dulu siapa itu Suruhanjaya Sekuriti. Kalau berkaitan bank, simpanan dan takaful kita ada Bank Negara Malaysia (BNM), kalau berkaitan bank pelaburan dan pelaburan pula kita ada Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission (SC).

Siapakah Securities Commission (SC)?

Sumber gambar: The Malaysian Reserve

Untuk itu, kita rujuk kepada laman web SC untuk tahu lebih lanjut:

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:

  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
  • Meluluskan terbitan bon;
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
  • Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.

Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.

Perhatikan tiga point yang terakhir tersebut, betapa pentingnya SC menitikberatkan bab lesen di dalam industri pelaburan di Malaysia.

Aktiviti Yang Memerlukan Lesen Di Malaysia

Sumber: Licensing Handbook mukasurat 10 – fail PDF

Tengok betul-betul lapan aktiviti yang digariskan oleh SC seperti di atas. Nak berurusan dengan sekuriti (saham, waran, REIT, ETF dan bon) kita kena jadi seorang remisier yang berdaftar dengan SC. Nak jual unit trust atau amanah saham pun kena daftar juga tau. Kalau nak promote dan jual Skim PRS atau Private Retirement Scheme pun kena daftar dengan SC.

Ada Syarat Nak Jadi Remisier?

Ya, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi remisier atau wakil berlesen bagi aktiviti dealing in securities.

Antara syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah:

  1. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
  2. Memenuhi kriteria fit and proper yang ditetapkan oleh SC.
  3. Memenuhi keperluan kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang berkaitan.
  4. Lulus kombinasi modul peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan bagi aktiviti dealing in securities.

Untuk mengetahui kombinasi modul peperiksaan yang diperlukan, anda boleh merujuk kepada panduan modul peperiksaan CMSRL mengikut aktiviti.

Nota: Panduan modul peperiksaan ini disediakan oleh SIDC Prep, sebuah platform persediaan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Maklumat ini disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Calon hendaklah merujuk kepada sumber rasmi SC bagi mendapatkan keperluan pelesenan terkini.

Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan pelesenan boleh dirujuk dalam Licensing Handbook Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Untuk memohon lesen sebagai wakil berlesen dalam aktiviti dealing in securities, calon perlu memenuhi kriteria kelayakan akademik, pengalaman dan kompetensi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Bagi keperluan peperiksaan, calon perlu lulus kombinasi modul SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan, antaranya:

  • Modul 6 dan Modul 7
  • Modul 6 dan Modul 18
  • Modul 7 dan Modul 17
  • Modul 17 dan Modul 18

Keperluan sebenar tertakluk kepada kategori aktiviti terkawal dan kriteria pelesenan semasa SC. Calon disarankan merujuk Licensing Handbook terkini sebelum membuat permohonan.

Nak Jadi Remisier? Ini Modul Peperiksaan SCLE Yang Perlu Anda Lulus

Kebanyakan calon yang ingin menjadi remisier memilih untuk mengambil Modul 6 dan Modul 7. Tetapi, apakah yang dipelajari dalam kedua-dua modul ini?

Modul 6 – Stock Market and Securities Law (Pasaran Saham dan Undang-undang Sekuriti)

Modul 7 – Financial Statement Analysis and Asset Valuation (Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset)

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk calon warganegara Malaysia, termasuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Calon boleh merujuk laman rasmi SIDC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai struktur yuran, bahan pembelajaran dan peperiksaan.

Dah Pergi Kelas, Ambil Peperiksaan Pula

Selepas mengikuti kelas persediaan dan membuat ulang kaji, calon perlu menduduki peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) bagi modul yang ditetapkan.

Kedua-dua Modul 6 dan Modul 7 mengandungi 60 soalan objektif (Multiple Choice Questions atau MCQ) yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit.

Dengan markah lulus sebanyak 60%, calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 36 daripada 60 soalan dengan betul untuk lulus peperiksaan bagi setiap modul.

Walau bagaimanapun, calon disarankan menyemak format dan struktur peperiksaan terkini melalui laman rasmi SIDC sebelum menduduki peperiksaan.

Yuran Peperiksaan

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul, untuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Struktur yuran ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027. Oleh itu, calon perlu mengambil kira kos peperiksaan bagi setiap modul sebelum membuat persediaan untuk mendapatkan lesen dalam industri pasaran modal.

Sumber rasmi: SIDC – The SC Licensing Examinations

Senang Ke Nak Lulus?

Prestasi kelulusan berbeza mengikut modul dan tahun. Calon boleh meneliti kadar kelulusan terdahulu sebagai salah satu rujukan untuk merancang persediaan peperiksaan.

Sumber: Kadar kelulusan mengikut modul, 2015–2024

Nota: Maklumat kadar kelulusan peperiksaan ini dirujuk daripada SIDC Prep, sebuah laman latihan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Data disediakan untuk tujuan maklumat dan rujukan sahaja

Didoakan supaya anda berjaya menjadi seorang remisier, dan menjadi seorang pendidik bagi membantu lebih ramai orang terbuka mata tentang pelaburan saham patuh syariah di Malaysia.

Memang nampak macam senang, tetapi realitinya kita perlu bersabar kerana ianya mengambil masa beberapa bulan juga, daripada saat pergi ke kelas, belajar daripada buku, ambil exam olok-olok, ambil exam sebenar, dan akhirnya dapat sijil mengatakan “Tahniah, Anda Lulus”!

Soalan Lazim Tentang Cara Menjadi Remisier

1. Berapa umur minimum untuk menjadi remisier?

Calon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memenuhi syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

2. Adakah wajib lulus Modul 6 dan Modul 7?

Tidak semestinya. Terdapat beberapa kombinasi modul SCLE yang dibenarkan bagi aktiviti dealing in securities, tertakluk kepada keperluan pelesenan SC.

3. Berapakah yuran peperiksaan SCLE pada tahun 2026?

Bagi calon warganegara Malaysia, yuran peperiksaan ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk tempoh 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027.

4. Berapa soalan dalam peperiksaan Modul 6 dan Modul 7?

Setiap modul mengandungi 60 soalan objektif yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit. Markah lulus ialah 60%, bersamaan sekurang-kurangnya 36 jawapan betul.

5. Berapa lama masa diperlukan untuk menjadi remisier?

Tempoh bergantung kepada persediaan calon, jadual peperiksaan, kelulusan modul dan proses permohonan lesen. Tiada satu tempoh tetap yang terpakai kepada semua calon.