4 Cara Untuk Mengesan Gaji Anda Cukup Atau Tidak

Pastinya ada segelintir di antara kita yang kurang berpuas hati dengan gaji yang diterima setiap bulan kerana merasakan ianya tidak mencukupi. Ada pula yang berusaha untuk melakukan kerja part-time dan berniaga kecil-kecilan untuk menambah pendapatan.

Berikut adalah 4 cara untuk mengetahui sama ada gaji yang diterima setiap bulan adalah mencukupi ataupun tidak.

1. Jumlah Simpanan

Gaji yang diterima bukan sahaja digunakan untuk perbelanjaan sahaja tetapi kita perlu membuat simpanan juga. Mengikut statistik, 75% daripada rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan walaupun hanya RM1,000.

Ini menunjukkan bahawa ramai di kalangan kita tidak mampu untuk menyimpan kerana gaji yang sedikit. Sepatutnya kita kena berusaha untuk menyimpan 10% daripada gaji bulanan, selebihnya baru digunakan untuk perbelanjaan.

2. Terpaksa Meminjam

Walaupun anda sudah mempunyai gaji setiap bulan, tetapi anda masih meminjam duit dari kawan-kawan ataupun ahli keluarga untuk mencukupkan perbelanjaan. Ini juga merupakan salah satu tanda terbesar bahawa gaji anda masih tidak cukup.

Elakkan diri daripada meminjam dengan orang lain lebih-lebih lagi ahli keluarga sendiri. Ini bakal membuatkan anda berada di zon yang selesa. Ada baiknya jika anda mengurangkan komitmen anda dan mengawal hawa nafsu daripada terpaksa berhutang dengan orang lain.

3. Tiada Duit Untuk Ibu Bapa

Adakah dengan gaji bulanan tersebut anda telah mampu untuk memberikan duit kepada orang tua anda? Jika tidak mampu, ini menandakan gaji anda hanya mencukupi untuk diri sendiri, belum mampu untuk beri kepada ibu bapa anda yang banyak berkorban untuk anda.

Percayalah bahawa dengan sedekah kepada ibu bapa kita, kehidupan kita akan menjadi lebih berkat dan rezeki akan bertambah.

4. Gagal Beli Rumah

Sekiranya anda telah bekerja untuk tempoh masa yang lama tetapi masih belum mampu untuk memiliki rumah sendiri, ini juga adalah petanda bahawa gaji anda sebenarnya tidak mencukupi. Ianya berkait rapat dengan perkara pertama tadi iaitu anda masih gagal untuk mempunyai simpanan sendiri.

Apabila anda tidak mempunyai simpanan, bermakna agak sukar untuk anda membeli rumah. Ini kerana nak beli rumah perlukan komitmen berpuluh-puluh tahun lamanya.

Kesimpulannya, anda mempunyai pilihan sama ada untuk kurangkan perbelanjaan atau tingkatkan pendapatan. Nak pilih yang mana?

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, terkini kami berjaya terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA