[Tutorial] Cara Melabur Emas Secara Online Di Bursa Gold Dinar

Adakah anda perasan yang sering terjadinya kekecohan di dada akhbar serta laman media sosial berkenaan dengan isu syarikat pengedar jongkong emas di negara ini? Daripada kecoh-kecoh terhadap sesuatu yang kurang pasti, mungkin adalah lebih baik sekiranya anda ingin melabur di dalam emas tetapi mencari platform yang sah serta selamat. 

Kebetulan pula Bursa Malaysia memang telah melancarkan Bursa Gold Dinar.

Apa Itu Bursa Gold Dinar?

Bursa Gold Dinar merupakan platform untuk anda beli dan jual emas 999.9/24k. Anda juga boleh menebus emas tersebut dalam bentuk fizikal iaitu syiling dinar emas. Untuk menebus emas tersebut, anda perlu membeli sekurang-kurangnya 4.25 gram emas melalui platform tersebut. Setelah pelaburan anda cukup 4.25 gram barulah anda boleh menebusnya. Jika tak nak tebus dan nak tambah pelaburan pun boleh. 

Anda tidak perlu membuka akaun CDS untuk mula melabur emas di platform ini, kerana produk ini bukan pelaburan ekuiti/saham di pasaran Bursa Malaysia.

Semasa membuat penebusan, pastikan anda meletak alamat yang betul serta pastikan anda mempunyai duit dalam platform yang cukup untuk menampung kos penghantaran, takaful dan pencetakan. 

Penghantaran syiling emas mengambil masa 5 hari bekerja untuk penghantaran ke Semenanjung Malaysia dan 7 hari bekerja ke Sabah dan Sarawak.

Jangan risau kerana platform ini adalah patuh syariah.

Laman Sesawang Bursa Malaysia (Bursa Gold Dinar)

Maklumat mengenai Bursa Gold Dinar boleh didapati di laman sesawang Bursa Malaysia, anda akan melihat paparan utama seperti di bawah. Satu perkara yang menarik adalah anda dapat melihat harga emas secara “live”.  Harga tersebut akan dipaparkan dalam Ringgit Malaysia bagi setiap gram emas. 

Apa yang menariknya adalah anda boleh mengetahui berapa gram emas yang anda akan miliki berdasarkan jumlah modal yang ingin dilabur. Masukkan sahaja jumlah tersebut dan anda kuantiti atau berat emas tersebut akan dipaparkan.

Sebagai contoh di bawah, sekiranya anda mempunyai RM1,000 anda akan menerima 3.2076 gram emas. Ia adalah berdasarkan harga semasa pada ketika itu iaitu RM311.76/g.

Untuk pengetahuan anda, pelaburan emas melalui Bursa Gold Dinar ini boleh dilakukan serendah RM10.

Slogan yang digunakan juga amat menarik iaitu ‘Invest Digitally, Own Physically’ yang bermaksud pelaburan boleh dibuat secara digital dan anda boleh memilikinya secara fizikal.

Sekarang persoalannya bagaimana nak bermula?

Untuk mula melabur emas melalui Bursa Malaysia, anda perlu memuat turun aplikasi Bursa Gold Dinar sama ada di Apple Store mahupun Google Play.

Muat Turun & Daftar Akaun Bursa Gold Dinar

Langkah 1: Mula-mula sekali anda kena muat turun aplikasi ‘Bursa Gold Dinar.’

Langkah 2: Klik ‘Let’s Get Started’ untuk daftar akaun.

Langkah 3: Masukkan maklumat diri.

Langkah 4: Anda akan terima 6 digit OTP di telefon anda. Masukkan 6 digit tersebut dan klik ‘Verify’.

Langkah 5: Daftar akaun anda dengan menetapkan emel serta kata laluan.

Langkah 6: Tandakan kotak terma & syarat. Kemudian klik ‘Submit’ untuk menghantar permohonan mendaftar akaun.

Langkah 7: Satu emel akan dihantar ke emel anda. Pergi ke emel anda dan aktifkan akaun anda.

Langkah 8: Log masuk ke akaun anda dengan menggunakan alamat emel serta kata laluan yang telah ditetapkan tadi.

Nak mula menyimpan emas di Bursa Gold Dinar (BGD)?
Guna referral code
[ KHAIR899115 ]
Anda akan dapat 0.02g emas bila buat pembelian pertama RM100 dan yang kami juga dapat 0.01g emas. Win-win, start simpan emas terus dapat bonus. Terima kasih!

Apple Store: https://apps.apple.com/my/app/bursa-gold-dinar/
Google Play: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.bursamalaysia.BGD

Langkah 10: Klik CASH WALLET > Upgrade Account dan dengan memasukkan nombor telefon.

Langkah seterusnya adalah proses KYC (muat naik kad pengenalan dan rakam video).

Tahniah! anda sudah boleh mula membeli dan menjual emas secara digital.

Kalau anda terlepas masukkan referral code semasa daftar, jangan risau, anda masih boleh claim.
Cuma pergi ke More > Rewards dalam aplikasi Bursa Gold Dinar (BGD) tadi dan masukkan kod NURS17324 di situ. Jangan lupa top up minimum RM100 dan dapat 0.02g emas sebagai ganjaran bila buat pembelian pertama.

Boleh teruskan menonton video tutorial cara beli dan jual emas di Bursa Gold Dinar.

Cara Tebus Dinar Fizikal Bursa Gold Dinar

4.25g emas 999.9, boleh ditebus dengan cara mudah melalui aplikasi Bursa Gold Dinar. – Foto Bursa Malaysia

1) Kumpul emas sampai cukup minimum

Untuk layak tebus syiling emas fizikal, anda perlu ada sekurang-kurangnya 4.25 gram emas dalam akaun Bursa Gold Dinar.

2) Pergi menu “Redeem / Penebusan”

Dalam aplikasi, pilih fungsi penebusan untuk tukar pegangan emas digital anda kepada syiling dinar fizikal.

3) Isi alamat penghantaran yang betul

4) Pastikan ada duit cukup untuk kos penebusan

Selain jumlah gram emas, anda juga perlu ada baki duit untuk cover kos berkaitan seperti:

  • kos penghantaran (courier) – RM10 satu kotak (hingga 100g)
  • takaful/insurans penghantaran – RM13.00 per syiling
  • kos pencetakan/minting syiling – RM73.40 per syiling

Nota: Kos-kos ini mungkin tertakluk kepada pengecualian dari semasa ke semasa. Sila rujuk FAQ Bursa Gold Dinar untuk pengesahan maklumat terkini.

5) Tunggu penghantaran

Anggaran masa penghantaran: ± 5 hari bekerja (Semenanjung Malaysia), ± 7 hari bekerja (Sabah & Sarawak)

Buyback: Boleh jual balik dinar fizikal?

Ya, boleh.
Anda boleh menjual semula syiling Bursa Gold Dinar yang telah ditebus kepada rakan buyback rasmi mereka, Pos ArRahnu.

Namun sebelum buyback dilakukan, pihak Pos ArRahnu akan:

  1. Semak nombor siri (serial number) pada dinar tersebut
  2. Periksa keadaan syiling
  3. Pastikan tiada gangguan/kerosakan pada security packaging
  4. Tentukan nilai buyback berdasarkan harga emas pasaran semasa

Jadi kalau anda nak simpan emas secara digital tanpa hilang pilihan untuk pegang emas fizikal, Bursa Gold Dinar boleh jadi salah satu alternatif yang menarik. Boleh tebus, dan ada saluran jual balik (buyback) yang jelas.

BGD Ada “Exchange” Macam Pasaran Saham

Salah satu kelebihan utama BGD ialah ada fungsi Exchange iaitu sebuah marketplace di mana pemegang akaun BGD boleh buat beli dan jual sesama pengguna (buyer vs seller).

BGD juga akan meletakkan system order (automatik) yang dikemaskini setiap minit untuk memastikan pasaran sentiasa ada aktiviti. Waktu dagangan pula panjang iaitu 8:30 pagi hingga 11:50 malam (Isnin–Jumaat, tidak termasuk cuti umum). Dalam Exchange ini, pengguna boleh lihat harga order book (senarai order beli/jual yang sedang menunggu), high/low harian, last done (harga transaksi terakhir yang berjaya berlaku), serta transaksi terkini. Proses padanan dibuat ikut prinsip price-time priority (harga terbaik dan yang masuk awal akan diutamakan).

Penafian: Perbincangan mengenai emas dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukan nasihat kewangan atau pelaburan yang diperibadikan. Pelaburan emas – sama ada dalam bentuk emas fizikal, akaun emas, ETF atau dana berkaitan emas – tertakluk kepada risiko pasaran dan turun naik harga. Nilai pelaburan anda boleh naik dan boleh juga turun, dan sebarang pulangan tidak dijamin. Sebelum melabur, pembaca digalakkan memahami struktur produk, kos terlibat (spread, caj pengurusan, caj jual beli) dan mendapatkan nasihat daripada pihak berlesen jika perlu.

Terima kasih kepada anda yang menyokong kami selama ini. Hari-hari kami bersemangat nak sebarkan ilmu tentang kewangan dan pelaburan.

Kami sedar yang majoriti pembaca kami adalah anak-anak muda yang tercari-cari panduan bagaimana untuk mula melabur. Jadi buku ini sangat sesuai bagi newbie yang nak mulakan langkah pertama.

Anda ada soalan-soalan berikut yang memerlukan jawapan?

  • Ada duit tapi tak tahu nak melabur di mana?
  • Nak melabur tapi takut kena tipu dengan scammer?
  • Bagaimana nak tahu sesuatu pelaburan itu adalah patuh Syariah atau tidak?
  • Ada banyak sangat jenis pelaburan dekat luar sana, apa yang paling sesuai dengan jiwa?
  • Dalam suasana ekonomi yang tak menentu, apakah pelaburan ‘safe haven’ yang menjadi pilihan?
  • Pelaburan tanpa tunai tu macam mana?
  • Soalan-soalan lazim berkenaan pelaburan

Jika ya, maka anda perlu miliki buku Buku Malaysia Melabur : 10 Benda Kita Kena Tahu.

Buku Malaysia Melabur juga telah berada dalam senarai MPH Best 2020 dalam kategori MPH Best Malay Non-Fiction 2020.

Sesungguhnya kami bersyukur diberi peluang oleh Allah untuk berubah menjadi lebih baik dan mendapat rezeki seperti yang diidamkan. Kami doakan semoga tuan puan juga dilimpahi rezeki yang penuh keberkatan.

Boleh miliki buku ini secara online di Shopee

Previous ArticleNext Article

LONGPORT Whale Memasuki Pasaran Malaysia Dengan Infrastruktur Dagangan Generasi Baharu Untuk Broker Tempatan

KUALA LUMPUR, 5 Mei 2026 — LONGPORT Whale, penyedia infrastruktur dagangan sekuriti berasaskan AI-Ready, sedang memasuki pasaran Malaysia sempena Bursa Malaysia Stockbroking Trade Fair 2026. Langkah ini dibuat ketika Pelan Induk Pasaran Modal Malaysia 2026–2030 (CMP4) terus memberi tumpuan kepada broker tempatan untuk memodenkan sistem teras, dengan keseimbangan antara pengalaman pelabur, pematuhan kawal selia, dan ketahanan operasi secara serentak.

Syarikat broker di Malaysia semakin berdepan cabaran yang lebih besar daripada sekadar naik taraf bahagian hadapan sistem. Seni bina legasi sukar untuk menyaingi jangkaan pelabur digital, peningkatan standard keselamatan siber, serta keperluan pengembangan merentas pelbagai pasaran secara serentak. Bagi kebanyakan broker, persoalannya bukan lagi sama ada perlu dimodenkan, tetapi bagaimana melakukannya tanpa menambah kerumitan atau mengganggu kesinambungan operasi yang bergantung kepada pelanggan.

Zhong Hua, Ketua Pegawai Eksekutif LONGPORT Whale berkata, “Infrastruktur dagangan teras mesti menyokong evolusi berterusan — dalam pengalaman pelabur, pematuhan, dan kesiapsiagaan AI — tanpa menambah kerumitan yang tidak perlu. Broker yang menerajui dekad akan datang bukanlah yang mempunyai sistem terbaik hari ini, tetapi yang sistemnya direka untuk terus bertambah baik. LONGPORT Whale bertujuan membawa pengalaman yang telah terbukti di Asia untuk membantu broker Malaysia mencapai keseimbangan tersebut.”

Dibina berasaskan seni bina cloud-native microservices dan dipercayai oleh lebih 100 pelanggan institusi di Asia, platform Whale direka oleh profesional industri dan diperhalusi melalui pengalaman operasi bertahun-tahun. Untuk pasaran Malaysia, ia menangani empat keutamaan: pengalaman dagangan bertaraf terbaik yang telah diuji di pasaran Asia yang kompetitif dan dikawal selia ketat; ketahanan dan prestasi sistem yang dibina untuk skala institusi dengan prestasi tinggi, pengurusan risiko masa nyata, dan kependaman sistem yang rendah; sambungan pasaran global merangkumi Malaysia, Singapura, Hong Kong, Amerika Syarikat, dan Jepun tanpa perlu membina semula sistem; serta seni bina API-first dan data-unified yang menyediakan asas praktikal untuk penerapan AI oleh broker.

Hong Kong dan Singapura, di mana Whale berkhidmat kepada broker dalam talian, firma perbankan tradisional, bank dan institusi pengurusan kekayaan dalam persekitaran kawal selia yang ketat, menjadi rujukan utama bagi pengembangan ke Malaysia. Syarikat itu berkata ia menyasarkan untuk bekerjasama dengan peserta industri tempatan sebagai rakan infrastruktur serta penyumbang kepada perbincangan lebih luas mengenai pemodenan bertanggungjawab di bawah CMP4.

Mengenai LONGPORT Whale

LONGPORT Whale menyediakan infrastruktur dagangan sekuriti bersepadu kepada broker, bank, syarikat dana, pengurus kekayaan dan pejabat keluarga di seluruh Asia. Platform cloud-native ini menyokong dagangan pelbagai pasaran dan pelbagai aset merangkumi aliran kerja front-office, middle-office dan back-office, dengan model pelaksanaan yang direka untuk pematuhan kawal selia dan kebolehskalaan jangka panjang.

Laman web: www.longportwhale.com