Old Money di Malaysia: Trend Influencer atau Warisan Sebenar Yang Ada Di Bursa?

Kebelakangan ini, media sosial penuh dengan trend ‘Old Money’ – gaya hidup ala-ala bangsawan yang tenang, klasik dan tak menunjuk-nunjuk. Tapi hari ini, pempengaruh (influencer) sibuk bergaya dengan pakaian vintaj, warna-warna neutral, lokasi mewah dan gaya yang kononnya melambangkan “kelas” tanpa perlu menunjuk tapi video dan gambar yang dipaparkan adalah sebaliknya. 

Kalau kita perhati betul-betul, trend ‘Old Money yang ada di media sosial ini selalunya lebih kepada penampilan luar dan bukannya nilai sebenar kekayaan yang diwarisi generasi demi generasi. Kenapa? Sebab mereka tidak faham erti sebenar Old Money’ dan kemungkinan besar mereka adalah orang yang sebenarnya ‘No Money’ (tiada duit).

‘Old Money’ bukan sekadar blazer tweed dan foto di kafe vintaj. Ia tentang kekayaan dan pengaruh yang diwarisi dan dijaga oleh keluarga-keluarga yang sudah lama bertapak dalam perniagaan dan ekonomi negara. Keluarga-keluarga ini, walaupun kaya raya, jarang muncul di media sosial atau mempamerkan kekayaan mereka secara terbuka. Apa yang mereka miliki bukan sekadar material tetapi ianya adalah sebuah legasi, warisan nilai, dan komitmen untuk mengekalkan empayar perniagaan yang sudah berdekad-dekad lamanya.

Di Malaysia, ada beberapa keluarga ‘Real Old Money’ yang membina perniagaan mereka dari dahulu dan kini mengukuhkan pengaruh mereka di Bursa Malaysia. Jadi, kalau anda nak tahu siapa contoh sebenar keluarga ‘Old Money, berikut adalah lima keluarga yang benar-benar memiliki legasi kekayaan tujuh keturunan, lengkap dengan syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Jom kenali ‘The Real Old Money’ di Malaysia.

1. Keluarga Kuok – PPB Group Berhad (KLSE: PPB)

Gambar: South China Morning Post

Keluarga Kuok adalah antara keluarga paling terkenal di Malaysia dan Asia, di mana kekayaan mereka bermula dari empayar perniagaan gula yang diasaskan oleh Robert Kuok. Walaupun Robert Kuok sendiri kini menetap di Hong Kong, legasi beliau di Malaysia masih kukuh melalui PPB Group Berhad, yang terlibat dalam agribisnis, hartanah dan pembuatan makanan. PPB juga memiliki pegangan dalam Wilmar International, sebuah syarikat minyak sawit gergasi dunia.

Harga saham terkini PPB adalah RM14.24, menunjukkan sedikit penurunan sebanyak 0.4%. Saham ini mempunyai nisbah harga kepada pendapatan (P/E) sebanyak 13.87 dan menawarkan dividen sebanyak RM0.42 sesaham, dengan hasil dividen sekitar 2.95%, menjadikannya pilihan stabil untuk pelabur yang mencari pendapatan jangka panjang.

2. Keluarga Yeoh – YTL Group

Tan Sri Yeoh Tiong Lay

Keluarga Yeoh, yang diketuai oleh Tan Sri Francis Yeoh, adalah contoh keluarga “old money” yang telah mewarisi dan mengembangkan perniagaan besar. YTL Group, yang diasaskan oleh Tan Sri Yeoh Tiong Lay, adalah konglomerat yang terlibat dalam sektor pembinaan, hartanah, dan tenaga. 

YTL Corporation Berhad, yang tersenarai di Bursa Malaysia, adalah simbol kepada legasi keluarga ini. Seperti keluarga “old money” lain, generasi berikutnya dari keluarga Yeoh telah mengambil alih pengurusan perniagaan, dan mereka terus mengembangkan empayar ini ke peringkat global. Keluarga Yeoh menekankan nilai perniagaan yang mesra alam dan lestari, menjadikan legasi mereka relevan dan terus berkembang dalam era moden.

Saham YTL Corporation Berhad (KLSE: 4677) kini diperdagangkan pada harga RM2.06. Saham ini mempunyai nisbah harga-perolehan (P/E) sebanyak 10.68, dengan pulangan ke atas ekuiti (ROE) sebanyak 13.04%. Syarikat ini memberikan dividen sebanyak 4.5 sen, yang membawa kepada kadar hasil dividen (DY) sebanyak 2.18%.

3. Keluarga Lee – IOI Group

Mendiang Tan Sri Lee Shin Cheng

Keluarga Lee, yang diasaskan oleh Tan Sri Lee Shin Cheng, juga boleh dianggap sebagai ‘Old Money’ moden dalam sektor perladangan dan hartanah. IOI Group, khususnya IOI Corporation Berhad yang tersenarai di Bursa Malaysia, adalah perniagaan keluarga yang telah berkembang dalam sektor minyak sawit dan hartanah. 

Walaupun Tan Sri Lee memulakan perniagaan dari awal, anak-anak beliau kini mengambil alih dan meneruskan legasi ini. Seperti keluarga ‘Old Money’ lain, kekayaan keluarga Lee telah dipindahkan ke generasi seterusnya yang berjaya mengekalkan dan mengembangkan perniagaan keluarga di Malaysia dan luar negara.

IOI Corporation Berhad (KLSE: 1961) sedang diperdagangkan pada RM4.00. Syarikat perladangan ni mencatatkan pulangan ke atas ekuiti (ROE) sebanyak 9.39% dan nisbah P/E 22.66, agak tinggi berbanding pendapatan per saham (EPS) sebanyak 17.65 sen. Dividen per saham (DPS) adalah 9.50 sen, dengan kadar hasil dividen (DY) sebanyak 2.38%.

The Real Old Money

Keluarga-keluarga ini melambangkan konsep ‘Old Money’ di Malaysia – kekayaan yang diwarisi dari generasi ke generasi, dengan nilai dan legasi perniagaan yang terus dikekalkan dan berkembang. Walaupun setiap keluarga ini mempunyai permulaan yang berbeza, mereka berkongsi ciri-ciri kekayaan yang diwarisi dan kejayaan yang bertahan lama. Di Bursa Malaysia, pengaruh mereka bukan sahaja mencerminkan kejayaan keluarga masing-masing, tetapi juga memberi impak besar kepada ekonomi negara.

Yang anda semua nampak di media sosial tu, bukan Old Money, tetapi adalah golongan yang No Money. Sekian.

Nak jadi sebahagian pemilik syarikat ini di Bursa Malaysia? Pastikan ada akaun CDS dahulu.
Baca: Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

FCPO: Lantunan Melawan Arus Namun Trend Menurun Masih Berlangsung

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mencatat lantunan melawan arus trend semalam apabila menaik MYR13 untuk ditutup pada paras MYR4,551. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras lebih rendah iaitu sebanyak MYR4,534. Ia jatuh kepada paras terendah sesi hari itu sebanyak MYR4,528 sebelum minat pembelian yang kuat muncul, lalu membawanya kepada paras tertinggi berjumlah MYR4,580. Akhirnya, ia menutup dagangan berhampiran paras tertinggi berkenaan dan membentuk corak lilin menaik. Pergerakan harga yang positif ini dianggap sebagai lantunan yang melawan arus trend. RSI sekarang semakin meningkat, sekali gus menunjukkan momentum menaik kembali muncul.

Walaupun mengalami kenaikan harga, komoditi ini masih lagi berada di bawah garisan SMA 50 hari, yang mengesahkan bahawa struktur pasaran menurun dalam jangka sederhana masih kuat. Kami ramalkan tekanan jualan akan kembali menghampiri garisan SMA 50 hari sekiranya momentum menaik bertahan. Buat masa sekarang, kami tetap berpegang pada bias dagangan negatif melainkan FCPO melepasi paras MYR4,700.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi kekal kukuh pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sebaliknya berada pada MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,840.