Dalam Sejarah, Pertama Kali Saya Membayar Zakat Saham!

Tahun 2024 mencatatkan satu pencapaian besar dalam hidup saya sebagai seorang pelabur. Untuk pertama kalinya, saya telah membayar zakat saham! Pengalaman ini memberikan makna mendalam dan menyentuh hati kerana ia bukan sahaja mencerminkan perjalanan pelaburan saya, tetapi juga pertumbuhan peribadi saya sebagai seorang Muslim.

Bermula Sejak 2018: Jatuh Bangun Seorang Pelabur

Saya mula belajar tentang saham sejak tahun 2018. Pada mulanya, saya hanyalah seorang pemula yang penuh dengan harapan dan impian besar. Namun, perjalanan ini tidak semudah yang disangka. Banyak kali saya mengalami kerugian, dan salah satu pengalaman paling pahit ialah ketika melabur dalam saham berkaitan Datuk Karim suatu ketika dahulu.

Sepanjang perjalanan ini, saya sudah cuba pelbagai gaya pelaburan antaranya Intraday, ikut Buy Call, suruh remisier trade-kan pun pernah! Namun semuanya menemui jalan buntu.

Saya juga pernah berguru dengan lebih daripada tiga orang guru saham. Setiap daripada mereka memberi pendekatan yang berbeza, namun saya masih tidak menemui rentak sebenar saya.

Tahun 2023 dan 2024: Mencari Siapa Saya dalam Dunia Pelaburan

Selepas bertahun-tahun mencari, saya akhirnya menemui identiti sebenar saya dalam dunia pelaburan – saya seorang pelabur jangka panjang! Tahun 2023 dan 2024 menjadi titik perubahan besar dalam kehidupan pelaburan saya. Dengan strategi yang lebih teratur dan sabar, saya mula melihat keuntungan yang konsisten.

Alhamdulillah, Zakat Saham Pertama

Dengan izin Allah, tahun 2024 mencatatkan keuntungan melebihi 40% daripada modal pelaburan saya. Keuntungan ini melayakkan saya untuk membayar zakat buat pertama kalinya. Ia adalah satu detik yang sangat istimewa kerana ia mencerminkan keberkatan dan kejayaan usaha saya selama ini.

Saya percaya, kejayaan ini bukan hanya hasil daripada usaha saya semata-mata, tetapi juga daripada doa, bimbingan guru-guru, serta sokongan keluarga dan sahabat. Membayar zakat saham memberi saya rasa syukur yang mendalam, kerana saya dapat berkongsi rezeki ini dengan mereka yang memerlukan.

Refleksi dan Inspirasi

Pengalaman ini mengajar saya bahawa kejayaan tidak datang dalam sekelip mata. Ia memerlukan masa, kesabaran, dan usaha yang berterusan. Jika anda seorang pelabur yang masih mencari rentak, jangan berputus asa. Teruskan belajar, cuba pelbagai strategi, dan akhirnya anda akan menemui apa yang sesuai untuk anda.

Dan yang paling penting, jangan lupa untuk bersyukur atas setiap kejayaan yang dicapai. Membayar zakat bukan sahaja satu kewajipan, tetapi juga peluang untuk membersihkan harta dan memperoleh keberkatan.

Sudah-Sudahlah Kena Tipu

Wahai saudara Muslimku, cukuplah kita terjebak dengan skim cepat kaya dan scam yang merugikan. Sudah-sudahlah menjadi mangsa janji manis yang tiada asas. Mulakan langkah melabur dengan ilmu yang betul. Pelaburan yang berlandaskan ilmu dan strategi yang bijak bukan sahaja membantu kita mencapai kebebasan kewangan, tetapi juga membawa keberkatan dalam harta.

Mulakan pelaburan anda hari ini, walaupun dengan jumlah kecil, dan pastikan anda melabur dengan berlandaskan prinsip Islam. Ingat, ilmu adalah kunci kejayaan. Semoga kita semua diberi keberkatan dan kejayaan dalam dunia pelaburan dan kehidupan. InsyaAllah!

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Kerajaan MADANI Sasar Senaraikan 10 Syarikat Bumiputera Di Bursa Malaysia Pada 2026, 2027

PUTRAJAYA: Sebanyak 10 syarikat Bumiputera disasar untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2026 dan 2027, dengan empat daripadanya berada dalam perancangan bagi disenaraikan tahun ini.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil, berkata penyenaraian itu susulan hasil Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, sasaran itu jauh melebihi pencapaian lima tahun sebelumnya.

“Bagi menyokong sasaran berkenaan, program ’10 Juara Bumiputera’ hasil kerjasama syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) telah diperkenalkan untuk membimbing syarikat berpotensi tinggi serta melahirkan 10 syarikat Bumiputera bernilai RM500 juta setiap satu menjelang 2028,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Fahmi berkata ekosistem PETRONAS, GLIC dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) merupakan salah satu penyumbang penting kepada agenda pembangunan bumiputera negara.

Beliau berkata, ekosistem berkenaan telah menyumbang RM50 bilion setahun, termasuk RM49.2 bilion pada tahun lalu, merangkumi pelaburan langsung, perolehan vendor, pembangunan bakat dan komuniti.

“Pada masa yang sama, garis panduan baharu pembangunan vendor Bumiputera turut diperkenalkan bagi memperkukuh saluran pembangunan vendor serta meningkatkan kapasiti mereka secara lebih tersusun dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata, Jemaah Menteri juga sedang meneliti cadangan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) agar tempoh bayaran GLC dan GLIC kepada vendor tempatan dipendekkan bagi memastikan aliran kewangan atau ‘cash flow’ syarikat dan vendor tempatan dapat diuruskan dengan lebih baik.

Sementara itu, Fahmi berkata Jemaah Menteri turut dimaklumkan mengenai prestasi operasi pelabuhan persekutuan bagi suku pertama tahun ini yang mencatat 8.002 juta unit setara 20 kaki (TEU), menunjukkan peningkatan 8.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Ini dipacu oleh peranan negara sebagai penghubung utama bagi barangan dunia melalui aktiviti pemunggahan pindahan ke kapal atau transshipment yang mencatat pertumbuhan 9.96 peratus berbanding suku pertama 2025,” katanya.

Beliau berkata, kargo konvensional turut menunjukkan peningkatan sebanyak 2.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, terutama bagi kargo am yang meningkat 8.93 peratus dan kendalian pukal kering yang bertambah sebanyak 3.55 peratus.

“Prestasi ini amat membanggakan walaupun ketika negara berdepan dengan krisis geopolitik di Asia Barat yang bermula sekitar suku pertama tahun ini,” katanya.

— Berita Harian