FCPO: Cubaan Untuk Terus Berada Di Atas Paras Sokongan RM4,500

  • Kekalkan pegangan belian.

FCPO kembali menaik daripada paras sokongan RM4,500 dan menutup harga dagangan pada RM4,554 minggu lalu, lantas mengekalkan keadaan pasaran meningkat. Komoditi ini memulakan sesi dagangan hari Jumaat pada harga RM4,523. Selepas berlegar antara RM4,567 dan RM4,487, ia ditutup pada paras RM4,554 dengan corak lilin menaik. Tindakan harga semasa ini sekali lagi mengesahkan bahawa keadaan masih memihak kepada pedagang yang menjangkakan kenaikan pasaran, manakala paras sokongan segera RM4,500 terus bertahan.

Kami juga mendapati bahawa komoditi ini diniagakan di atas kedua-dua garisan SMA 50 hari dan 200 hari. Sekiranya harga susut ke bawah garisan SMA 50 hari, ia akan menarik tekanan jualan baharu. Sementara itu, mereka yang menantikan kenaikan harga mungkin akan cuba membuat pembelian komoditi supaya paras harga kembali melantun untuk menutup Jurang Susut yang terbentuk pada 24 Feb. Buat masa ini, kami tetap berpegang dengan bias dagangan positif.

Pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan belian yang dimulakan pada RM4,621 atau semasa penutupan dagangan 12 Feb. Untuk mengurangkan risiko-risiko dagangan yang ada:

  • Paras henti rugi (stop loss) ditetapkan pada RM4,500.
  • Paras sokongan pertama ditetapkan pada RM4,500, diikuti oleh paras RM4,400.
  • Paras rintangan terdekat sebaliknya ditambatkan pada RM4,700 dan diikuti oleh paras RM4,800.

Penganalisis:
Joseph Chai
TEL : +(603) 2302 8113
E-MEL : [email protected]

Nak Mula Trade FCPO?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Nak tahu strategi terbaik untuk trade FCPO? Nak dapatkan pulangan yang baik, tak kira pasaran menaik atau menurun?

Belajar dulu.

Kemudian mula dengan modal yang paling minimum. Bukan trade dulu kemudian baru belajar.

Sesi PERCUMA kini dibuka!!
⏳ Tempat TERHAD Kepada 50 Peserta Sahaja!
Daftar Sekarang Sebelum Penuh!

Klik link di bawah untuk daftar sebelum sold out 👉 👉 SAYA NAK TRADE FCPO

Previous ArticleNext Article

FCPO: Keadaan Teknikal Menurun Masih Berlangsung

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami pergerakan mendatar semasa sesi semalam apabila ia menurun sedikit sebanyak MYR15 untuk ditutup pada harga MYR4,594. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada harga MYR4,592. Ia berayun antara paras tertinggi pada MYR4,630 dan paras terendah pada MYR4,563 sebelum terhenti pada harga MYR4,594. Pembentukan corak lilin berbadan kecil menandakan keraguan pasaran pada ketika ini. Walaupun rentak terhenti, struktur penurunan tetap kukuh, dengan harga didagangkan jauh bawah paras rintangan MYR4,700.

Sekiranya penembusan yang kukuh berlaku melepasi paras rintangan MYR4,700, tekanan penurunan mungkin akan berterusan dan berpotensi membuka ruang untuk komoditi ini menguji semula paras MYR4,530. Kami kekalkan bias dagangan negatif, seiring dengan trend penurunan yang sedang berlaku.

Para pedagang disarankan untuk terus mengekalkan pegangan jualan pada penutupan 12 Mei (MYR4,481). Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama disemak kepada MYR4,530 manakala paras sokongan lebih rendah ditambat pada MYR4,390. Apabila harga menaik, paras rintangan pertama berada pada MYR4,700 dan diikuti oleh paras MYR4,900.