Bursa Malaysia Lantik Abdul Farid Alias ​​Sebagai Pengerusi Berkuat Kuasa 1 Mei

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia Bhd hari ini mengumumkan pelantikan Tan Sri Abdul Farid Alias ​​sebagai pengerusi baharunya berkuat kuasa 1 Mei 2025.

Dalam satu kenyataan, Bursa Malaysia memaklumkan Abdul Farid yang berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bursa Malaysia sejak Julai 2022 akan menggantikan Tan Sri Abdul Wahid Omar yang akan bersara pada 30 April ini selepas tamat tempoh perkhidmatan selama lima tahun sebagai pengerusi.

Katanya, pelantikan ini ditetapkan oleh Menteri Kewangan di bawah Seksyen 10(1)(a) dan (3) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

 “Bursa Malaysia akan terus mengukuh dan berkembang di bawah pimpinan Abdul Farid, merangkumi nilai teras yang memacu pertumbuhan bertumpu kepada tujuan syarikat, memastikan kesinambungan komitmen bursa untuk mencipta peluang selain meningkatkan nilai bagi pihak berkepentingan kami,” kata Abdul Wahid dalam kenyataan.

Abdul Farid, 57, merupakan bekas Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Bhd (Maybank) dari Ogos 2013 hingga April 2022.

Beliau merupakan jurubank bertauliah yang berpengalaman dengan kerjayanya selama 30 tahun dalam sektor perbankan dan perkhidmatan kewangan bersama-sama tumpuan pada perbankan pelaburan, perbankan komersial serta pasaran modal.

Abdul Farid memiliki Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari University of Denver, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Perakaunan dari Pennsylvania State University.

Menurut Bursa Malaysia, beliau juga menamatkan Program Pengurusan Lanjutan dari Harvard Business School.

Sementara itu, Bursa Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Abdul Wahid di atas sumbangan berterusan selama 12 tahun yang pada mulanya menjadi pengarah bebas dari 2004 hingga 2011 dan kemudiannya kembali berkhidmat sebagai pengerusi bermula 1 Mei 2020.

“Abdul Wahid akan dikenang di atas sumbangannya yang tidak ternilai sewaktu memegang jawatan sebagai Pengerusi Bursa Malaysia. 

​“Secara khususnya, beliau memainkan peranan aktif dalam memperkukuh kedudukan Bursa Malaysia dalam pasaran modal Islam dan inisiatif kelestarian termasuk pelancaran Bursa Carbon Exchange (bursa produk pelbagai alam sekitar patuh syariah pertama di dunia) dan pelancaran Bursa Gold Dinar yang juga patuh syariah.

“Di bawah tempoh perkhidmatannya, Bursa Malaysia juga melancarkan dana dagangan bursa yang menggabungkan konsep wakaf pertama di dunia,” kata Bursa Malaysia.

— BERNAMA

TAG: BKUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia Bhd hari ini mengumumkan pelantikan Tan Sri Abdul Farid Alias ​​sebagai pengerusi baharunya berkuat kuasa 1 Mei 2025.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.