Kerajaan Peruntuk RM1.9 Bilion Untuk Bas Baharu Prasarana – Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) — Kementerian Kewangan telah memperuntukkan RM1.9 bilion kepada Prasarana Malaysia Bhd untuk membeli 1,660 bas diesel dan elektrik baharu secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata sebanyak 310 bas akan menjadi unit enjin diesel, ia akan menjadi kumpulan terakhir menggunakan enjin jenis itu manakala selebihnya adalah bas kenderaan elektrik (EV).

“310 bas berenjin diesel berkenaan akan dihantar mulai Jun tahun ini manakala penghantaran 250 bas EV akan dimulakan menjelang akhir tahun ini.

“Sebanyak 1,000 lagi iaitu bas EV akan ditambah mengikut fasa ke dalam sistem dan ini akan menelan kos sejumlah RM1.9 bilion,” katanya dalam sidang media pada pelancaran sistem pembayaran terbuka RapidKL Atas Permintaan (On-Demand) Prasarana hari ini bersama Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

RapidKL On-Demand ialah perkhidmatan van ‘feeder’ Prasarana dan sebelum ini dikenali sebagai Demand Response Team.

Ia kini mengendalikan sebanyak 110 van di 37 zon di Lembah Klang dan Pulau Pinang.

Amir Hamzah berkata kerajaan juga memperuntukkan RM55 juta lagi untuk pembelian tambahan 320 van, ia dijangka beroperasi di 101 zon menjelang Jun tahun ini.

“Ini adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk memperkukuh infrastruktur pengangkutan awam. Kami mahu menjadikan kehidupan lebih baik untuk rakyat.

“Salah satu aduan utama (pengangkutan awam) diterima adalah perjalanan pertama dan terakhir (bermula dari hab ke destinasi akhir). Dengan menambah RapidKL On-Demand ini, kami meluaskan tempat pengambilan penumpang dan menjadikan pengangkutan awam lebih mudah diakses,” tambahnya.

— BERNAMA

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

BMI Unjur Pertumbuhan Pinjaman Akan Perlahan Pada Separuh Kedua 2026

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) — BMI, sebuah unit Fitch Solutions, menjangkakan pertumbuhan pinjaman akan perlahan pada separuh kedua 2026, memandangkan momentum yang lebih kukuh daripada jangkaan setakat ini.

Susulan itu, firma penyelidikan itu menyemak semula unjuran pertumbuhan pinjaman Malaysia kepada 5.0 peratus menjelang akhir 2026, berbanding 4.6 peratus sebelum ini.

Dalam satu kenyataan, ia memaklumkan bahawa pertumbuhan pinjaman bank meningkat sejak beberapa bulan lepas, daripada 4.7 peratus pada Januari kepada 5.7 peratus pada Mei.

Menurut BMI, pertumbuhan ekonomi Malaysia yang perlahan akan menjejaskan pertumbuhan kredit bagi beberapa suku tahun akan datang, dengan mengunjurkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebenar menyusut kepada 4.3 peratus pada 2026 daripada 5.2 peratus pada 2025, ia akan berada di paras bawah unjuran semakan kerajaan sebanyak 4.0-5.0 peratus.

Pada masa sama, konflik berterusan antara Amerika Syarikat dan Iran menimbulkan risiko penurunan terhadap pandangan (unjuran) ini.

“Pasukan global kami baru-baru ini menyemak semula unjuran mereka untuk pertumbuhan global kepada 2.4 peratus pada 2026, berbanding 2.8 peratus sebelum ini.

“Sehubungan itu, kami mengingatkan bahawa kelembapan pertumbuhan dalam rakan dagang utama Malaysia boleh mengatasi daya tahan permintaan domestik, sektor pembinaan akan menerima kesan paling teruk,” menurut BMI.

Bagaimanapun, menurut firma penyelidikan itu, bagi Malaysia, kelembapan dalam pertumbuhan kredit mungkin bukan satu perkembangan yang negatif sepenuhnya, terutamanya untuk isi rumah Malaysia yang merangkumi 60 peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman.

Data daripada Bank of International Settlements menunjukkan kredit kepada isi rumah berada pada paras 69.8 peratus daripada KDNK pada suku keempat 2025, manakala nisbah khidmat hutang mencecah paras tertinggi dalam tempoh empat tahun iaitu 15.5 peratus setakat suku keempat 2025, menurut BMI.

Sementara itu, pinjaman isi rumah dijangka terus perlahan pada 2026, disokong oleh jangkaan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus sehingga 2027, sekali gus membayangkan kadar pinjaman akan kekal tinggi untuk beberapa suku tahun kelak.

“Dalam persekitaran ini, kami percaya risiko kestabilan kewangan kekal rendah. Selain itu, BNM mengumumkan kemudahan bantuan kestabilan bernilai RM5 bilion untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebagai persediaan menghadapi kemungkinan konflik di Asia Barat akan membawa kepada lonjakan ‘pinjaman lapuk’ (pinjaman tidak berbayar) dalam kalangan bank tempatan.

“Bagaimanapun, buat masa ini, kebanyakan petunjuk menunjukkan sektor perbankan kekal berada dalam keadaan yang sihat,” menurut kenyataan itu.

Setakat suku pertama 2026, nisbah modal agregat sistem perbankan berada pada paras 18.1 peratus – jauh lebih tinggi daripada syarat minimum kawal selia sebanyak 10.5 peratus (8.0 peratus daripada jumlah nisbah modal dan 2.5 peratus penampan modal).

“Walaupun nisbah Ekuiti Biasa Tahap 1 dan nisbah Modal Tahap 1 menyusut sedikit pada 2025, ia kekal berada di atas keperluan Basel III, masing-masing ditetapkan pada 4.5 peratus dan 6.0 peratus,” menurut BMI.

— BERNAMA