FCPO: Menaik Melepasi Paras RM4,500

Paras henti rugi sudah ditembusi; mulakan pegangan belian.

FCPO mengalami penembusan paras rintangan daripada paras RM4,500 semalam dan ditutup lebih tinggi pada harga RM4,517, lantas menunjukkan sentimen menaik sedang menguasai pasaran. Komoditi ini membuka jurang menaik dan memulakan sesi dagangan pada harga lebih tinggi iaitu RM4,526. Kemudian, ia bertukar-tukar antara paras RM4,544 dan RM4,486 sebelum ditutup pada RM4,517.

FCPO sedang didagangkan di atas kedua-dua garis SMA 50 hari dan 200 hari, sekali gus menunjukkan kelebihan memihak pada pedagang yang menjangkakan kenaikan pasaran. RSI juga telah melepasi paras ambang 50%, dan hal ini menandakan momentum pasaran menaik yang kukuh sedang berlangsung. Dengan memanfaatkan momentum baharu ini, komoditi ini mungkin akan melanjutkan pergerakan menaik ke aras paras RM4,700. Sekiranya kegiatan mengambil untung berlaku, FCPO mungkin akan menurun semula ke arah garis SMA 50 hari. Oleh sebab paras ambang RM4,500 sudah ditembusi akibat momentum pasaran menaik yang kukuh, kami beralih kepada pegangan bias dagangan positif.

Kami menutup pegangan jualan yang dimulakan pada harga RM4,484 atau penutupan perdagangan 3 Mac, selepas paras henti rugi pada RM4,500 ditembusi. Sebaliknya, kami memulakan pegangan belian pada penutupan sesi 2 Apr, iaitu pada RM4,517.

Bagi menguruskan risiko dagangan:

  • Paras ambang henti rugi ditetapkan pada RM4,350
  • Paras sokongan pertama disemak kepada harga RM4,350 yang disebut di atas, diikuti oleh paras RM4,250
  • Bagi pergerakan menaik, paras rintangan terdekat diubah kepada RM4,700 dan diikuti oleh paras RM4,850

Penganalisis:
Joseph Chai
TEL : +(603) 2302 8113
E-MEL : [email protected]

Nak Mula Trade FCPO?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Nak tahu strategi terbaik untuk trade FCPO? Nak dapatkan pulangan yang baik, tak kira pasaran menaik atau menurun?

Belajar dulu.

Kemudian mula dengan modal yang paling minimum. Bukan trade dulu kemudian baru belajar.

Sesi PERCUMA kini dibuka!!
⏳ Tempat TERHAD Kepada 50 Peserta Sahaja!
Daftar Sekarang Sebelum Penuh!

Klik link di bawah untuk daftar sebelum sold out 👉 👉 SAYA NAK TRADE FCPO

Previous ArticleNext Article

FCPO: Keadaan Teknikal Menurun Masih Berlangsung

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami pergerakan mendatar semasa sesi semalam apabila ia menurun sedikit sebanyak MYR15 untuk ditutup pada harga MYR4,594. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada harga MYR4,592. Ia berayun antara paras tertinggi pada MYR4,630 dan paras terendah pada MYR4,563 sebelum terhenti pada harga MYR4,594. Pembentukan corak lilin berbadan kecil menandakan keraguan pasaran pada ketika ini. Walaupun rentak terhenti, struktur penurunan tetap kukuh, dengan harga didagangkan jauh bawah paras rintangan MYR4,700.

Sekiranya penembusan yang kukuh berlaku melepasi paras rintangan MYR4,700, tekanan penurunan mungkin akan berterusan dan berpotensi membuka ruang untuk komoditi ini menguji semula paras MYR4,530. Kami kekalkan bias dagangan negatif, seiring dengan trend penurunan yang sedang berlaku.

Para pedagang disarankan untuk terus mengekalkan pegangan jualan pada penutupan 12 Mei (MYR4,481). Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama disemak kepada MYR4,530 manakala paras sokongan lebih rendah ditambat pada MYR4,390. Apabila harga menaik, paras rintangan pertama berada pada MYR4,700 dan diikuti oleh paras MYR4,900.