Panel Pengurus Dana Luar KWSP Catat Sumbangan 24 Peratus Kepada Pendapatan 2024


KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) — Panel pengurus dana luar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan sumbangan tertinggi sebanyak 24 peratus kepada jumlah pendapatan dana persaraan itu pada 2024.

Dalam satu kenyataan hari ini, KWSP berkata setakat 31 Dis, 2024 sejumlah RM213.21 bilion disalurkan kepada pengurus dana luar, mewakili 17 peratus daripada jumlah aset pelaburan KWSP.

Pengerusi KWSP Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata pencapaian ini adalah bukti kepada kecekapan, matlamat dan kerjasama dalam ekosistem pelaburan yang telah dibina antara KWSP dan pengurus dana luarnya.

“Meskipun berdepan dengan cabaran luar dan ketidaktentuan pasaran sepanjang tahun lepas, KWSP dan pengurus dana luarnya menunjukkan kecekapan dan daya tahan dalam mengurus portfolio pelaburan yang pelbagai bagi memberikan nilai jangka panjang untuk ahli kami,” katanya.

Pada 2024, KWSP mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 6.30 peratus bagi kedua-dua Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah, dengan jumlah agihan masing-masing sebanyak RM73.24 bilion dan RM10.19 bilion.

KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM74.46 bilion pada 2024, manakala jumlah aset pelaburannya telah meningkat kepada RM1.25 trilion.

Mohd Zuki berkata KWSP komited terhadap inovasi dengan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dan automasi untuk meningkatkan tahap kecekapan operasi serta membangunkan infrastruktur pelaburan yang lebih tangkas dan tersedia masa hadapan.

“Kami bekerjasama secara aktif dengan pengurus dana luar bagi memastikan mereka selari dengan tujuan kami untuk pertumbuhan yang mampan dan inklusif,” katanya.

Sementara itu, KWSP memberi penghormatan kepada 12 pengurus dana luar yang berprestasi tinggi mengikut mandat masing-masing dalam Majlis Makan Malam Tahunan Anugerah Pengurus Dana Luar KWSP.

Antara pemenang adalah Pengurus Dana Ekuiti Domestik Terbaik (Shariah) 2024, yang disampaikan kepada BNP Paribas Asset Management Najmah Malaysia Sdn Bhd dan Pengurus Dana Ekuiti Domestik Terbaik (Konvensional) 2024 dianugerahkan kepada Franklin Templeton Asset Management (Malaysia) Sdn Bhd.

Kategori Pengurus Dana Bon Global Terbaik 2024 pula dimenangi oleh BNP Paribas Asset Management Malaysia Sdn Bhd.

— BERNAMA

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

FCPO: Momentum Kenaikan Pasaran Diteruskan

  • Kekalkan pegangan belian

FCPO melanjutkan kenaikannya buat kali kedua dengan mengekalkan lantunannya daripada paras sokongan MYR4,400 untuk ditutup pada harga lebih tinggi sebanyak MYR4,495. Komoditi ini memulakan sesi dagangan pada harga MYR4,491, kemudian ia mereda ke paras terendah intrahari pada MYR4,444 buat seketika, sebelum berterusan menaik ke arah paras tertinggi sesi pada MYR4,517 dan ditutup dengan corak lilin menaik. Pergerakan harga yang kukuh yang dilihat menerusi pergerakan positif kedua ini mengesahkan bahawa sentimen kenaikan sedang menguasai pasaran dengan teguhnya.

Paras rintangan terdekat sekarang ditambat pada MYR4,800, sekali gus memberi ruang untuk pergerakan menaik sekarang diteruskan. Komoditi ini kini didagangkan di atas kedua-dua garisan SMA 50 dan 200 hari, yang menandakan keadaan teknikal menaik masih berlangsung. Walau bagaimanapun, sekiranya kegiatan pengambilan untung berlaku, FCPO mungkin melantun daripada paras sokongan pertama MYR4,400, seiring dengan paras henti rugi kami. Melihat pada struktur kenaikan yang bertahan, kami tetap berpegang pada bias dagangan positif.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan belian yang dimulakan pada penutupan 6 Mac (MYR4,367). Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,400.

Paras sokongan pertama sekarang berada pada MYR4,400, diikuti oleh paras MYR4,250. Paras rintangan terdekat sekarang pula adalah pada MYR4,800, disusuli oleh paras seterusnya iaitu pada MYR4,925.