7 Faktor Pergerakan Dan Perubahan Harga Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO)

Dalam kebanyakan instrumen, pergerakan turun naik harga instrumen tersebut adalah dipengaruhi oleh bekalan dan penawaran (supply and demand). Kalau dalam pelaburan saham, biasanya syarikat yang menunjukkan prestasi kewangan yang baik, perolehan dan keuntungan yang meningkat setiap tahun; pastinya harga saham akan naik selari dengan perkembangan positif syarikat.

Bagi FCPO pula, tahukah anda ada 7 faktor yang mempengaruhi pergerakan Harga Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah ini?

1. Pengeluaran Bulanan Minyak Sawit Mentah (Penawaran)

Data pengeluaran memberikan impak yang besar kepada pergerakan harga FCPO. Daripada segi konsep, sekiranya pengeluaran minyak sawit mentah adalah tinggi, maka harga kontrak FCPO akan mengalami penurunan.

Sebaliknya apabila pengeluaran minyak sawit mentah adalah rendah, maka harga kontrak FCPO akan mengalami kenaikan.

Secara ringkasnya; jika pengeluaran meningkat atau stok bertambah, harga boleh jatuh kerana lebihan bekalan. Dan jika pengeluaran menurun, harga boleh naik kerana kekurangan bekalan.

2. Penggunaan Minyak Sawit Mentah (Permintaan)

Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pembekal minyak sawit mentah terbesar di dunia. Permintaan global yang diekspresikan melalui data eksport akan memberi impak kepada turun naik harga minyak sawit mentah.

Jika permintaan tinggi, maka harga akan mengalami kenaikan. Begitulah juga sebaliknya, jika permintaan turun, maka harga akan turun juga.

3. Cuaca Panas

Cuaca yang terlalu panas seperti fenomena El-Nino yang pernah melanda dunia satu ketika dahuu, akan memberikan impak yang buruk kepada pengeluaran minyak sawit mentah.

Ianya akan mengakibatkan kadar penghasilan bunga betina yang menurun dan pengurangan saiz dan berat tandan buah (FFB). Apabila pengeluaran terganggu, maka penawaran akan berkurang.

4. Banjir

Pada kebiasaannya, pokok kelapa sawit adalah mesra air dan kalis cuaca hujan. Namun sekiranya banjir berlaku secara berpanjangan, ianya boleh menghalang proses penuaian yang akan menyebabkan buah terlebih masak dan kualiti minyak merosot.

Selain daripada itu, banjir turut mengganggu kerja pengangkutan buah dari ladang ke kilang.

5. Perayaan

Harga FCPO meningkat menjelang perayaan seperti Ramadhan, Hari Raya, Deepavali dan Tahun Baru Cina. Ini kerana permintaan dan penggunaan minyak masak yang tinggi akan memberikan sokongan harga untuk naik.

Ingat lagi apa jadi apabila permintaan meningkat?

6. Dasar Kerajaan, Polisi Eksport & Geopolitik

Cukai eksport, levi, subsidi biodiesel, atau sekatan perdagangan dari negara pengeluar seperti Malaysia & Indonesia boleh mempengaruhi harga.

Contohnya, jika cukai eksport dikurangkan, eksport bertambah dan harga mungkin naik.

Isu geopolitik, jangkaan ekonomi global, dan psikologi pelabur juga beri kesan kepada turun naik harga.

7. Komoditi Gentian (Minyak Soya)

Minyak kacang soya adalah minyak sayuran keluaran terbesar di Amerika Syarikat. Dan harga minyak sawit sering bergerak seiring dengan minyak kacang soya, minyak bunga matahari, dan minyak canola.

Jika harga minyak sawit mentah tinggi, maka permintaan untuk komoditi gantian minyak soya juga akan meningkat dan harga minyak soya juga akan meningkat. Macam adik-beradik juga mereka berdua ini, kalau satu jatuh maka yang satu lagi juga berkemungkinan besar akan jatuh.

Sekarang dah tahu apa yang mempengaruhi pergerakan turun naik harga minyak sawit mentah, rasa-rasanya boleh tak buat duit dalam FCPO ini?

Nak Mula Trade FCPO?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Nak tahu strategi terbaik untuk trade FCPO? Nak dapatkan pulangan yang baik, tak kira pasaran menaik atau menurun?

Belajar dulu.

Kemudian mula dengan modal yang paling minimum. Bukan trade dulu kemudian baru belajar.

Sesi PERCUMA kini dibuka!!
⏳ Tempat TERHAD Kepada 50 Peserta Sahaja!
Daftar Sekarang Sebelum Penuh!

Klik link di bawah untuk daftar sebelum sold out 👉 👉 SAYA NAK TRADE FCPO

Previous ArticleNext Article

FCPO: Kembali Ke Fasa Pengukuhan

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO ini menurun MYR9 semasa sesi dagangan lalu untuk ditutup pada harga MYR4,597. Pada hari Jumaat, komoditi ini memulakan dagangan pada paras MYR4,604. Pada awalnya, ia jatuh ke paras terendah sesi tersebut pada MYR4,575. Ia kemudiannya melantun ke paras tertinggi sesi tersebut pada MYR4,608 dan menutup dagangan pada MYR4,597. Di samping pergerakan RSI ke bawah, penutupan dagangan terkini yang menurun menunjukkan momentum menurun kembali menguat.

Komoditi ini mungkin akan melanjutkan fasa koreksi harga dan menguji paras sokongan semula pada MYR4,390. Sementara itu, garisan SMA 50 hari masih bergerak ke paras lebih rendah, lantas mengukuhkan keadaan pasaran menurun. Sekiranya komoditi ini mencatat pergerakan menaik, paras MYR4,700 akan menahan harga daripada menembusi paras berkenaan. Selagi FCPO terus berada di bawah paras ambang MYR4,700, kami tetap akan berpegang pada bias dagangan negatif.

Para pedagang disarankan untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei (MYR4,481). Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama kini berada pada MYR4,390 dan diikuti oleh paras sokongan lebih rendah pada MYR4,250. Paras rintangan pertama pula ialah MYR4,700 yang diikuti oleh paras MYR4,900.