Syarikat Lagenda Malaysia: Bertahan Sejak Era Awal Kemerdekaan

Sejak merdeka pada tahun 1957, Malaysia telah menyaksikan transformasi ekonomi yang pesat. Di tengah-tengah perubahan itu, terdapat beberapa syarikat yang bukan sahaja berjaya bertahan, malah terus berkembang, menjadi ikon korporat lagenda yang mewakili ketabahan dan inovasi tempatan.

1.Dutch Lady Milk Industries Berhad

        Tahun Ditubuhkan: 1963 (sebagai Pacific Milk Industries)

        Tahun Tersenarai di Bursa: 1968

        Pengasas/Pemilik Asal: FrieslandCampina (Belanda)

        Sektor: Tenusu dan Makanan Minuman

        Sejarah dan Survival:

        Dutch Lady bermula sebagai pengeluar susu pekat manis pertama di Malaysia. Ia kemudian berkembang kepada pengeluaran susu cair, susu UHT, susu tepung kanak-kanak, dan yogurt. Sebagai syarikat tenusu pertama yang tersenarai di Bursa, Dutch Lady kekal menjadi jenama kegemaran rakyat Malaysia. Kejayaannya bertahan lebih 60 tahun adalah hasil pelaburan berterusan dalam penyelidikan nutrisi dan pemasaran yang dekat dengan pengguna, contohnya program susu sekolah.

        2. Land & General Berhad

        Tahun Ditubuhkan: 1962

        Tahun Tersenarai di Bursa: 1965

        Pengasas: Tunku Yaacob Tunku Abdullah bersama rakan kongsi

        Sektor: Pembangunan Hartanah, Perladangan, Pendidikan

        Sejarah dan Survival:

        Land & General bermula dengan fokus dalam pembangunan hartanah berskala besar. Antara projek ikoniknya termasuk pembangunan bandar baru Bandar Sri Damansara. Syarikat ini turut terlibat dalam sektor pendidikan melalui sekolah antarabangsa serta memiliki kepentingan dalam sektor perladangan. Survival syarikat banyak bergantung kepada kemampuan menyesuaikan diri dengan kitaran pasaran hartanah dan melakukan diversifikasi dalam bidang pendidikan serta aset pelaburan jangka panjang.

        3. Batu Kawan Berhad

        Tahun Ditubuhkan: 1965

        Tahun Tersenarai di Bursa: 1965

        Pengasas: Kumpulan keluarga Robert Kuok dan rakan perniagaan

        Sektor: Pelaburan, Perladangan, Bahan Kimia

        Sejarah dan Survival:

        Batu Kawan bermula sebagai syarikat pelaburan yang memberi tumpuan kepada sektor perladangan. Ia merupakan pemegang saham utama dalam Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK), salah satu syarikat perladangan terbesar di Malaysia. Strateginya sebagai syarikat induk yang kukuh menjadikannya antara syarikat pelaburan lagenda yang masih kekal relevan hingga kini.

        4. Perlis Plantations Berhad (kini PPB Group Berhad)

        Tahun Ditubuhkan: 1968 (asalnya sebagai Perlis Plantations)

        Tahun Tersenarai di Bursa: 1969

        Pengasas: Robert Kuok

        Sektor: Perladangan, Makanan, Bahan Kimia, Hiburan

        Sejarah dan Survival:

        Perlis Plantations bermula dengan operasi perladangan tebu dan sawit sebelum berkembang menjadi konglomerat pelbagai sektor di bawah nama PPB Group. Syarikat ini kini mengawal kuasa besar makanan melalui pegangan majoriti dalam Wilmar International, gergasi agribisnes global. Survival syarikat ini adalah hasil strategi pelaburan bijak Robert Kuok dalam mempelbagaikan perniagaan serta jaringan global yang luas.

        5. Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK)

        Tahun Ditubuhkan: 1906 (sebagai perladangan British di Malaya)

        Tahun Tersenarai di Bursa: 1973

        Pengasas: Awalnya dimiliki oleh British, kemudian diambil alih oleh keluarga Lee Loy Seng

        Sektor: Perladangan (sawit dan getah), Bahan Kimia, Hartanah

        Sejarah dan Survival:

        KLK bermula dengan penanaman getah pada awal abad ke-20. Selepas kemerdekaan, syarikat ini melalui proses pengambilalihan oleh pelabur tempatan, khususnya keluarga Lee Loy Seng. KLK kemudian beralih kepada kelapa sawit sebagai tunjang utama dan kini menjadi salah satu syarikat perladangan terbesar di Malaysia. Diversifikasi ke sektor bahan kimia oleokimia dan pembangunan hartanah membantu syarikat ini mengekalkan kedudukan kukuh dalam pasaran.

        6. IOI Corporation Berhad

        Tahun Ditubuhkan: 1969 (sebagai Industrial Oxygen Incorporated Sdn Bhd)

        Tahun Tersenarai di Bursa: 1980

        Pengasas: Tan Sri Lee Shin Cheng

        Sektor: Perladangan, Hartanah, Oleokimia

        Sejarah dan Survival:

        IOI bermula sebagai pengeluar gas industri sebelum Tan Sri Lee Shin Cheng menukar haluan syarikat ke sektor perladangan. Langkah berani ini membuahkan hasil apabila IOI berkembang menjadi salah satu gergasi sawit dunia dengan ladang di Malaysia dan Indonesia. Selain itu, IOI turut melabur dalam sektor oleokimia dan pembangunan hartanah premium. Survival syarikat ini terletak pada kepakaran pengurusan ladang, integrasi hiliran, serta strategi global.

        Syarikat-syarikat lagenda ini adalah bukti bahawa daya tahan korporat bergantung kepada tiga perkara utama: kemampuan menyesuaikan diri dengan perubahan zaman, strategi pelaburan bijak, serta kepimpinan yang berwawasan. Dari Dutch Lady yang membina kepercayaan pengguna melalui nutrisi, hingga IOI dan KLK yang menguasai perladangan sawit, semua ini menjadi sebahagian daripada sejarah korporat Malaysia yang bermula sejak era awal kemerdekaan.

        Previous ArticleNext Article

        Minat Nak Jadi Remisier? Begini Caranya

        Sebelum ini kami ada cerita serba sedikit tentang Best Ke Jadi Remisier? Kita dapat tahu kelebihan menjadi seorang remisier, selain daripada berkongsi ilmu dapat juga menjana pendapatan yang lumayan.

        Malah Master Yus yang dahulunya dikenali sebagai seorang perempit di litar bursa, kini telah maju selangkah lagi untuk menjadi seorang remisier. Ikuti kisah beliau yang penuh inspirasi di Kisah Perempit Di Litar Bursa Kepada Seorang Remisier.

        Berminat untuk menjadi remisier? Langkah pertama adalah memahami keperluan pelesenan, kelayakan dan peperiksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

        Eh, nampak macam mudah je kan? Mesti kacang putih punya.

        Berkenalan Dengan Suruhanjaya Sekuriti Terlebih Dahulu

        Untuk menjadi seorang remisier, kita perlu tahu dulu siapa itu Suruhanjaya Sekuriti. Kalau berkaitan bank, simpanan dan takaful kita ada Bank Negara Malaysia (BNM), kalau berkaitan bank pelaburan dan pelaburan pula kita ada Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission (SC).

        Siapakah Securities Commission (SC)?

        Sumber gambar: The Malaysian Reserve

        Untuk itu, kita rujuk kepada laman web SC untuk tahu lebih lanjut:

        Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:

        • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
        • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
        • Meluluskan terbitan bon;
        • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;
        • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
        • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
        • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
        • Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
        • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.

        Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.

        Perhatikan tiga point yang terakhir tersebut, betapa pentingnya SC menitikberatkan bab lesen di dalam industri pelaburan di Malaysia.

        Aktiviti Yang Memerlukan Lesen Di Malaysia

        Sumber: Licensing Handbook mukasurat 10 – fail PDF

        Tengok betul-betul lapan aktiviti yang digariskan oleh SC seperti di atas. Nak berurusan dengan sekuriti (saham, waran, REIT, ETF dan bon) kita kena jadi seorang remisier yang berdaftar dengan SC. Nak jual unit trust atau amanah saham pun kena daftar juga tau. Kalau nak promote dan jual Skim PRS atau Private Retirement Scheme pun kena daftar dengan SC.

        Ada Syarat Nak Jadi Remisier?

        Ya, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi remisier atau wakil berlesen bagi aktiviti dealing in securities.

        Antara syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah:

        1. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
        2. Memenuhi kriteria fit and proper yang ditetapkan oleh SC.
        3. Memenuhi keperluan kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang berkaitan.
        4. Lulus kombinasi modul peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan bagi aktiviti dealing in securities.

        Untuk mengetahui kombinasi modul peperiksaan yang diperlukan, anda boleh merujuk kepada panduan modul peperiksaan CMSRL mengikut aktiviti.

        Nota: Panduan modul peperiksaan ini disediakan oleh SIDC Prep, sebuah platform persediaan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Maklumat ini disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Calon hendaklah merujuk kepada sumber rasmi SC bagi mendapatkan keperluan pelesenan terkini.

        Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan pelesenan boleh dirujuk dalam Licensing Handbook Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

        Untuk memohon lesen sebagai wakil berlesen dalam aktiviti dealing in securities, calon perlu memenuhi kriteria kelayakan akademik, pengalaman dan kompetensi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

        Bagi keperluan peperiksaan, calon perlu lulus kombinasi modul SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan, antaranya:

        • Modul 6 dan Modul 7
        • Modul 6 dan Modul 18
        • Modul 7 dan Modul 17
        • Modul 17 dan Modul 18

        Keperluan sebenar tertakluk kepada kategori aktiviti terkawal dan kriteria pelesenan semasa SC. Calon disarankan merujuk Licensing Handbook terkini sebelum membuat permohonan.

        Nak Jadi Remisier? Ini Modul Peperiksaan SCLE Yang Perlu Anda Lulus

        Kebanyakan calon yang ingin menjadi remisier memilih untuk mengambil Modul 6 dan Modul 7. Tetapi, apakah yang dipelajari dalam kedua-dua modul ini?

        Modul 6 – Stock Market and Securities Law (Pasaran Saham dan Undang-undang Sekuriti)

        Modul 7 – Financial Statement Analysis and Asset Valuation (Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset)

        Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk calon warganegara Malaysia, termasuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

        Calon boleh merujuk laman rasmi SIDC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai struktur yuran, bahan pembelajaran dan peperiksaan.

        Dah Pergi Kelas, Ambil Peperiksaan Pula

        Selepas mengikuti kelas persediaan dan membuat ulang kaji, calon perlu menduduki peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) bagi modul yang ditetapkan.

        Kedua-dua Modul 6 dan Modul 7 mengandungi 60 soalan objektif (Multiple Choice Questions atau MCQ) yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit.

        Dengan markah lulus sebanyak 60%, calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 36 daripada 60 soalan dengan betul untuk lulus peperiksaan bagi setiap modul.

        Walau bagaimanapun, calon disarankan menyemak format dan struktur peperiksaan terkini melalui laman rasmi SIDC sebelum menduduki peperiksaan.

        Yuran Peperiksaan

        Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul, untuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

        Struktur yuran ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027. Oleh itu, calon perlu mengambil kira kos peperiksaan bagi setiap modul sebelum membuat persediaan untuk mendapatkan lesen dalam industri pasaran modal.

        Sumber rasmi: SIDC – The SC Licensing Examinations

        Senang Ke Nak Lulus?

        Prestasi kelulusan berbeza mengikut modul dan tahun. Calon boleh meneliti kadar kelulusan terdahulu sebagai salah satu rujukan untuk merancang persediaan peperiksaan.

        Sumber: Kadar kelulusan mengikut modul, 2015–2024

        Nota: Maklumat kadar kelulusan peperiksaan ini dirujuk daripada SIDC Prep, sebuah laman latihan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Data disediakan untuk tujuan maklumat dan rujukan sahaja

        Didoakan supaya anda berjaya menjadi seorang remisier, dan menjadi seorang pendidik bagi membantu lebih ramai orang terbuka mata tentang pelaburan saham patuh syariah di Malaysia.

        Memang nampak macam senang, tetapi realitinya kita perlu bersabar kerana ianya mengambil masa beberapa bulan juga, daripada saat pergi ke kelas, belajar daripada buku, ambil exam olok-olok, ambil exam sebenar, dan akhirnya dapat sijil mengatakan “Tahniah, Anda Lulus”!

        Soalan Lazim Tentang Cara Menjadi Remisier

        1. Berapa umur minimum untuk menjadi remisier?

        Calon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memenuhi syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

        2. Adakah wajib lulus Modul 6 dan Modul 7?

        Tidak semestinya. Terdapat beberapa kombinasi modul SCLE yang dibenarkan bagi aktiviti dealing in securities, tertakluk kepada keperluan pelesenan SC.

        3. Berapakah yuran peperiksaan SCLE pada tahun 2026?

        Bagi calon warganegara Malaysia, yuran peperiksaan ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk tempoh 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027.

        4. Berapa soalan dalam peperiksaan Modul 6 dan Modul 7?

        Setiap modul mengandungi 60 soalan objektif yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit. Markah lulus ialah 60%, bersamaan sekurang-kurangnya 36 jawapan betul.

        5. Berapa lama masa diperlukan untuk menjadi remisier?

        Tempoh bergantung kepada persediaan calon, jadual peperiksaan, kelulusan modul dan proses permohonan lesen. Tiada satu tempoh tetap yang terpakai kepada semua calon.