REIT: Cara Melabur Dalam Hartanah Tanpa Modal Besar dan Deposit

REIT merupakan singkatan kepada Real Estate Investment Trust atau dalam Bahasa Melayu bermaksud Amanah Pelaburan Hartanah. Bayangkan REIT sebagai satu tabung yang uruskan hartanah komersial seperti pusat beli-belah, pejabat, kilang, hotel atau hospital tapi anda boleh melabur sama dengan jumlah modal yang kecil.

Apa yang best sangat REIT ni? Bila hartanah dalam portfolio menjana pendapatan sewa, duit tu akan dibayar kepada pelabur sebagai dividen. Selain tu, jika harga unit REIT tu naik di pasaran saham, anda pun boleh untung daripada keuntungan modal bila dijual.

Jadi, pelaburan REIT memberikan dua jenis potensi keuntungan:

✅ Dividen dari sewa hartanah
✅ Kenaikan harga unit REIT bila pasaran naik

Selalunya pelaburan hartanah memerlukan modal yang besar, tapi REIT membuka peluang kepada semua orang untuk dapat ‘pemilikan bersama’ dalam hartanah tanpa perlu membeli bangunan sendiri. Lebih accessible & professional management menguruskan semuanya tanpa anda perlu stress nak urus penyewa, maintenance dan urusan akaun bulanan!

Contoh pergerakan harga Al-Salam REIT dalam tahun 2025

4 Kelebihan Melabur Dalam REIT

1. Mampu Milik 

Kos untuk melabur di dalam REIT adalah lebih rendah berbanding kos pelaburan secara langsung dalam hartanah. Anda boleh mulakan pelaburan dengan modal yang rendah. 

2. Kecairan / Mudah Tunai 

Unit REIT boleh dijual bila-bila di Bursa Malaysia, tak macam jual rumah yang boleh mengambil masa berbulan.

3. Aliran Pendapatan Yang Stabil 

REIT biasanya bayar dividen secara tetap dan konsisten sebab mereka bayar lebih 90% daripada pendapatan sewa kepada pelabur.

4. Pengurusan Profesional 

Semua hal pengurusan hartanah dibuat oleh profesional dari uruskan penyewa, maintenance hinggalah strategi pengembangan portfolio. Anda cuma duduk dan menikmati dividen!

Macam Mana Nak Beli REIT?

Cara beli REIT sama macam beli saham di Bursa Malaysia:

  • Beli macam biasa, dan simpan dalam portfolio.
  • Buka akaun CDS melalui mana-mana bank pelaburan / broker saham (contoh: CGS International, RHB Investment, Kenanga Investment).
  • Log masuk platform trading.
  • Cari REIT pilihan anda ikut nama atau kod saham.

Jenis-Jenis REIT

Bursa Malaysia ada lebih kurang 20 REIT tersenarai setakat 2025, termasuk pelbagai kategori hartanah seperti retail (pusat membeli belah), pejabat, industri, hospitaliti dan penjagaan kesihatan.

➡️ Antara REIT yang popular termasuk:

  • Pavilion REIT (retail & office)
  • Sunway REIT (retail, hotel, industri)
  • IGB REIT (mid-valley & The Gardens)
  • KIP REIT (komuniti retail)
  • Hektar REIT (shopping mall)
  • Atrium REIT (industri/logistik)
  • UOA REIT (pejabat)
  • Capitaland Malaysia Trust (retail)
  • Sentral REIT (pejabat & komersial)

Seperti saham, REIT juga ada yang patuh Syariah dan tidak patuh Syariah.Hanya 5 REIT sahaja yang patuh Syariah setakat (Mac 2025) iaitu:

  1. AXIS REITS (AXREIT) 
  2. KLCCP STAPPLE GROUP (KLCC)
  3. AME REAL ESTATE INVESTMENT TRUST (AMEREIT)
  4. AL-SALAM REAL ESTATE INVESTMENT TRUST (ALSREIT)
  5. AL-AQAR HEALTHCARE REIT (ALAQAR)

Sebelum anda membeli saham REIT, pastikan bahawa anda telah membuat penyelidikan terlebih dahulu. Yang mana satu kita pilih, berdasarkan apa, apa risikonya, itu bergantung kepada penilaian sendiri. 

Bursa Malaysia Ada Saham, REIT, Indeks, ETF Dan ETBS

Selain daripada saham dan REIT ni, kita juga ada instrumen pelaburan lain yang patuh Syariah seperti Indeks, ETF dan ETBS. Nak tahu lebih lanjut, jemput baca Kenali Produk Patuh Syariah Dalam Bursa Malaysia.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

Berminat nak buka akaun CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Nak Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB)? Jom Ikut Tutorial Ini

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

FCPO: Momentum Kenaikan Pasaran Diteruskan

  • Kekalkan pegangan belian

FCPO melanjutkan kenaikannya buat kali kedua dengan mengekalkan lantunannya daripada paras sokongan MYR4,400 untuk ditutup pada harga lebih tinggi sebanyak MYR4,495. Komoditi ini memulakan sesi dagangan pada harga MYR4,491, kemudian ia mereda ke paras terendah intrahari pada MYR4,444 buat seketika, sebelum berterusan menaik ke arah paras tertinggi sesi pada MYR4,517 dan ditutup dengan corak lilin menaik. Pergerakan harga yang kukuh yang dilihat menerusi pergerakan positif kedua ini mengesahkan bahawa sentimen kenaikan sedang menguasai pasaran dengan teguhnya.

Paras rintangan terdekat sekarang ditambat pada MYR4,800, sekali gus memberi ruang untuk pergerakan menaik sekarang diteruskan. Komoditi ini kini didagangkan di atas kedua-dua garisan SMA 50 dan 200 hari, yang menandakan keadaan teknikal menaik masih berlangsung. Walau bagaimanapun, sekiranya kegiatan pengambilan untung berlaku, FCPO mungkin melantun daripada paras sokongan pertama MYR4,400, seiring dengan paras henti rugi kami. Melihat pada struktur kenaikan yang bertahan, kami tetap berpegang pada bias dagangan positif.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan belian yang dimulakan pada penutupan 6 Mac (MYR4,367). Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,400.

Paras sokongan pertama sekarang berada pada MYR4,400, diikuti oleh paras MYR4,250. Paras rintangan terdekat sekarang pula adalah pada MYR4,800, disusuli oleh paras seterusnya iaitu pada MYR4,925.